|
Menangkis
Segala Fitnah Pembangkang
|
![]() |
![]() ![]()
|
|
||||||||||||
"Perjuangan Yang Belum Selesai tidak ada yang lebih menyayatkan dari melihat bangsaku dijajah Tidak ada yang lebih menyedihkan dari membiarkan bangsaku dihina Air mata tiada ertinya sejarah silam tiada maknanya sekiranya bangsa tercinta terpinggir dipersenda dan dilupakan..." Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
|
TIKAM
BELAKANG (EPISOD 4)
Selagi Anwar masih boleh berkomunikasi baik dari penjara atau melalui kuncu-kuncu Uncle Samnya, selagi itulah budak-budak suruhannya akan melakukan apa sahaja, kerana mahu meneruskan hajat besar "tuan besar"nya. Mungkin dalam satu tahun atau 10 tahun atau 30 tahun, selagi Anwar masih mampu berkomunikasi, ancaman sindrom Anwar ini tetap akan menghantui kita dan menjadi ancaman kepada keharmonian bangsa Malaysia. Adalah lebih mudah berhadapan dengan "musuh" yang semenangnya kita sudah ketahui identitinya, berbanding dengan "musang berbulu ayam" yang masih berkeliaran berimejkan sebagai orang-orang UMNO atau Pas dan watak-watak lain dalam pembangkang. Kroni-kroni Anwar yang bersikap seperti " musang berbulu ayam" pasti tetap akur dengan arahan dan telunjuk "tuan besarnya" agar terus mengamalkan status quo, patuhi dan taati segala arahan sesiapa sahaja, tapi bersedia bangkit semula apabila menerima seruan "tuan besarnya" mungkin dalam tempoh satu tahun, 20 tahun atau 30 tahun lagi. Strategi "pecah dan perintah" pengikut-pengikut fanatik Anwar ini sedang berleluasa. Tentangan mereka bukan sekadar kepada Barisan Nasional, malah Pas, DAP atau PRM serta NGO’S tutut dijadikan kuda tungangan Anwar di sebalik kemunculan KeADILan yang diterajui oleh isterinya, Dr. Wan Azizah. Bukankah Anwar yang
sejak mutakhir ini dijulang bagaikan "hero" itu sebenarnya musuh dalam
selimut dan gunting dalam lipatan yang sangup menghalakan cara demi memenuhi
tuntutan nafsu besarnya menjadi Perdana Menteri? Bukan mustahil jika KeADILan
yang lahir dari cetusan minda Anwar dan sentiasa patuh kepada telunjuk
Uncle Sam sangup menikam sesiapa sahaja dari belakang?
|
|
||||||||||||