LOGO PENGAKAP MALAYSIA
PECAHAN 3 KELOPAK
Melambangkan tiga Persetiaan Pengakap iaitu: Taat kepada TUHAN, taat kepada RAJA dan taat kepada NEGARA.
WARNA KUNIG, HIJAU DAN MERAH
Melambangkan Unit-Unit Pengakap: Kuning bagi Pengakap Kanak-Kanak, hijau bagi Pengakap Muda dan merah bagi Pengakap Remaja.
DUA BINTANG PECAH LIMA BERWARNA HIJAU PADA KELOPAK KIRI DAN KANAN
Melambangkan sepuluh Undang-Undang Pengakap.
IKATAN HIJAU
Menunjukkan ikatan Persaudaraan Pengakap.
LINGKARAN TALI BERWARNA BIRU TUA
Melambangkan perpaduan rakyat Malaysia dan Persaudaraan Pengakap Se Dunia.
ANAK BULAN KUNING PADA BULAN DAN BINTANG
Menunjukkan warna Di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.
BINTANG PECAH 14 (WARNA KUNING)
Melambangkan 14 buah negeri (termasuk Wilayah Persekutuan) yang terkandung dalam Malaysia.













































