Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
               www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 

KADOK NAIK JUNJUNG (EPISOD 3)

Sejak menyertai UMNO pada tahun 1982, Anwar sebenarnya tidak pernah menjadi ahli UMNO dalam erti kata yang sebenar. Mungkin beliau sendiri tidak pernah membaca Perlembagaan UMNO sebelum menyertai UMNO, tetapi sanggup berkompromi apabila mendapati cita-citanya cerah menerusi pelawaan ikhlas Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad, atas jaminan dijanjikan jawatan dalam kabinet.

Kepimpinan UMNO yang ikhlas ketika itu dan percaya perjuangan Anwar jujur untuk menegakkan keadilan melalui retorik Islamnya, tidak mengetahui bahawa pucuk yang dicita-citanya selama 12 tahun sejak awal tahun 70-an, rupanya ulam yang mendatang, bak kata pepatah: orang mengantuk disorongkan bantal. 

Sejak dari tarikh tersebut, maka bermulalah episod angkuh "kadok naik junjungnya" dan fasa kedua komplot merampas kepimpinan UMNOnya sudah berhasil dan bertapak teguh seperti firman Allah s.w.t. (2:204) "Dan dari antara manusia ada orang yang perkataannya dalam (hal) kehidupan dunia membikin kamu senang (menyenangkan kamu dengan omong-omong yang bagus tentang hal keperluan hidupmu tapi hatinya tidak) dan ia menjadikan Allah saksi atas apa yang ada di hatinya (bersumpah apa yang ada dalam hatinya serupa apa yang ia zahirkan dengan lidahnya); padahal ia itu sejahat-jahat musuh".

RASIONALNYA: Strategi Anwar bersama kroninya selama 12 tahun mengecam habis-habisan dan menentang UMNO dan Kerajaan sehingga beliau berhasil mewujudkan imej sebagai pemimpin yang amat radikal dan merbahaya tapi menjadi aset kepada mereka yang menyebelahinya terbukti berhasil apabila beliau dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri. 

Mesej beliau ialah tanpa menjadi ahli UMNO pun, tanpa menghadiri sebarang perjumpaan dan mesyuarat UMNO walaupun di peringkat cawangan, boleh dilantik menjadi Menteri asalkan beliau sedia berpura-pura dan berkompromi dengan pucuk pimpinan UMNO dengan menampakkan agenda penentangannya ditonjolkan sebagai satu aset kepada yang sedia menerima dan bersekongkol dengan lakonan ‘perjuangan ummah menuntut keadilannya’. Itulah satu aset dan kebijaksanaan sifat hipokritnya, seorang penipu al-qubro yang tidak ada tolok bandingnya di negara Malaysia ini.
 
 


Klik di sini untuk balik ke isu panas

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..