Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Ketua Polis Negara
| Tan Sri Sir Claude Fenner | Tun Salleh bin Ismael | Tan Sri Abdul Rahman Hashim | Tun Mohd. Hanif bin Omar | Tan Sri Rahim Noor | Tan Sri Norian Mai |

TAN SRI SIR CLAUDE FENNER
Tan Sri Sir Claude Fenner dilahirkan pada 6 Januari 1916 di London dan merupakan Ketua Polis Negara yang pertama dan berkhidmat di antara 18 September 1958 hingga 28 Februari 1966. Beliau menyertai Pasukan Polis Negeri-Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1936 sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis. Sebelum dilantik sebagai Ketua Polis Negara, beliau pernah berkhdimat di dalam berbagai cawangan dan bahagian di dalam pasukan polis.

   • Cawangan Trafik Kuala Lumpur
   • Ketua Polis Daerah, Teluk Intan, Kinta, Tronoh
   • ASP Sikh Kontinjen Negeri-Negeri Selat
   • 1945 bertugas dengan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration)    berpangkat Leftenan Kolonel semasa menumpaskan MPAJA
   • Ketua Polis Johor tahun 1955
   • Dipinjamkan ke JPM sebagai Pemangku Timbalan Setiausaha Keselamatan    dan Perisikan pada 1958
   • 2 Jun 1958 dinaikkan pangkat sebagai Timbalan pesuruhjaya Polis
   • 18 September 1958 hingga 1966 sebagai Pesuruhjaya Polis Persekutuan    Tanah Melayu
   
   TUN MOHAMED SALLEH ISMAEL
   Tun Mohamed Salleh bin Ismael dilahirkan pada 7 Julai 1917 di Bukit Mertajam,    Pulau Pinang. Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang kedua pada 29  Mac 1966. 
   Beliau merupakan anak Melayu pertama menjawat jawatan tertinggi di    dalam PDRM. Beliau memulakan kerjayanya dalam Pasukan Polis Melayu Bersekutu    sebagai Konstabel pada 25 September 1935.
   Beliau memperkenalkan unsur pemikiran    baru sesuai dengan kehendak dan keperluan semasa. Usaha gigih beliau telah melahirkan    'Sistem Salleh', di samping Pasukan Kadet Polis dan Pasukan 
   Sukarelawan Polis.
   Beliau dikurniakan dengan berbagai bintang kehormat dan darjah kebesaran dari   
   dalam dan luar negeri. Beliau meninggal dunia pada 31 Januari 1973. 
   • Menjadi Setiausaha Polis Persekutuan kepada Pesuruhjaya Polis pada 31    Ogos 1957
   • Timbalan Pesuruhjaya Polis pada 1 April 1961 - 31 Mac 1962
   • Pengarah Hal Ehwal Polis pada 1 April 1962 - 12 Julai 1962
   • Pesuruhjaya Polis Persekutuan Tanah Melayu pada 13 Julai 1962 - 8 Februari    1966
   • Ketua Polis Negara pada 29 Mac 1966 - 31 Januari 1973
   
   TAN SRI ABDUL RAHMAN BIN HASHIM
   Tan Sri Abdul Rahman bin Hashim dilajhirkan pada 17 Julai 1925 di Yan, Kedah.    Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang ketiga pada 1 Februari 1973.    Beliau menyertai pasukan Polis 
    sejak 1948 dan berkhidmat sebagai Ketua Polis    Daerah Baling. Pengalaman luas beliau dalam bidang kepolisan telah berjaya menempatkan    PDRM sebagai pasukan yang mantap dan disegani. Kematian 
    tragisnya angkara anasir    subversif pada 7 Jun 1974 merupakan kehilangan besar kepada PDRM dan Malaysia.    
   • Ketua Polis Daerah Baling - Januari 1948
   • Pegawai Penyiasat Jenayah di Kajang (Insp.) - Mei 1949
   • Ketua POlis Daerah Kulai, Johor - Januari 1952
   • Kursus JSJ selama 3 bulan di Mill Mecee Stafford, United Kingdom. Kembali    dan bertugas di Cawangan Khas Kuala Lumpur - April 1953
   • Kursus di Rynston on Dunsmore atau Bramshill Police Colege, United Kingdom    - September 1957
   • Ketua Cawangan Khas Pulau Pinang - 1960
   • Timbalan Pengarah Cawangan Khas - 1963
   • Pengarah Cawangan Khas - 1971
   • Timbalan Ketua Polis Negara - Januari 1972
   • Ketua Polis Negara pada 1 Februari 1973 sehingga tarikh kematiannya    pada 7 Jun 1974
   
   TUN MOHAMMED HANIF BIN OMAR
   Tun Mohammed Hanif bin Omar dilahirkan pada 16 Januari 1939 di Teluk Intan,    Perak. Beliau merupakan tokoh yang termuda di negara, dan sepanjang yang diketahui,    di dunia, tatkala dilantik 
   pada 8 Jun 1974 sebagai Ketua Polis Negara yang keempat.    Beliau memulakan perkhidmatan sebagai Kadet Penolong Penguasa Polis pada 8 Jun    1959. Kepimpinan beliau yang dinamik telah berjaya 
   menonjolkan imej cemerlang,    bersih serta saksama di dalam pasukan polis. Beliau turut menekankan kemajuan    akademik dan ilmu pengetahuan ke arah membina pasukan yang berwibawa. Kejayaannya  
   mengemudi PDRM menangani pelbagai cabaran dan isu, khususnya menjadikan Malaysia    satu-satunya negara di Asia yangberjaya menumpaskan komunis secara keseluruhan,    dirakam di persada negara. 
   Beliau dianugerahkan dengan pelbagai pingat dan kehormatan    dari dalam dan luar negara.
   • Pegawai Penyiasat Melaka Tengah - April 1960
   • Penolong Ketua Polis Daerah Jasin, Melaka - 20 November 1960
   • Penolong Pegawai Penjaga Siasatan Jenayah (Selatan) Pahang - 2 Disember    1960
   • Pegawai Turus Cawangan Khas, Bukit Aman, Kuala Lumpur - 16 Januari 1962
   • Pegawai Turus Cawangan Khas Selangor - 8 Ogos 1966
   • Ketua Polis Daerah Ipoh, Perak - 20 Julai 1967
   • Ketua Pegawai Turus (Polis) Majlis Gerakan Negara - 18 Mei 1969
   • Ketua Cawangan Khas Selangor - 20 Disember 1969
   • Ketua Polis Melaka - 7 September 1970
   • Ketua Polis Selangor - 6 Disember 1971
   • Pengarah Cawangan Khas - 31 Januari 1973
   • Timbalan Ketua Polis Negara - 1 Februari 1973
   • Ketua Polis Negara - 8 Jun 1974 hingga 15 Januari 1994
   
	TAN SRI ABDUL RAHIM BIN MOHD. NOOR
   Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd. Noor dilahirkan pada 6 Jun 1943 di Serkam, Melaka.    Beliau dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang kelima pada 16 Januari 1994.    Beliau memulakan perkhidmatannya 
   sebagai Kadet penolong Penguasa Polis pada    8 September 1969. Pengalaman beliau yang luas selama hampir suku abad sebelum    menrajui PDRM, serta ketekunan dan kesungguhannya menjadi asas utama
   menggerakkan    pasukan polis ke tahap profesionalisme yang tinggi berteraskan falsafah "Cepat    dan Betul". Keberkesanan kepimpinannya ditandai oleh usaha menyusun danmemperkemaskan    struktur serta 
   organisasi pasukan polis meliputi semua peringkat, seiring dengan    keperluan negara dan masyarakat di era globalisasi dan ledakan teknologi maklumat.    Sebagai tokoh kepada sebuah pasukan yang disegani, 
   Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd.    Noor telah dianugerahkan dengan bintang-bintang kehormatan dari dalam dan luar    negara yang membawa pelbagai gelaran. 
   • Pegawai Personel Cawangan Pentadbiran Bukit Aman - 9 Februari 1970
   • TPP Perkhidmatan Pentadbiran Bukit Aman - 1 Disember 1973
   • Supt. Perjawatan Pentadbiran Bukit Aman - 1 Oktober 1975
   • PP Tatatertib Pentadbiran Bukit Aman - 18 April 1977
   • Ketua Polis Daerah Pentadbiran Melaka Tengah - 28 Disember 1977
   • Komandan Latihan/Maktab Polis, Kuala Kubu Bharu - 18 Januari 1979
   • Penolong Pengarah Pentadbiran/Pengurusan - 1 September 1981
   • Pegawai Turus E4 Cawangan Khas Bukit Aman - 3 Januari 1984
   • Ketua Polis Negeri Selangor - 21 Julai 1984
   • Pesuruhjaya Polis Sabah - 27 November 1985
   • Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 20 Januari 1986
   • Timbalan Ketua Polis Negara - 14 Jun 1989
   • Ketua Polis Negara - 16 Januari 1994
   
	TAN SRI NORIAN MAI
   Tan Sri Norian Mai dilahirkan di Hilir Perak pada 5 November 1946. Beliau memiliki    ijazah (sejarah) dan Diploma Pentadbiran Awam. Mula menceburkan diri dalam pasukan    polis sebagai Kadet Penolong 
   Penuasa Plis pada 8 November 1969. Setelah tamat    latihan, Tan Sri Norian Mai telah ditempatkan di Cawangan Jenayah Bukit Aman    dan seterusnya sebagai pegawai penyiasat di Seremban. Berdasarkan pengalaman   
   yang dimiliki, beliau kemudiannya ditugaskan sebagai Ketua Polis Daerah Jasin    dan Petaling Jaya dan seterusnya sebagai Ketua Polis Terengganu dan Selangor.    Beliau juga mempunyai pengalaman luas dalam Cawangan 
   Khas dan pernah dilantik    sebagai Pengarah Cawangan Khas pada 1 April 1994. Pada 6 Julai 1997, Tan Sri    Norian Mai telah dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara, dan seterusnya    menjadi Ketua Polis 
   Negara keenam pada 8 Januari 1999, menggantikan Tan Sri    Rahim Noor. 
   • Latihan - 8 September 1969
   • ASP Pencegahan Jenayah - 9 Februari 1970
   • Pegawai Penyiasat - 2 Januari 1971
   • Ketua Polis Daerah Jasin - 3 Januari 1972
   • TPP Latihan Bukit Aman - 16 Februari 1976
   • Ketua Polis Daerah Brickfields - 11 Oktober 1980
   • Ketua Polis Daerah Petaling Jaya - 1 Disember 1982
   • Ketua Polis Terengganu - 31 Disember 1984
   • Ketua Polis Terengganu - 31 Ogos 1986
   • PT E2 Cawangan Khas - 14 Januari 1987
   • Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 21 Jun 1990
   • Timbalan Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 17 Februari 1991
   • Ketua Polis Selangor - 31 Disember 1992
   • Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman - 1 Januari 1994
   • Timbalan Ketua Polis Negara - 6 Mei 1997
   • Ketua Polis Negara - 8 Januari 1999 

BACK