Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
® shark ®| world ® shark ®| bulletin ogos ® shark ®| bulletin september

 || Kuasa Jiwa ||

Kuasa jiwa boleh digunakan untuk menimbulkan keberanian dan mempengaruhi orang lain. Ramai orang menggunakan kuasa jiwa ini sama ada ia sedar atau tidak sedar.
Untuk permulaan kita pasangkan niat kita. Niat kita hendaklah baik seperti niat untuk membantu orang dan sebagainya.
Pendek kata, niat kita mestilah jangan bermotifkan kepentingan diri sendiri. Dengan cara mengambil hati orang, kita dapat mempengaruhi orang.
Mereka akan hormat kepada kita. Mereka pandang kita sebagai orang yang baik dan dapat diharap.
Anda itu magnet dan orang lain itu besi. Sebelum itu marilah kita membuat latihan untuk menimbulkan kuasa jiwa kita.
Makin sukar hendak mempengaruhi seseorang itu, seperti misalnya orang besar atau orang kenamaan, maka semakin lama kita perlu berlatih.
Buatlah latihan tiga kali sehari. Caranya demikian:-

Setiap kali latihan buatlah 5 kali tarik nafas, tahan nafas dan hembus nafas itu.
Buat permulaan, 3 kali sehari latihan adalah baik untuk mengecas diri anda dengan kuasa jiwa.
Anda sebagai bateri dan anda akan mengecas diri anda dengan kuasa jiwa. Lagi selalu anda mengecas bateri diri anda, lagi kuat diri anda dengan tenaga jiwa.
Kita mestilah berani. Timbulkan perasaan berani dalam diri. Sekiranya anda berani, suatu apa pun tidak akan menakluki anda. Sebaliknya, anda yang akan menakluki makhluk itu.

 || Bicara Hati ||

Perjalanan hidupku di dalam derita perubahan hatimu itu, bagaikan mengetahui nasib malang yang menimpa ke atas diriku …tersentuh perasaanmu di dalam bicara mereka. Sehingga dirimu terlena dibuai bahasa indah dan merisaukan hatiku...

Di saat kulelapkan mata, aku selalu membayangkan betapa indahnya apabila kita bersama melayarkan bahtera cinta antara kita, tapi itu hanyalah khayalan sementara. Hatiku sering tertanya-tanya sampai bilakah kita harus memendam perasaan. Peduli apa dengan kata orang lain sedangkan kita saling menyintai.

Cubalah renung sejenak dan fikirlah sedalam-dalamnya. Segala yang terjadi ke atas diriku itu tidak kupinta. Ianya penentuan dari Allah Yang Maha Esa.

Sekiranya dirimu benar-benar menyintai dan menyayangiku sepenuh hati dan perasaan, juga sanggup menghadapi sejuta seteru yang datang untuk memutuskan perhubungan dan perasaan cinta kita yang baru berputik.

Lupakanlah penderitaan hidupku ini agar kita mengembangkan putik cinta kita sehingga menjadi sekuntum bunga yang mekar untuk selama-lamanya.

Ketahuilah bahawa aku juga mempunyai hati dan perasaan yang datang dengan sendirinya menyintai seorang insan yang bergelar wanita dan seterusnya menjadi pasangan hidupku seperti insan lain yang hidup bahagia bersama kekasih yang disayangi.

Tidakkah dirimu mengetahui berapa banyak mata yang melihat…berapa banyak telinga yang mendengar…dan berapa banyakkah bahasa Tuhan yang dibicarakan oleh mereka sehingga tersentuhnya hati setiap insan yang mendengar dan juga yang melihat sehingga menjadi ikutan setiap gerak-geri dan membawa kepada perbuatan yang boleh menyebabkan kebencianmu terhadap diriku dan juga insan lain disebabkan oleh bicara di antara mereka yang cemburu, dengki, iri hati dan sebagainya yang tidak senang melihat perhubungan cintaku iaitu cinta kita.

Kebencianmu itu membuat perasaanku merasakan bahawa diri ku tidak layak untuk mendampingimu, tidakkah dirimu mengetahui bahawa diriku tiada sesiapapun di dalam hidup yang boleh kupercayai di saat ini.

Tidak dipedulikan oleh keluarga juga tidak pernah merasai kasih sayang daripadanya. Walau begitu nasib hidupku namun aku tidak pernah mempamerkan kepada sesiapapun penderitaan jiwa yang kutanggung itu kerana aku mengerti apa yang berlaku tentu ada hikmah di sebaliknya. Allah Maha Mengetahui dan juga Menyayangiku. Sesungguhnya nasib hidupku lain daripada insan lain. Kulihat dirimu di pandangan mataku terlalu cantik dan terlalu sempurna jika mahu dibandingkan dengan diriku.

Sehingga kini perjalanan hidupku masih di dalam derita dan masih juga tidak dapat melupakanmu, penderitaan hidup juga perasaan kecewa berlaku di dalam masa yang sama.

Dapatkah dirimu bayangkan bagaimana keadaan hidupku ketika ini? Satu hari nanti pasti apa yang berlaku ke atas diriku ini akan menjadi kenangan yang memilukan dan menyedihkan pada sesiapa yang pernah melihat dan juga yang mengetahuinya.

 || Cinta ||

S

eorang soleh yang suka mengembara menceritakan tentang kisah seorang gadis yang dijumpainya sedang merayau-rayau seorang diri di suatu tempat yang jauh dari kampung.

Gadis itu masih muda lagi namun dia begitu berani menyendiri di tempat yang berbahaya seperti itu.

"Wahai gadis kecil, di mana rumahmu?" tanya seorang soleh itu.

"Di kampung," jawabnya.

"Mengapa engkau merayau-rayau seorang diri di sini?"

"Aku tidak keseorangan, aku ada teman."

"Mana temanmu?"

"Aku bertemankan Allah," jawabnya.

"Apakah engkau tidak merasa kesunyian?"

"Wahai pahlawan, Allah Maha Mengetahui cara membahagikan rezeki terhadap hamba-Nya."

"Dia memberi rezeki kepada orang-orang kafir dan orang-orang yang ingkar kepada-Nya, bagaimana Dia tidak akan memberikan rezeki kepada orang bertauhid berserah diri kepada-Nya?"


Sekali lagi orang soleh itu terpinga-pinga oleh kepintaran gadis yang masih budak-budak itu.

Kemudian gadis kecil itu berkata lagi: "Hati yang hidup dalam makrifat kepada-Nya, bersatu dengan keesaan-Nya dan karam dalam cinta kepada-Nya, santapannya adalah bermesra-mesraan dengan Allah."

***

Suatu ketika plato terlibat pembicaraan dengan gurunya...Plato mempertanyakan makna cinta dan gurunya pun menjawab: "masuklah ke dalam hutan, pilih dan ambillah satu batang ranting yg menurutmu paling baik, tetapi engkau haruslah berjalan ke depan dan jangan kembali ke belakang. Pada saat kau sudah memutuskan pilihanmu, keluarlah dari hutan dengan ranting tersebut". Maka masuklah Plato ke dalam hutan dan keluarlah Plato tanpa membawa sebatang rantingpun. Gurunya bertanya, maka jawab Plato: "Saya sebenarnya sudah menemukan ranting yg bagus, tetapi saya berfikir barangkali di depan saya ada ranting yang lebih baik. Tetapi setelah saya berjalan ke depan ternyata ranting yg sudah saya tinggalkan tadilah yg terbaik. Maka saya keluar hutan tanpa membawa apa-apa." Guru itupun berkata: "Itulah cinta"

Lalu Plato pun bertanya apa makna perkawinan. Gurupun menjawab:"Sama seperti ranting tadi, namun kali ini engkau haruslah membawa satu pohon yang kau fikir paling baik dan bawalah keluar dari hutan." Maka masuklah Plato ke dalam hutan & keluarlah Plato dengan membawa pohon yg tidak terlalu tinggi juga tidak terlalu indah. Gurunya pun bertanya, maka jawab Plato:"Saya dapati pohon yang indah daunnya, besar batangnya...tetapi saya tak dapat memotongnya dan pastilah saya tak mampu membawanya keluar dari dalam hutan...akhirnya saya tinggalkan. Kemudian saya menemui pohon yang tidak terlalu buruk, tidak terlalu tinggi dan saya fikir mampu membawanya kerana mungkin saya tidak akan menemukan pohon seperti ini didepan sana. Akhirnya saya pilih pohon ini kerana saya yakin boleh merawatnya & menjadikannya indah." Lalu sang guru berkata:"Itulah makna perkawinan."

Begitu banyak pilihan di depan kita seperti pohon-pohon beserta rantingnya didalam hutan, tapi kita mesti menentukan satu pilihan dan bila terlalu memilih...tidak satupun akan kita dapati, kerana kesempatan itu hanya sekali & kita harus terus maju seperti waktu yg ke depan yg tidak pernah tersimpan pada hari semalam & bersemayam pada masa lalu kita..

 || Luahan Hati ||

Nah, ambil la benda ni.
Apa ni?
Ini adalah hati. Hati aku.
Hati kau? Hmm.. kenapa kau sudi kasi kat aku?
Sebab kau dah jadi sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.
Terima kasih... . ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.
Oh ye ke... tapi maaf.
Untuk apa?
Sebab, hati tu aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian saja...

Maksud kau?
Aku pernah beri hati aku kat orang lain juga. Dan aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri aku sendiri. Mungkin aku takut, hati itu tidak akan dijaga dengan sebaik-baiknya. Ianya bukan seperti barangan lain seperti duit, permata dan sebagainya. Hati ini penuh mistik, ada keajaiban yang tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya...
Mungkin kelakar. Tapi itu realitinya. Ia juga berubah mengikut rentak hidup engkau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia betul-betul ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersia-siakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ianya bukan satu benda yang percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih sahaja. Insan yang istimewa. Dan kau adalah salah seorang daripada mereka, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?
Ya, kau yang terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan orang yang diberikan. Ianya terlalu sensitif. Tapi ianya cukup kebal dan kental pada musuh aku. "Musuh", mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan perihal mereka ini. Ianya tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika hati ini diberi pada orang yang istimewa. Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada orang yang tidak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi berikan sebahagian hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai yang tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu saja yang kau tak mengerti. Sekali hati itu terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama untuk itu. Dan bila tiba sesuatu yang tidak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri buat seketika... sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ianya lahir atas satu kepercayaan. Dari situ, wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukarlah untuk hati itu kembali indah.

 || Tuhan Itu Ada! Buktinya? ||

Pada suatu hari, seorang lelaki bernama Badar datang ke sebuah salun untuk memotong rambut dan janggutnya. Sementara tukang gunting melakukan kerjanya, Badar dengan ramah mulai bersembang. Tukang gunting itu melayaninya bersembang. Pelbagai topik yang mereka sembangkan, sehinggakan kepada hal-hal yang berkait dengan ketuhanan.
"Sebenarnya saya tidak percaya bahawa tuhan itu ada seperti yang awak katakan tadi," ujar si tukang gunting.
Mendengar ungkapan itu, Badar terkejut dan bertanya, "Mengapa awak berkata demikian?"
"Mudah saja, cuba awak lihat ke luar jendela itu…awak ada nampak tak bahawa Tuhan itu ada? Tak ada, kan? Juga tolong jelaskan pada saya, jika tuhan itu ada tentu tidak ada sakit dan penderitaan. Tuhan apa yang mengizinkan semua itu terjadi…" balas tukang gunting itu dengan nada yang tinggi dan angkuh.
Badar pun berfikir tentang apa yang baru saja dikatakan oleh si tukang gunting itu. Namun, dia sama sekali tidak memberi respons agar isu tersebut tidak meleret-leret lagi. Ketika si tukang gunting selesai melakukan kerjanya dan setelah membayar upah, Badar pun berjalan keluar dari salun tersebut. Baru sahaja beberapa langkah keluar, dia bertembung dengan seorang lelaki berambut panjang dan janggutnya yang lebat. Keadaan lelaki itu menggambarkan betapa sudah lama dia tidak menggunting rambut dan mencukur janggutnya. Lelaki itu memang kelihatan serabut dan tidak kemas. Badar segera kembali ke salun dan kemudian berkata kepada si tukang gunting, "Tukang gunting, tukang cukur itu tak ada!"
Hal itu membuat si tukang gunting terkejut dan kehairanan. "Bagaimana mungkin mereka tidak ada, buktinya adalah saya ini. Saya ada di sini dan saya adalah seorang tukang gunting dan tukang cukur," sanggah si tukang gunting beria-ia.
"Tidak, mereka tidak ada! Kalau mereka ada, tidak mungkin ada orang yang berambut panjang dan berjanggut lebat seperti lelaki di luar itu," balas Badar sambil menuding ke arah lelaki di luar salun tersebut.
"Ah, awak merepek saja… Tukang gunting itu ada di mana-mana. Apa yang terjadi kepada lelaki itu adalah kerana dia tidak mahu datang ke salun untuk menggunting rambut dan bercukur," jawabnya tenang sambil tersenyum.
"Tepat!" tegas Badar. "Itulah contohnya tuhan itu ada. Yang terjadi pada umat manusia itu adalah kerana mereka tidak mahu datang mencari dan menemui-Nya. Itulah sebabnya mengapa begitu banyak penderitaan di seluruh dunia ini…"

 || Hati & Perasaan ||

Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami. Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda. Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramat rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

 || FoR aLL mY FriEnDs ||

I LOVE YoU NoT BeCAuSE OF WhO YoU ARE,
BUT BeCaUSE OF WhO I AM WHeN I Am WiTh YOU.....


No MaN Or WoMaN Is WoRth YouR TEaRS,
AnD ThE OnE WHO is, Won'T MaKE yOu CrY.....
JuSt BEcAusE SomEoNE dOEsN't LoVE YoU ThE Way YOu WAnt TheM TO,
DoESn't MeAN thEY DoN't LoVe YoU WitH aLL ThEY HaVE...


A TrUe FrIeNd Is SoMeONE wHo rEAcHes FoR YoUr hANd
AnD ToUchES YouR hEART


THe WorST wAy To MiSs SomEoNE iS tO Be SittINg
RiGhT bESIdE ThEM KnOWinG YoU CaN'T HaVe ThEM...


NeVeR FrOwN, EveN WhEN YoU ArE SAD,
BeCaUSe YoU NeVer KnoW
WhO Is FaLLinG In LoVe With YouR sMile


To ThE WoRLd YoU MaY Be OnE PErSON,
BuT tO oNe PeRsOn YoU MaY bE ThE wORLD

DoN't WaStE YoUR TiME On A MaN/ WoMaN,
WhO Isn't WiLLiNG tO WasTe ThEiR tImE On You


MaYbE GoD WaNtS Us To MeeT A FeW WrOnG PeOPLe
BeFOrE MeeTiNg tHe RigHt OnE,
So ThaT WheN We FinaLLy MEet ThE PeRson,
We WiLL KnOw HoW To Be GrATefUL..


DoN't CrY BeCAuSE It iS OvER,
SmILE BecAUsE It HAppENed.


ThErE's AlWaYS gOInG To bE pEOpLE tHAT hURt yOu
So wHAt yOU HaVe To DO iS KeEp On TrusTiNg
And jUsT Be MOre CarEfUL
AboUt WhO YoU tRuSt nExT tIme ArOuNd..

MaKE YOurSeLf A BETtEr PeRSon AnD
KnOw whO YoU ARe BefORe YoU TrY AnD KnOw SoMeOnE ELSe
ANd ExPecT TheM To KnOw YOu...


DOn'T tRy So HaRd,ThE BesT ThIngS CoME
WhEn YoU LeasT ExPeCt TheM tO


True FRiend RemEMbEr WhaTEvEr HapPEns,HapPeNS fOr A ReAsOn...

DrEam wHat yoU wAnt To dReaM
gO whEre You wAnt To gO
bE wHat yOu WanT To bE
BecAuse You HavEe onLy oNe liFe
aNd oNe chAnCe tO dO aLl thE thinGs yOu wAnT tO Do

 || Idea Gila! But Funny ||

1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang ko dan bagitau kat roommate ko nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. unpack segala brg ko & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate ko balik, jerit sekuat hati" horee...ko dah balik". lepas tu menari dlm 5 minit. lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya ko dah belah dah skrg".

3. Setiap kali bangun tido, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kemudian, sambung tidor. esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan ko. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak- dah merebak".

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Duduk di depan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. lepas tu cakap, "Siot betul, kalah lagi".

7. Setiap kali roommate ko balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...". bukak lampu semula.

8. pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Boleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, ko rupanya...".

9. Kata kat roommate ko "Ada pesanan penting untuk ko". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap ko dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

10. Bila roommate ko balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate ko bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

11. Kalau roommate ko suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara menggosok gigi dengan betul.

12. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate ko hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate ko.

13. Bila roommate ko tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

14. Duduk & renung roommate ko dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam ko tengah tengok wayang.

15. Masa roommate ko xde, ambil deodorant dia. Lepas tu sapukan kat seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau lebih wangi. Lakukan selalu sampai deodorant tu habis.

16. Kalau roommate ko ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd ko.

17. Pegang & gosok-gosok rambut roommate ko sambil berkata "Rambut ko hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

18. Sembunyikan seluar dalam/ baju dalam ko yg telah dipakai bawah bantal roommate ko. Bila dia balik, komplen yg seluar/ baju dalam ko hilang. Toksah nak ngada2 pegi cari kat tempat lain, pegi straight kat bantal dia. Lepas tu tuduh roommate ko gila seks...

 || Bebas & Kebebasan: Siapa Yang Terbabas?! ||

You all we all hidup dalam satu kelompok masyarakat yang pelbagai agama, budaya dan adat. Dalam pecahan kelompok masyarakat ini, setiap you all we all rasanya sudah cukup faham keadaan begitu begininya. Apa yang kelompok lain boleh buat mungkin tidak boleh untuk you all, dan begitulah sebaliknya. Namun kebanyakan you all suka bersikap 'borong' segalanya! Orang lain boleh, you all pun boleh walaupun you all tahu bahawa tak boleh buat macam itu.

Apa alasan yang mengatakan you all boleh menggerbangkan rambut ala-ala iklan syampu kat televisyen tu di depan orang ramai? Apa pula alasan you all pakai pakaian ketat sehingga nampak berketak-ketak bentuk tubuh? Apa sebab nak tunjuk perut dan pusat? Pangkal dada dan paha?

You all mungkin boleh kata inilah kebebasan dalam berpakaian, dalam berfesyen. Memang takde siapa nak nafi, tapi semua itu cara pemakaian siapa, dan untuk siapa ia direka? Patutkah you all we all yang umur dah mencecah suku abad ini diberi kuliah tentang etika berpakaian? Bodoh sangtkah makhluk zaman maju ini tak reti-reti nak memilih pakaian yang sesuai dengan diri sendiri? Tidak bercermin dirikah lagi makhluk zaman maju ini sehingga 'tersalah' pakai saiz baju. Atau sudah blur sangatkah sehingga tak tahu nak bezakan baju sendiri dengan baju adik yang berumur bawah sembilan tahun? Kerana kebebasan, kerana ingin bebas…buatlah sesuka hati you all!

Segelintir daripada you all insan awek-awek yang sebenarnya 'memang pelik' tetapi tak pernah nak celik bijik mata. Malah makhluk di sekeliling juga turut 'buta' kerana hanya asyik melihat benda yang menjadi 'syurga mata' semata-mata. Cantik hanya ungkapan untuk tubuh si awek yang melentik! Cantik hanya padanan kata untuk si awek yang miang dan gatal 'tergedik-gedik'! Cantik hanya kepada insan awek-awek yang 'berani' bogel 90% di khalayak! Cantik hanya kerana you all insan awek-awek yang boleh ke sana sini dikilik dan dibawa balik! Cantik sangatkah si awek perangai macam tu punya pelik?

Adik-adik awek-awek, bukan you all saja yang ada spesis 'peliknya'. Lihatlah si gagah yang bersubang bertindik, yang pakai seluar pendek, tayang lutut yang tak berapa cantik! Hal satu urusan paling mudah tapi tak terlarat dilakukan oleh seorang gagah perkasa - menutup kepala lututnya! Si gagah inikah pilihan adik-adik awek-awek? Sesiapa saja bebas nak memilih. Memilih apa saja - jalan kehidupan, kawan, masa depan dan sebagainya. Sebagaimana yang telah selalu diperingatkan bahawa you all we all memang ada hak memilih, namun jangan dilupa, jangan diketepikan 'panduan' yang memang telah disediakan.

'Panduan' untuk segala macam hal yang telah diberikan ini tak pernah menyusahkan sesiapa, tak pernah menyekat sesiapa, tak pernah mengongkong sesiapa. Tiada lain, hanya semata-mata mahukan setiap daripada you all we all memilih yang terbaik untuk diri sendiri.

Ingatlah, IMAN itu hanya pinjaman, maka you all we all pandai-pandailah menjaga segalanya sebaik mungkin. Hanya yang Maha Baik saja yang mahu meminjamkan sesuatu yang berharga, namun berapa kerap you all we all mengucapkan, "Tuhanku, terima kasih atas segalanya…"

 || Cinta Narkisisme ||

Kau tak perlu mengerti mengapa aku melakukannya. Ia tidak akan mengubah apa-apa. Namun disebabkan kau mahu tahu juga, baiklah aku ceritakan. Semua ini bermula dari satu gurauan. Aku ingin merasakan bagaimana orang bercinta, dan calon yang berada di depan ku adalah kau. Aku tidak tahu apa ini dipanggil, takdir ataupun ketentuan. Apa yang ku tahu itu semua adalah kehidupan (Aku cuma manusia, kebenaran bukan milikku).
Pada ketika itu aku merasakan, jika aku dapat melatih diri ku untuk bercinta, pastinya aku akan menjadi cekap dan dapat mengendalikan diri bila bercinta lagi. Itulah tujuan ku pada asalnya. Tiada siapa pernah memberi amaran kepadaku tentang cinta, tiada siapa pernah menasihati ku tentangnya. Mungkin mereka rasakan aku tidak perlukan itu semua, mungkin mereka merasakan aku sentiasa berjaya dalam apa bidang pun yang ku ceburi atau mereka merasakan mereka tidak layak untuk menasihati ku. Aku tak pasti.

Bermula dari itu aku mula mengundang cinta ke dalam hidupku. Aku merasakan cinta itu sebagai sesuatu ataupun seseorang yang boleh aku kenali dan fahami. Hari demi hari aku merapatkan diriku dengan cinta, namun semakin aku rasakan aku makin mengenali, semakin keliru aku dibuatnya. Aku mula melakukan perkara yang bertentangan dari apa yang aku fikirkan. Logik akal semakin tidak dipakai. Mungkinkah ini yang dinamakan cinta? Cinta membuatkan aku keliru, tak keruan dan terkesima hanya kerana perkara kecil.

Semakin aku mengenali cinta, semakin aku jauh dari diriku, semakin asing aku rasakan bila bersendirian dengan diriku. Adakah cinta membuatkan kita lupa siapa diri kita? Semakin aku mengenali cinta, semakin kabur pandangan ku tentang realiti. Mimpi dan sedar bagaikan bersatu. Pernah semasa jaga ku aku menampar-nampar pipi ku untuk sedar dari tidur. Pernah juga semasa mimpi ku aku bercerita tentang mimpi ku kepada mu.

Cinta membawaku ke dunia yang tak pernah aku kenali. Aku tak pasti sama ada aku menyukainya ataupun tidak. Apa yang aku tahu, ia mengenalkan aku kepada realiti yang sangat berbeza. Dunia bagaikan berubah, namun tetap serupa. Matahari tidak lagi seperti yang aku ketahui, bulan sudah mempunyai lebih dari fungsi sainsnya. Embun pagi bukan sekadar titisan air di hujung daun. Alam raya bagaikan berkata-kata. Setiap satu daripada mereka bercerita, sehinggakan cengkerik pun menyanyikan lagu syahdu di malam hari.

Sampai begitu sekali kesan cinta kepadaku. Indahnya seperti salji meliputi bumi. Segarnya bagaikan bau laut yang menusuk hidung. Lazatnya bagaikan air koko di meja sarapan, dan nikmatnya bagai berendam di kolam di tengah terikan matahari. Cinta membuatkan mata menjadi tuli, membuat telinga tidak berfungsi dan membuat tangan kebah tak teraba.

Ini semua ku rasakan semenjak kehadiran kau dalam hidupku. Niat ku untuk mencuba, hajat ku ingin merasa. Aku terlalu naif, aku tidak tahu kehebatan cinta yang sebenarnya. Aku terlalu memandang rendah akan kuasanya. Sesedarnya aku telah berada di dasar dalamnya.

Kerana itulah aku meninggalkan kau. Aku pergi di saat aku benar-benar menyintai mu, di saat kau benar-benar menyintai ku. Aku ingin kau mengingati ku seperti ini selamanya. Aku tak mahu kau melihat aku di dalam keadaan ku biasa, semasa aku sudah kepenatan bercinta, kebas tak terasa. Aku mahu kau mengingati ku sebagai insan yang menyintaimu sepenuh jiwa raga, bukan lelaki yang sibuk dengan urusan-urusan remeh mengejar duniawi. Aku tak mahu kau melihat ku bila ku tua tak bermaya dan mengharapkan belas. Aku ingin kau mengingati ku sebagai insan sempurna tanpa cacat cela. Aku ingin menjadi idola mu sepanjang masa, dan kau sebagai fantasi ku yang luar biasa. Aku terlalu menyintaimu lebih daripada berkongsi segala kekurangan dan kedaifan kehidupan.

Aku tidak mengharapkan kau memahami tindakan ku ini. Kau mungkin akan menuduh yang aku hanyalah penuh dengan tahi lembu, penipu dan semua yang ku katakan ini hanyalah alasan-alasan untuk meninggalkan mu. Malahan kau mungkin tidak membaca langsung surat yang ku tuliskan ini. Mungkin kau telah mengoyak-ngoyakkan surat ini sebelum habis membacanya. Tidak apa, lagi sekali aku tidak menyalahkan kau. Aku tahu, kau merasakan aku memperbodoh-bodohkan kau dengan kata-kata yang langsung tak boleh kau hadami ini. Jika kau membaca, tolonglah, telan sajalah ubat yang pahit ini. Mungkin masa akan membantu kau memahami apa yang aku maksudkan ini. Ia mungkin mengambil lebih daripada satu kehidupan untuk memahaminya, namun walau sebanyak mana masa pun yang diperlukan, mohon ku bersabarlah.

Maafkan aku jika ini melukakan hati mu. Aku juga tidak mahu melihat kau di dalam keadaan lain, aku tak mahu kehilangan cinta kerana aku terpaksa bersama mu. Ada baiknya kita tidak bersama, tetapi cinta tetap segar seperti embun di syurga azali. Biar tubuh ini reput meniti usia, biar bumi ini berubah mengikut musim, tetapi cinta kita tetap tak terusik.

Jika aku diberi peluang untuk memulakan segalanya semula. Aku tak mungkin akan melalui jalan yang lain. Ini merupakan jalan yang terbaik, apa guna bersama jika cinta telah lari melalui tingkap. Ada baiknya aku pergi sebelum cinta meninggalkan kita. Kau mungkin akan mengatakan yang aku mementingkan diri sendiri. Namun percayalah aku tidak dapat membayangkan bila cinta meninggalkan kita. Aku mungkin lebih rela mati daripada melalui azab sebegitu. Kau mungkin tidak akan mengenali ku, aku mungkin tidak mengenali kau lagi ketika itu. Kerana itu aku mahu segalanya berakhir di sini. Biarkan kita sama-sama terus merasakan cinta ini, walaupun secara zahirnya kita tidak lagi bersama. Cinta tidak semestinya bersatu, bak kata si pujangga entah siapa.

Kalau kau benar-benar yakin dengan cinta ini, percayalah kita akan bersama kembali. Ini janji ku, kerana ku yakin cinta yang sejati hanya milik mereka yang percaya. Aku juga tahu kau menyesal mengenali ku. Kau merasakan kau mengenali ku, namun seperti yang kau katakan kepadaku, kau tidak dapat menyelami hatiku. Katamu lagi hatiku dalam tidak berdasar, luas tak bertepi (sekadar mengambil kata-kata mu), dan kau juga mengatakan aku tidak berperasaan. Kau tidak pernah nampak ku bersedih. Kau tak pernah melihat aku marah. Aku hanya ketawa dan bergembira bila bersama mu. Apa yang kau lihat memang benar, itu kerana aku tidak memakai hatiku di lengan baju. Itu semua hanyalah fasad, ruangan dalaman yang mempunyai rekabentuk yang rumit hanyalah untuk aku sendiri. Bukan aku tidak mempercayai mu, tetapi kerana kau terlalu agung bagi ku. Aku tak rela membawa mu ke rimba kekeliruan yang bersarang ini. Aku takut jika kau menerokainya kau akan memusnahkan diriku. Aku tahu kau tidak mungkin dengan sengaja akan melakukan itu.Aku kenal diri ku, aku tahu akan membuat kau menghancurkan diriku jika kita terus bersama. Sebelum semua itu terjadi, lebih baik kita membawa haluan kita sendiri.

Namun begitu aku percaya, kerana cinta juga kau akan merelakan pemergian ku ini. Aku yakin satu ketika nanti kau dapat memaafkan aku, setelah kau sedar apa maksud cinta yang sebenar. Pujangga barat entah siapa pernah berkata yang lebih kurang bermaksud, jika kita mencintai seseorang, bebaskan dia.

Maafkan aku jika kau tidak berkongsi pendapat dengan ku. Dalam kehidupan ini kita tidak dapat memuaskan hati semua orang, apa yang dapat aku lakukan hanyalah memuaskan hatiku, kerana aku tahu aku akan berada di dalam tubuh ini buat beberapa ketika lagi. Jadi sementara aku masih berada di sini, ada baiknya aku menjaganya sebaik mungkin. Dengan siapakah aku nanti di malam-malam dingin di hari tua ku di atas katil menanti malaikat jika bukan diriku sendiri (tidak semestinya di hari tua, dan tak semestinya di atas katil). Maafkan aku kerana terlalu mementingkan diriku sendiri. Maafkan aku kerana terlalu menyintai diriku sendiri…