Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

       HOME                [ke laman utama )

 ALAMAT &NO TEL STUDENT  5 SC 1[03] PIC

1 //3

FORUM

PERHATIAN 5 SC 1 RUANG FORUM KHAS UNTUK MENDENGAR KHABAR BERITA KORANG YE!! TULIS APE-APE YANG PATUT.. KORANG TEMPAT SAMBUNG BELAJAR KER,KEJA OR YANG TERKINI LAH YE .

 

KATA-KATA ALU-ALUAN KETUA KELAS 5 SC 1 [2003]

A'KUM W.B.T & SALAM BICARA,
 
   Selayang pandang,selaut kasih saya tujukan buat anda yang sudi meluangkan masa untuk sama-sama menjelajah laman web ini untuk sama-sama mendekati,berkenalan dan berkongsi suka duka hidup "BINTANG-BINTANG 5 SAINS 1/2003" ini.
 
   Terlebih dahulu terima kasih daun keladi buat saudara Syuhairie kerana memberi ruang kesempatan untuk saya melahirkan rasa hati saya terhadap kelahiran laman web ini.Sebelum saya terlanjur bicara,ingin saya mengucapkan syabas dan melahirkan rasa gembira buat saudara Syuhairie atas usaha gigihnya mereka laman web ini.Tidak lupa juga buat kroni-kroninya yang sama-sama mengembleng tenaga untuk menghasilkan satu laman web yang cukup mantap & hebat sekali.Buat individu-individu yang turut sama membantu dalam menyumbangkan material-material,kerjasama anda sangat dihargai dan hanya ucapan terima kasih yang mampu diberikan.
 
   Sesungguhnya,kelahiran laman ini mampu mengungkap kembali segala nostalgia,segala memori yang telah lama tersimpul rapi di"kotak ingatan" kita yang sarat dengan lakaran senario kehidupan "BINTANG-BINTANG 5 SAINS 1/2003".Apatah lagi,laman ini bakal menjadi "jambatan" yang menghubungkan 2 individu yang mungkin terpisah lama @ menjadi "tali pengikat persahabatan" yang diharap akan terus berkekalan ke akhir hayat.
 
   Harapan saya,semoga laman web ini bakal menjadi medan kepada keutuhan persahabatan "BINTANG-BINTANG 5 SAINS 1/2003" dan dapat kita manfaatkan bersama sebaik mungkin.Semoga usaha murni ini direstui Illahi.Apa yang pasti,segala yang terkandung dalam laman web ini,bukanlah satu cerekarama sebaliknya adalah suatu senario yang menjadi lakaran kepada sebuah kehidupan.Akhir kata,syabas dan tahniah sekali lagi buat saudara Syuhairie dan semoga kalian ceria selalu disamping insan tersayang.
 
  "THERE IS NO MORE BEAUTIFUL LIFE THAN THAT OF A STUDENT"
 
"FRIENDSHIP ARE FRAGILE THINGS AND REQUIRE AS MUCH CARE IN HANDLING AS ANY OTHER FRAGILE AND PRECIOUS THING."
 
 
Salam Sayang,
-SHOLIHIN- sHoEL@AndAs

 

 

 

 

Hakmilik terpelihara oleh  webmaster hairi_316