|
Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
![]() |
![]() ![]()
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
KEADILAN SEMBAH YAHUDI DEMI ANWAR Oleh: Keris Melayu
Maka tertubuhlah Parti KeADILan atau ADIL pada 4 April 1999 pimpinan isteri bekas TPM itu, Wan Azizah Ismail, hasil daripada laungan slogan reformasi yang disamakan dengan perjuangan reformasi di Indonesia. Pelbagai tuduhan dan fitnah dilemparkan terhadap Kerajaan Barisan Nasional dalam setiap bentuk sama ada internet, ceramah mahupun risalah. Pada asasnya semua tuduhan dan fitnah ini adalah untuk memburukkan imej pemimpin negara, memberikan fakta salah kepada orang ramai mengenai projek-projek Kerajaan, menconteng nama baik Malaysia di mata dunia dan seterusnya menggugat keutuhan Kerajaan. Di samping itu, kumpulan pembangkang juga bersekongkol dan bekerjasama dengan kuasa asing yang didalangi oleh Yahudi dan media asing untuk membantu perjuangan mereka. Semua ini membahayakan bukan sahaja Kerajaan tetapi juga kepentingan, keutuhan dan keselamatan negara. Oleh itu, adalah amat perlu rakyat umumnya dan ahli UMNO khasnya sedar akan taktik kotor yang digunakan oleh pembangkang dengan memainkan pelbagai isu palsu dan faham dengan jelas fakta sebenar dan penerangan yang jelas mengenai isu-isu ini Mereka kata: ADIL berjuang untuk kebebasan bersuara dan hak individu. Kita kata: Adakah ini bermakna ADIL sanggup bekerjasama dan meminta bantuan kuasa asing seperti : a.Wan Azizah menemui Presiden Estrada semasa persidangan APEC dan melawat Filipina. b.Wan Azizah menemui Madeline Albright dan Menteri Luar Kanada semasa APEC. c.Wan Azizah bertemu Presiden Bank Dunia, James Wolfensohn di KLIA. Kalau pertemuan itu disifatkan sebagai peribadi kenapa diadakan di situ dan tidak di rumah Wan Azizah? d.Menghantar anaknya, Nurul Izzah menemui Presiden B.J. Habibie di Jakarta dan Presiden Estrada di Filipina untuk menagih simpati dan sokongan kepada perjuangan reformasi. Adakah ADIL tidak yakin pada sokongan rakyat kepada perjuangannya sehingga terpaksa menyembah kuasa asing untuk membantunya? e.Menyokong kenyataan Naib Presiden Al Gore gerakan reformasi di majlis makan malam APEC. Keangkuhan pemimpin Amerika itu terserlah apabila membuat kenyataan menyokong gerakan reformasi jalanan yang secara langsung mencampuri urusan dalaman negara ini. f.Kenapa kita lihat pemimpin Amerika Yahudi seperti bekas Setiausaha Perbendaharaan, Robert Rubin, Madeline Albrighat dan pemimpin Amerika lain seperti Setiausaha Pertahanan, William Cohen menyatakan sokongan terbuka mereka kepada Anwar? Dr. Mahathir sendiri pun tidak mendapat sambutan dan layanan karpet merah bila pergi ke Amerika tetapi Anwar mendapatnya. Kenapa dan apakah motif sebenar Amerika “sayang” kepada Anwar? Kebebasan bersuara tidak bermakna pergi ke luar negara dan mengecam serta mencemar imej negara. Ini menunjukkan ADIL tidak peduli semua ini asalkan mencapai matlamatnya walaupun negara tergadai. Pemimpin mereka sanggup memaki hamun dan mencaci pemimpin Kerajaan dan membuat tuduhan liar dan fitnah. Kebebasan bersuara juga tidak bermakna bersubahat dengan media Barat untuk memberikan gambaran yang negatif mengenai negara. Kita tahu media Barat memang tidak mahu Malaysia maju dan berjaya dan perbuatan ADIL ini boleh dianggap khianat dan menjadikannya tali berut dan boneka Barat. Kenapa tidak mempersoalkan kawalan Anwar terhadap media seperti TV3, Utusan Malaysia dan Berita Harian dengan meletak kroni-kroninya? Kenapa bila sudah dipecat baru hendak mengatakan tidak ada kebebasan bersuara dan media di bawah kawalan Kerajaan. Yang beliau “control” tiga media itu apa dia? Kalau betul tidak ada kebebasan bersuara masakan Pas boleh menerbitkan
Harakah selama ini yang menghentam Kerajaan. Begitu juga dengan majalah
dan makalah lain seperti Aliran, Rocket (DAP), Suara (PRM), Detik, Misteri,
Eksklusif, Warta KL yang tidak lain menghentam dan menabur fitnah terhadap
Kerajaan. Ini tidak termasuk buku-buku politik yang diterbitkan bagaikan
cendawan. Semua terbitan ini tidak diambil tindakan walaupun sebahagian
besar daripada kandungannya mempunyai unsur fitnah dan rekaan semata-mata.
Tidakkah Kerajaan masih bersikap toleran?
|
|
||||||||||||