KHIDMAT MASYARAKAT
Mengambil bahagian dalam kerja amal yang biasa yang dipersetujui oleh Pesuruhjaya Daerah yang mengambil masa tidak kurang daripada 24 jam di luar masa kerja pengakap; seperti menuai padi, membuat jalan kampung,titi, kerja amal dirumah ibadat, rumah kebajikan dan sebagainya.
Jumlah masa perkhidmatan selama 24 jam itu dikumpulkan dalam tempoh 12 bulan. Kerja amal yang dilakukan untuk mendapatkan lencana yang terdahulu daripada itu tidak dikira. Satu rekod yang lengkap menunjukkan kerja amal itu dikehendaki.