Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

TELUR BERKALIMAH ALLAH

telur berkalimah Allah

KUALA BELAIT, Ahad - Seisi keluarga yang sedang menyediakan bunga telur untuk majlis khatam al-Quran di salah sebuah sekolah agama dekat sini gempar dan takjub apabila mendapati sebiji daripada 30 biji telur bakal dijadikan sedekah pada majlis bertulisan jawi kalimah suci Allah.

Ketua keluarga itu, Awang Haji Jainal Amit yang merupakan salah seorang pekerja Syarikat Minyak Brunei Shell memberitahu Media Permata hari ini, keganjilan pada telur berkenaan mula disedari oleh anak perempuannya ketika menyiapkan bungkusan bunga telur yang bakal dijadikan sedekah pada majlis itu.

Awang Haji Jainal yang ingin mendapatkan kepastian berkenaan kalimah itu kemudiannya membawanya untuk ditunjukkan kepada salah seorang guru agama yang mengesahkan bahawa ia adalah kalimah suci Allah.

Beliau dan keluarga bagaimanapun bercadang menyimpan telur itu sebagai peringatan besarnya kuasa Illahi sehinggakan telur yang hendak dijadikan sedekah bagaikan turut berzikir memuji keEsaannya.

 

 

previous  menu  next

back to home

HakciptaŠjustlook.com, 2003.