BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH > *********************************** > > > >ingatkah di kau di mana di dalam sejarah > >sepasang mata menjadi hadiah > >"kenapa engkau mengikutku?" > >"aku tertarik dengan kecantikanmu" > >jawapan yang cukup angkuh > >namun mengundang 1000 sesalan > >bila bungkusan merah diterima d tangan > > > >Muslimat , > >contohilah wanita itu > >bukan dengan mencungkil matamu > >tapi dengan menjaga peribadimu > > > >Wahai muslimat , > >aku sering tertanya > >bagaimana engkau masih sanggup > >memaniskan muka > >menghadiahkan senyuman > >meramahkan bicara > >kepada lelaki yg bukan muhrimmu > > > >Apakah engkau ini berani > >menguji jiwa lelaki > >yg sememangnya di ciptakan Allah > >dahaga kepada keindahan wanita > >walaupun sekadar muka yg manis > > > >Apatah lagi lelaki itu > >yg engkau tahu cukup ego > >menganggap wanita sebagai hidangan > >yg boleh di belek belek dan di pilih-pilih > > > >Benar , > >wanita itu telah menemui ajalnya > >namun di iringi keredhaan Allah > >dan keinsafan seorang lelaki > >yg akhirnya menjadi sufi > > > >Muslimat , > >begitulah jalanmu > >begitulah perjuanganmu > >tundukkanlah pandanganmu > >keraskanlah suaramu > >seriuskanlah ketegasanmu > >bila engkau di hadapan atau di belakang > >atau di kiri atau di kanan lelaki > > > >Walau atas apa alasan sekalipun > >ketuk keegoan mereka > >bangunkanlah mereka dari mimpi > >jelaskanlah dengan amalmu > >bahawa percampuran bukan caranya > >bahawa keseronokan adalah palsu > >bahawa di sini tiada kebahagiaan > >hanya kebanaran.... > > > >Muslimat , > >inilah jalanmu > >lalu mungkin > >engkau akan melihat > >di kalangan remaja ini > >akan lahir Rijaluddin > >berjiwa pejuang > >sebagaimana lahirnya > >sebagaimana bangkitnya > >Da'ie bernama HASSAN AL-BASRI > >BILA SEPASANG MATA MENJADI HADIAH