Petua Di Dapur
Kelapa Parut Tahan lama
Kelapa mudah basi dan untuk mengatasinya ialah dengan cara mengambil selembar daun pisang dan letakkan di dalam bekas. Kukus kelapa parut itu di atas daun pisang. Insya-Allah kelapa parut itu......mesti lambat basi...
Segarkan Salad
Mudah saja....., rendamkan di dalam mangkuk yang dicampur dengan sedikit perahan lemon dan air batu. Rendamlah salad ini selama sejam dalam peti sejuk dan pasti ianya akan segar semula selepas diangkat.
Petua Kecantikan
Jerawat
Nak tahu cara mengecutkan dan menghilangkan jerawat? Dah puas mencuba pelbagai ubat namun jerawat tetap ada juga. Jangan risau, cuba ambil bawang putih yang telah siap dilumatkan kemudian sapukan pada tampuk jerawat, biarkan kering sendiri. Anda akan kagum kerana jerawat pasti hilang dalam tempoh beberapa hari dan tanpa meninggalkan sebarang parut serta kesan.
Kulit Cerah Dan Jelita
Tidak perlu bersusah payah dengan pelbagai jenama kosmetik. Coba gunakan cara ini....Parutkan hujung mentimun dan campurkan dengan tepung jagung. Kacau dan sapukan pada keseluruhan wajah dan biarkan ianya kering. Lakukan selama 3 kali seminggu. Hasilnya, wajah anda pasti lebih berseri dan putih sentiasa...
Petua Kesihatan
Menurunkan Tekanan Darah Tinggi
Ambil 2 biji epal hijau, buangkan kulitnya dan hiris nipis-nipis. Rebus dengan menggunakan 2 cawan air sehingga empuk. Biarkan sejuk dan tapis airnya. Minum 2 kali sehari dan amalkan selalu walaupun tekanan darah telah turun. Insya-Allah badan anda akan sihat dan segar.
Merawat Kaki Gatal
Asam gelugur boleh merawat bahagian kaki yang gatal. Caranya, masukkan 7-8 keping asam gelugur di dalam baldi berisi air suam. Selawat 3 kali dan remdamkan kaki anda di dalam baldi selama setengah jam. Bagi lebih berkesan lagi, tutup baldi tersebut supaya wap tidak keluar. Lakukan setiap hari, rasa gatal di bahagian kaki itu pasti akan hilang.