Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KERISMELAYU ONLINE
Menangkis Segala Fitnah Pembangkang

 
              www.kerismelayu.com

Portal KMU

UMNO Online

Puteri UMNO

#Antireformasi

Politik Islam

PejuangBangsa
LAMAN-LAMAN PILIHAN PEJUANG UMNO MALAYSIA
 

MUKA DEPAN
ARTIKEL
ISU PANAS
ARKIB
WARISAN
KERIS UMNO
GALERI
ALHAQ DAILY
BARISANKITA
UMNO-GATE



"Perjuangan Yang Belum Selesai
tidak ada yang lebih menyayatkan
dari melihat bangsaku dijajah
Tidak ada yang lebih menyedihkan
dari membiarkan bangsaku dihina
Air mata tiada ertinya
sejarah silam tiada maknanya
sekiranya bangsa tercinta terpinggir
dipersenda dan dilupakan..."
Dr. Mahathir Mohamad,Mei 1996
 
 
 
 
 
 
 

 

KOMPLOT GULING KERAJAAN (EPISOD 1)

Untuk mempastikan UMNO dapat terus diperalatkan untuk mencapai cita-citanya, kepimpinan UMNO perlu dibentuk mengikut rentaknya. Oleh kerana sejak sebelum masuk UMNO hingga ke hari ini Anwar tidak pernah ‘bersama’ dan ‘sealiran’ dengan mana-mana pemimpin UMNO yang sudahpun masak dengan perihal keikhlasan ‘sekilas ikan di air’nya maka Anwar terpaksa bijak berlakon mengatur strategi mewujudkan komplot mengambil alih kepimpinan UMNO sejak mula-mula bertapak dalam kabinet. 

Dr. Mahathir pula ikhlas mahu membentuk Anwar sebagai penggantinya berdasarkan kepada imej Pak Sheikh yang begitu istiqamah khutbah Jumaatnya serta karismenya.

Sekali lagi pucuk dicita ulam mendatang. Untuk itu prioriti agenda utamanya ialah mempastikan tokoh berpengaruh seperti ‘Musa’ yang tebal kebangsaannya, ‘Ku Li’ dengan pengaruh politiknya dan ‘Ghafar Baba’ yang kuat pengaruh veterannya harus diketepi dan disenyapkan serta diganti dengan barisan kroni-kroninya serta pemuda-pemuda yang senang dibentuk. 

Walaupun Dr. Mahathir, berjaya menghidu siapa Anwar sebenarnya selepas 16 tahun beliau berada dalam kabinetnya, tapi tindakan berani, cekap dan bijak Perdana Menteri, ‘better late than never’, terbukti telah dapat menyelamatkan Malaysia dan rakyat amnya, yang tidak kenal sifat hipokrit Anwar .

RASIONALNYA: Anwar memiliki satu kebijaksanaan berselindung di belakang pelbagai identiti yang disenangi oleh pemimpin dan kumpulan tertentu mengikut kedudukan dan situasi tertentu. Ini dinyatakan Allah seperti dalam firmanNya (63:4) "Dan apabila engkau melihat mereka, tubuh-tubuh mereka menghairankan engkau; dan jika mereka berkata-kata, engkau dengar kata-katanya. Mereka alah (tidak berguna dan kosong), kayu yang disandarkan (benda tidak mempunyai roh – tidak boleh berdiri sendiri). Tiap teriakan mereka sangka membahayakan mereka. Merekalah musuh; maka hendaklah engkau awasi mereka. Allah laknat mereka, mereka telah dipalingkan (daripada kebenaran)."

Bahawa Anwar cuma menghormati Dr. Mahathir selagi beliau mempunyai kuasa sebagai Perdana Menteri yang boleh memenuhi agenda terselindungnya mendapatkan kuasa Perdana Menteri secepat mungkin.

Hakikat ini jelas membuktikan bahawa Anwar tidak pernah senang dengan vawasan dan misi Mahathir yang boleh menjejaskan agenda terselindungnya. Wawasan 2020 memerlukan pemantauan Mahathir dan selagi Mahathir dan ‘pejuang-pejuang ‘visi’nya hidup dan berpengaruh, Wawasan 2020 akan memerlukan sumbangan mereka itu. Perkembangan ini amat tidak sihat untuk masa depannya sedemikian Anwar terpaksa pastikan ‘mereka’ itu harus ‘dilenyapkan’.
 
 



Klik di sini untuk balik ke isu panas

Guestbook By Escati
Nukilkan Sesuatu Di Laman Tetamu
Jengok Laman Tetamu


 
 
Minda Editor

Barisan alternatif sekarang sudah berkecamuk akibat tiada keserasian dalam mewujudkan sebuah manifesto yang dipersetujui oleh kesemua parti komponennya.

Peribahasa
"Kata Dulang Paku Serpih,
Mengata Orang Awak Yang lebih"…

"Telunjuk Lurus Kelingking Berkait"…

"Lempar Batu Sembunyi Tangan"..