Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Laman Ini Adalah Untuk Hiburan,Promosi Dan Informasi,
Lagu-Lagu Adalah Hakmilik Syarikat Rakaman 
Dan Artis Terbabit
Belilah Kaset Atau CD Yang Original
Bagilah Sokongan Terhadap Artis Kesukaan Anda.

 
 
 
Info Terkini  (20-12-99)
# Kedai Mp3 telah tidak beroperasi lagi setelah pihak penaja (kilat.com) menghadapi masalah dengan server,oleh itu tokei akan berusaha untuk menghidupkan balik kedai ini,harap bersabar.
#Tokei telah menupdate kira-kira 5 keping wallpaper baru untuk hiasan PC korang semua.
#Kedai Virtual Poskad [e_kad] telah selamat di lancarkan dan juga mengandungi e_kad hari raya...
#Kedai Farmasi Hati telah juga di lancarkan mengandungi bacaan ayat suci AL-Quraan dari juzuk Am'ma beserta tafsir,koleksi hadist dan juga kisah-kisah dalam islam untuk ikhtibar bersama.

 
Info Semasa
#Buat Masa ini koleksi Nasyid masih lagi menghadapi beberapa masalah teknikal,oleh itu para peminat nasyid bersabar laa,ada sesetengah lagu tidak dapat di dengar atau di download.
# Kerja-kerja membaikpulih link-link bagi lagu real streaming sedang giat di jalankan...oleh itu jika anda mendapati lagu real streaming tu menghala kepada server hypermart maka ianya boleh di dengar secara online dan jika ada terjumpa lagi mana-mana lagu yang bermasalah sila email tokei dengan segera untuk tindakan lanjut..tolong nyatakan nama lagu terbabit.
#Tokei dah lancarkan 'Kedai Enjin Penyelongkar" iaitu mirip kepada search engine yahoo dan lain lain untuk para pelanggan tokei mempromosi ompej diorang dan insyaallah tokei akan  mempromosi kat main page bagi ompej yg di kira terbaik....kasik tea tarik nii
##URL Rederection { www.tokeikedai.net/namaompejanda}-No Popup..Saper ada ompej boleh buat permohanan sekarang,,sila mail alamat ompej korang dengan betul dan jelas...free jerr nihh

 
Kerja Kosong ( Khidmat Masyarakat)
# Tokei memerlukan sukarelawan,sukarelawati dan sukarelahati untuk membantu tokei menulis lirik-lirik lagu yang ada dalam kedai ini kerana satu bahagian untuk lirik akan di buka,Oleh kerana 'waktu' tokei tidak mengizinkan maka pertolongan dari para pelanggan amat diperlukan untuk menghidupkan kedai lirik ini,tak kira lagu melayu,inggeris atau hindi asalkan lagu tu ada dalam kedai ini.Sesaper berminat sila kontek tokei dengan segera.
"Cubalah Memberi Sesuatu Dan Jangan Hanya Mengharapkan Sesuatu"

 
Tokeikedai URL
# Untuk pengetahui para pelanggan berikut adalah url ompej tokeikedai:

 * Kedai utama : http://www.tokeikedai.net  [OK]
 *Cawangan     : http://tokeikedai.virtualave.net [OK]


 
Senarai Lagu Terbaru Dalam Carta
# Sila semak pada muka hadapan kedai ini untuk mengetahui senarai lagu yang baru di update .... untuk mengetahui bila tokei men-update kedai ini sila sertai maling list..

 
Masalah Mendownload Lagu Realaudio
#  Sebenarnya tokei dah kasik tau kat menu lagu real tu tapi masih lagi ramai dak faham cara nak download lagu-lagu realaudio ni...ok bagi yang pakai netscape sila klik butang kanan mouse di atas link { Download } pada menu sebelah kanan setiap laman lagu real audio tu dan ambik fungsi [Save as Link] dan bagi pengguna Interner explorer lebih kurang sama juga caranya tapi bagi browser ie menu dia lain sikit iaitu [Save Target As] bila korang klik tu satu Save Box akan keluar dan macam biasa laa tentukan folder mana nak letak lagu tu dah tukar tajuk laju untuk di save sesedap rasa. jika perlu...tungggu laa sampai habis lagu tu di download tak lah lama sangat pasal kecik jer saiz dia kurang dari 1Mb.

 
Masalah Memain & Mendownload Lagu Midi
#  Bagi mereka yang tidak mempunyai  MIDI PLUG - IN dalam pelayar web mereka akan menghadapi masalah dengan lagu midi,apabila anda double klik keluar error fail tiada dalam server...jadi untuk membetulkan masalah ni sila download midi plug-in , pergi ke www.liveupdate.com untuk mendownload 'Crescendo Midi Plug-in" secara percuma ,lepas tu sila install kat pelayar web masing-masing..Refresh pelayar anda dan try double klik..jika lagu midi itu boleh di mainkan..ok laa..kalau ada masalh lagi sila kontek tokei dan nyatakan ralat yang di terima...dan untuk pengetahuan anda pada kedai midi jika double klik lagu akan di mainkan dan jika mahu download sama cara macam nak download lagu realaudio iaitu menggunakan fungsi mouse belah kanan 'save as link' bagi netscape atau 'save as target' bagi explorer.

 
Maklumbalas Di perlukan
#  Kepada pelanggan tokeikedai jika korang ader berjumpa broken link atau apa-apa kecacatan pada kedai ini sila maklumkan kepada tokei dengan segera .Kerjasama korang amat di hargai.

#  Kepada sesaper juga yang ada sebarang idea atau apap-apa yang boleh meningkatkan persembahan kedai ini sila kasi tau tokei jugak.


 
Produk yang akan di tambah
#  Ruangan Sajak,Madah,Kata-kata hikmah dan yang sewaktu dengannya....
-Sesiapa yang mempunyai sumbangan sila mailkan kepada tokei..jika tokei mendapat banyak sumbangan ruangan ini akan di lancarkan

 
Projek akan datang di Kedai ini
#Kedai Kopi { Koleksi resepi masakan malaysia}
#Dan banyak lagi laaa......... { Ada idea kaaa ??? }

 
 
 



[Info Tokeikedai][Kedai Realaudio][Kedai Mp3][Kedai Midi]
[Kedai Tutorial][Kedai Lawak][Kedai FarmasiHati][Kedai Lagu Pilihan]
[Kedai Artis Pilihan][Kedai e-Kad][Kedai Wallpaper][Kedai Perisian]
[Kedai Penyelongkar][Kedai Pos & Aduan][Tandatangan Buku Hutang]