|
Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
![]() |
![]() ![]()
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
KOMPLOT
GULING PEMIMPIN (EPISOD 5)
Untuk mempastikan UMNO dapat terus diperalatkan untuk mencapai cita-citanya, kepimpinan UMNO perlu dibentuk mengikut rentaknya. Oleh kerana sejak sebelum masuk UMNO hingga ke hari ini Anwar tidak pernah ‘bersama’ dan ‘sealiran’ dengan mana-mana pemimpin UMNO yang sudahpun masak dengan perihal keikhlasan ‘sekilas ikan di air’nya maka Anwar terpaksa bijak berlakon mengatur strategi mewujudkan komplot mengambil alih kepimpinan UMNO sejak mula-mula bertapak dalam kabinet. Dr. Mahathir pula ikhlas mahu membentuk Anwar sebagai penggantinya berdasarkan kepada imej Pak Sheikh yang begitu istiqamah khutbah Jumaatnya serta karismenya. Sekali lagi pucuk dicita ulam mendatang. Untuk itu prioriti agenda utamanya ialah mempastikan tokoh berpengaruh seperti ‘Musa’ yang tebal kebangsaannya, ‘Ku Li’ dengan pengaruh politiknya dan ‘Ghafar Baba’ yang kuat pengaruh veterannya harus diketepi dan disenyapkan serta diganti dengan barisan kroni-kroninya serta pemuda-pemuda yang senang dibentuk. Walaupun Dr. Mahathir, berjaya menghidu siapa Anwar sebenarnya selepas 16 tahun beliau berada dalam kabinetnya, tapi tindakan berani, cekap dan bijak Perdana Menteri, ‘better late than never’, terbukti telah dapat menyelamatkan Malaysia dan rakyat amnya, yang tidak kenal sifat hipokrit Anwar . RASIONALNYA: Anwar memiliki satu kebijaksanaan berselindung di belakang pelbagai identiti yang disenangi oleh pemimpin dan kumpulan tertentu mengikut kedudukan dan situasi tertentu. Ini dinyatakan Allah seperti dalam firmanNya (63:4) "Dan apabila engkau melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menghairankan engkau; dan jika mereka berkata-kata, engkau dengar kata-katanya. Mereka alah (tidak berguna dan kosong), kayu yang disandarkan (benda tidak mempunyai roh – tidak boleh berdiri sendiri). Tiap teriakan mereka sangka membahayakan mereka. Merekalah musuh; maka hendaklah engkau awasi mereka. Allah laknat mereka, mereka telah dipalingkan (daripada kebenaran)." Bahawa Anwar cuma menghormati Dr. Mahathir selagi beliau mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri yang boleh memenuhi agenda terselindungnya mendapatkan kuasa Perdana Menteri secepat mungkin. Hakikat ini jelas
membuktikan bahawa Anwar tidak pernah senang dengan vawasan dan misi Mahathir
yang boleh menjejaskan agenda terselindungnya. Wawasan 2020 memerlukan
pemantauan Mahathir dan selagi Mahathir dan ‘pejuang-pejuang ‘visi’nya
hidup dan berpengaruh, Wawasan 2020 akan memerlukan sumbangan mereka itu.
Perkembangan ini amat tidak sihat untuk masa depannya sedemikian Anwar
terpaksa pastikan ‘mereka’ itu harus ‘dilenyapkan’.
|
|
||||||||||||