Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
                www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 

MAHAFIRAUN: PAS KENA BATANG HIDUNG SENDIRI
Pemimpin pembangkang adalah golongan yang bodoh sombong.  Contohnya Fadzil Noor dan Nik Aziz yang menuduh Dr. Mahathir sebagai MAHAFIRAUN sedangkan mereka yang berpendidikan Islam tinggi itu tidak mengetahui cirri-ciri Firaun yang sebenar.  Berikut adalah ciri-ciri Firaun yang sebenar : 

·                     FIRAUN MEMERANGI AJARAN ISLAM sedangkan Dr. Mahathir menerima agama Islam dalam Perlembagaan Negara dan membentuk perundangan Islam di Malaysia, tetapi Pas mempermain-mainkan agama Islam dengan memutar-belitkan ayat-ayat dari Al-Quran dan Hadith 

·                     FIRAUN MEMBUNUH ANAK-ANAK LELAKI DI ZAMANNYA  tetapi Dr. Mahathir mendukung rakyat Malaysia supaya bangkit merubah kemajuan dan kejayaan, sedangkan Pas membiarkan rakyat bermusuh-musuh dan menidakkan anak-anak kelahiran Ahli UMNO 

·                     FIRAUN MEMBUNUH NABI DAN RASUL sedangkan Dr. Mahathir menyanjungi ajaran Nabi dan Rasul serta mengangkat martabat Ulama yang berkepentingan agam Islam bukannya Ulama politik, sebaliknya Pas sanggup menggadaikan ajaran Rasul dan menyesuaikannya mengikut perjuangan Pas serta melahirkan lebih banyak Ulama Politik yang memesongkan akidah umat Islam. 

·                     FIRAUN MENGHINA TUHAN sedangkan Dr. Mahathir mengangkat agama Islam cukup tinggi untuk dihayati oleh semua umat Islam di Malaysia menerusi pelbagai program pembangunan Islam.  Akan tetapi Pas (Nik Aziz) sanggup menghina Tuhan dengan mengatakan Tuhan mencarut kepada hambaNYA dan Tuhan didakwanya menggalakkan umat Islam mencarut sesama mereka 

·                     FIRUAN MENGANGGAP DIRINYA TUHAN sedangkan Dr. Mahathir tidak pernah menggunakan kuasanya untuk mengatasi Undang-undang Islam apatah lagi mengingkari perintah Allah dan Rasul.  Akan tetapi, Pas menjadikan partinya wakil Tuhan dengan menjanjikan syurga kepada sesiapa yang menyertai Pas dan mengubahsuaikan ayat Al-Quran dan Hadis mengikut sesuka hatinya 

·                     FIRAUN KEJAM TERHADAP RAKYATNYA sedangkan rakyat hidup mewah dan aman sentosa di bawah kepimpinan Dr. Mahathir, sedangkan Pas menindas rakyat Kelantan dengan membiarkan mereka hidup dalam kemelaratan dan taraf kemiskinan yang tinggi 

·                     FIRAUN MEMBUNUH SESIAPA YANG MENENTANGNYA sedangkan Dr. Mahathir menerima dengan terbuka sesiapa juga menentangnya kerana kebenaran akan berpihak kepada yang benar.  Akan tetapi Pas menganggap sesiapa yang menentang Pas adalah dusta kepada agama, malah menuduh orang-orang UMNO kafir 

·                     FIRAUN BERTINDAK SEBAGAI TUHAN sedangkan Dr. Mahathir tidak pernah bertindak menyelewengkan ajaran Islam sebab dia bukan maksum.  Akan tetapi Pas menganggap parti mereka maksum dan bebas membuat fatwa kafir-mengkafir yang hanya dimiliki olah Allah SWT. 

·                     FIRAUN MEMUSUHI RAKYATNYA DAN MENGGALAKKAN PERMUSUHAN sedangkan Dr. Mahathir mengajak rakyat Malaysia bersatu padu dan membina perpaduan yang kukuh, sedangkan Pas mahu rakyat bermusuh-musuhan, cerai-berai dan menindas kaum wanita daripada mencari rezeki di muka Allah 

·                     FIRAUN MEROSAKKAN GENERASI BARU WUJUD DI ZAMANNYA sedangkan Dr. Mahathir membina sistem untuk mengukuhkan generasi muda supaya maju ke hadapan dan menyediakan peluang masa depan mereka yang lebih baik.  Pas menghancurkan harapan dan masa depan warisan bangsa Melayu dengan menabur fitnah, sengketa, propaganda dan menggunakan kanak-kanak untuk mengisi ‘perut politiknya’ 

SEKARANG RAKYAT PERLU LIHAT DAN ANALISIS SIAPA SEBENARNYA MAHAFIRAUN. 

APAKAH DR. MAHATHIR YANG MEMBAWA KEMAKMURAN NEGARA DAN RAKYAT PATUT DIGELAR MAHAFIRAUN? 

ATAU SEBENARNYA NIK AZIZ, FADZIL NOOR YANG MENGHASUT RAKYAT MEMUSUHI SESAMA MEREKA DAN MENYALAH GUNAKAN AYAT-AYAT AL-QURAN DAN HADIS PERLU DIGELAR MAHAFIRAUN SEPANJANG SAMA? 

SAMA-SAMALAH KITA FIKIRKAN. 


Klik di sini untuk balik ke arkib

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..