NABI MUHAMMAD SAW MAKHLUK
TERAGUNG
"
Nabi Muhammad saw meskipun sama
kejadiannya dengan manusia lain di muka bumi ini, namun bentuk
lahiriah dan rohaniahnya tidak sama. Baginda mempunyai keistimewaan
yang sama sekali tidak terdapat pada manusia-manusia
biasa.
Sebagai manusia yang terbaik di
muka bumi ini, Baginda dianugerahkan dengan keperibadian dan
perwatakan yang istimewa kerana padanyalah terdapat contoh untuk
diteladani.
Umum mengetahui keadaan yang
zahir adalah gambaran yang terjelma dari unsur-unsur batin. Rupa
paras seseorang boleh membantu menjelaskan keperibadian setiap
individu. Ciri-ciri seperti bentuk badan, sifat fizikal dan rupa
bentuk anggota adalah menggambarkan tentang akal dan akhlak
seseorang. Begitulah dengan Nabi Muhammad saw. yang mempunyai bentuk
badan yang indah dan segak, namun tidak dapat digambarkan oleh
mana-mana pelukis potret di dunia ini. Allah mengharamkan
penggambaran potret Baginda oleh sesiapa saja. Sungguhpun begitu
sifat-sifat kecantikan baginda masih boleh diillusikan melalui
pertuturan dan riwayat para sahabat dan
tabi'in.
Begitu indahnya sifat fizikal
Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya
bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keIslaman dan mengaku
akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda. Ulama Yahudi
berkenaan terpukau dengan raut paras dan akhlak baginda yang sudah
tentunya milik seorang Rasul Agung di muka bumi
ini.
Para sahabat yang sentiasa
bersamanya sentiasa meneliti bentuk tubuh tokoh kesayangannya secara
terperinci. Di antara kata-kata appresiasi mereka yang pernah
melihat baginda saw:
- Aku belum pernah melihat
lelaki yang sekacak Rasulullah. Aku melihat cahaya memancar dari
lidahnya.
- Seandainya kamu melihat
Rasulullah, kamu akan merasa seolah-olah sedang melihat matahari
terbit.
- Aku pernah melihat Rasulullah
saw di bawah sinaran bulan. Aku bandingkan wajahnya dengan bulan,
akhirnya aku sedari bahawa Rasulullah saw jauh lebih cantik
daripada sinaran bulan.
- Rasulullah saw seumpama
matahari yang bersinar. Aku belum pernah melihat lelaki setampan
Rasulullah saw.
- Apabila Rasulullah saw berasa
gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama dan dari situ
kami mengetahui yang baginda sedang gembira.
- Kali pertama memandangnya,
sudah tentu kamu akan terpesona
- Wajahnya tidak bulat tetapi
lebih cenderung kepada bulat
- Wajahnya seperti bulan
purnama
- Dahi Baginda luas, raut
kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah kelihatan di
antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa
marah.
- Mata Baginda hitam dengan
bulu mata yang panjang
- Garis-garis merah di bahagian
putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian
sudut.
- Hidungnya agak mancung,
bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali
melihatnya.
- Mulut baginda sederhana luas
dan cantik
- Giginya kecil dan bercahaya,
indah tersusun, renggang di bahagian depan.
- Apabila berkata-kata cahaya
kelihatan memancar dari giginya
- Janggutnya penuh dan tebal
menawan
- Lehernya kecil dan panjang,
terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti
perak sangat indah.
- Kepalanya besar tapi terlalu
elok bentuknya
- Rambutnya sedikit
ikal
- Rambutnya tebal kadang-kadang
menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi
disisir rapi
- Rambutnya terbelah di
tengah
- Di tubuhnya tidak banyak
rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke
pusat
- Dadanya bidang dan selaras
dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada
biasa
- Seimbang antara kedua
bahunya
- Pergelangan tangannya lebar,
lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan tersusun dengan
cantik
- Aku tidak pernah menyentuh
sebarang sutera yang tipis mahupun tebal yang lebih lembut
daripada tapak tangan Rasulullah saw.
- Perut betisnya tidak lembut
tetapi cantik. kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin
sehingga tidak melekat air. Terlalu sedikit daging di bahagian
tumit kakinya.
- Warna kulitnya tidak putih
seperti kapur atau coklat tapi campuran antara coklat dan putih.
Warna putihnya lebih banyak.
- Warna kulit Baginda putih
kemerah-merahan
- Warna kulitnya putih tapi
sehat
- Kulitnya putih lagi
bercahaya
- Binaan badannya sempurna,
tulang-temulangnya besar dan kukuh
- Badannya tidak
gemuk
- Badannya tidak tinggi dan
tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi
kacak
- Perutnya tidak
buncit
- Badannya cenderung kepada
tinggi. Semasa berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan
lebih tinggi daripada mereka
- Sekalipun baginda miskin dan
lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat daripada orang yang
cukup makan.Aku tidak pernah melihat seorang lelaki yang lebih
gagah dan berani daripada Rasulullah saw.
Begitu hebat personaliti
dan ketokohan Baginda saw., makhluk terpuji dan teragung di muka
bumi. Kesimpulannya Nabi Muhammad saw. adalah manusia agung yang
ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang
zaman.
MORAL & IKTIBAR
- Nabi Muhammad saw. adalah
manusia terbaik pilihan Allah.
- Sifatnya yang terpuji
merangkumi aspek fizikal dan rohani.
- Atas sifatnya yang superior
inilah baginda dilantik menjadi pemimpin seluruh manusia di dunia
ini.
- Baginda adalah manusia
mithali yang serba lengkap dan serba kamil dan layaklah baginda
tidak disentuh sebarang dosa lagi bersifat dengan
maksum.
- Kepimpinan Baginda sepatutnya
menjadi contoh teladan kepada semua manusia di muka bumi ini.
Barangsiapa mentaati Allah tanpa mengakui kerasulan Nabi saw,
nescaya Allah tidak menerima keimanannya.
|