|
Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
![]() |
![]() ![]()
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
JANGAN JADI PENGIKUT DAJAL
Pas makin naik hantu untuk berkuasa. Parti itu seolah-olah sudah hilang pertimbangan. Akhir-akhir ini, Nik Aziz mahukan ahli-ahli Pas menyumbangkan harta benda untuk membantu memastikan parti itu menang di dalam pilihanraya kelak. Nak dapatkan harta orang lain barulah hendak difikirkan tentang akhirat. Kalau mengumpat, mencaci, memfitnah dan membolehkan mencarut terlupa pula pada akhirat. Yang amat pelik lagi adalah apabila pemimpin Pas mengkafirkan orang-orang Islam yang bukan ahli Pas. Jika menurut rukun Islam ada lima perkara sahaja, iaitu pertama mengucap dua kalimah syahadah, kedua , menunaikan solat lima waktu sehari semalam, memberi zakat, keempat berpuasa bulan Ramadan dan kelima menunaikan haji rukun Islam terus kekal tidak ada tambahan pada rukunnya. Mungkinkah mereka berasa diri mereka setanding dengan rasulullah ataupun dengan Allah s.w.t? Atau mungkinkah mereka Dajal yang hendak memesongkan umat Islam? Dalam tafsiran dan terjemahan kitab suci al-Quran tidak terdapat nas dan hujah yang boleh dipakai untuk membolehkan bukan ahli Pas sebagai kafir. Kalau begitu, mengikut apa yang dikatakan oleh para ulama Pas, iaitu kalau bukan ahli Pas maka orang itu kafir tidaklah boleh diguna pakai. Perbuatan para ulama Pas ini hanya memalukan Islam di negara ini. Islam itu suci dan tidak ada lain yang suci selain Islam. Tetapi contoh-contoh yang digambarkan oleh pemimpin Pas seperti mencaci, memfitnah dan juga mengkafirkan orang lain adalah contoh jijik. Agama-agama lain yang anda anggap tidak sucipun tidak menyuruh pengikut-pengikutnya mencarut dan lain-lain lagi. Kalau Pas berhasrat hendak mengembangkan agama Islam bukan ini caranya. Kelakuan ulama Pas bukan contoh Islam yang suci. Dengan itu janganlah pula hendak mengatakan kalau bangsa lain memeluk agama Islam negara ini pasti aman dan tidak ada perkara kotor berlaku. Kelakuan Pas selama ini menjauhkan lagi orang bukan Islam. Apatah lagi nak masuk syurga. Ini semua adalah akibat hendak mementingkan diri sendiri dalam arena politik. Bagi mereka yang telah terpedaya sepatutnya dapat berfikir dengan lebih baik lagi dan jangan jadi pak turut. Segala karut-marut dan mencarut itu datang dari dajal. Orang ramai tak seharusnya menjadi pengikut setia dajal.
|
|
||||||||||||