Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

ORGANISASI PERGERAKAN PENGAKAP SEDUNIA

(WORLD ORGANIZATION OF THE SCOUT MOVEMENT atau WOSM)

PERGERAKAN PENGAKAP

Pergerakan Pengakap merupakan sebuah organisasi besar pergerakan anak-anak muda yang berkembang terus menerus. Sejak ditubuhkan hingga kini kira-kira 300 juta ahli pengakap di seluruh dunia telah melaksanakan "IKRAR PERSETIAAN PENGAKAP". Dalam dua dekad terakhir ini keahlian pergerakan Pengakap telah bertambah kira-kira tiga kali ganda. Bilangan ahlinya kini sekitar 350 juta orang terdiri daripada kanak-kanak lelaki dan perempuan di 136buah negara dan wilayah (territories) di samping jutaan ahli lama yang kebanyakannya ahli dalam berbagai bidang dan profesyen adalah penyokong pergerakan ini. Anda adalah seorang daripadanya, sebagai ahli Persekutuan Pengakap Malaysia yang sekaligus juga ahli kepada WOSM yang diiktiraf dalam PERSAUDARAAN PENGAKAP SEDUNIA. 

Pergerakan Pengakap, mengenepikan perbezaan warna kulit, budaya, fahaman agama dan kepercayaan adalah bersatu dalam nilai yang sama dalam kehidupan. Faktor inilah yang menjadi "hallmark" atau pengikatnya, sejak diwujudkan dahulu, kaedah belajar sambil membuat (leaning by doing) dan bekerja bersama-sama dalam kumpulan kecil adalah kaedah progresif yang merupakan cara terbaik dalam memperkayakan pengetahuan dan pengalaman untuk menghadapi hidup di hari muka. Pengakap boleh menjadi kuasa pendorong yang berpontensi ke arah tindakan positif dalam usaha memperbaiki kehidupan komuniti. 

Pergerakan Pengakap juga merupakan pelaburan pada masa hadapan. Ia mengajar dan melatih kanak-kanak (ahli-ahlinya) menjadi warga yang berguna serta bertanggungjawab kepada dunia melalui tindakan - tindakan dan aktiviti mereka. Pengakap juga melibatkan diri dalam berbagai aktiviti secara meluas (wide range of activities) misalnya pendidikan persekitaran (environmental education), kesihatan kanak-kanak, mencegah penyalahgunaan dadah, pembinaan rumah kos rendah, membasmi buta huruf, latihan kemahiran, pendidikan kepenggunaan (consumer education) dan pendidikan keamanan dan kesejahteraan (peace education). Dan bekerjasama dengan berbagai pihak dalam masyarakat, kawan-kawan, jiran tetangga, pemimpin masyarakat serta lain-lain organisasidapat direalisasikan. Usaha dan kerja-kerja begini dapat juga dilakukan dengan kerjasama berbagai agensi yang terdapat di negara masing-masing.