KAEDAH BERPENGKALAN
Kaedah ini sangat sesuai dalam menjalankan Kursus Manikayu
Bahagian II dan Kursus Asas pada kerja-kerja praktikal.
Caranya ialah memilih sesuatu perkara seperti Kerja Tali
(Rope Work) yang boleh dipecahkan kepada empat bahagian tajuk iaitu:-
Simpulan (Knotting)
Ikatan (Lashing)
Anyaman (Splicing)
Memati Hujung Tali (Whipping)
Kemudian adakan empat PENGKALAN di mana tiap-tiap
satu pengkalan menjalankan satu kerja seperti:-
Pengkalan I - Simpulan
Pengkalan II - Ikatan
Pengkalan III - Anyaman
Pengkalan IV - Memati Hujung Tali
PERLAKSANAAN
- Pengkalan-pengkalan itu diadakan tidak berjauhan di antara
satu sama lain, tetapi jauh daripada kedengaran.
- Tiap-tiap Pengkalan hendaklah ada seorang Jurulatih yang
mahir dan cekap, lengkap dengan segala alat-alat pengajarannya.
- Peserta-peserta dibahagikan kepada empat pasukan pasukan
(kumpulan) yang akan melawat tiap-tiap satu Pengkalan bergilir-gilir dalam
masa yang ditentukan dan menerima pengajaran yang serupa.
- Sebelum bergerak, penerangan hendaklah diberi atas perkara
yang hendak diajarkan.
- Setelah semua Pengkalan dilawati oleh semua pasukan,
mereka hendaklah dikumpulkan semula untuk membuat apa-apa teguran atau
pertanyaan.
- Seorang ‘Penjaga Masa’ hendaklah dilantik untuk memberi
isyarat untuk bertukan Pengkalan.
APA MESTI DIBUAT
- pengkalan-pengkalan hendaklah disediakan lebih dahulu
dan ditanda Pengkalan 1, 2, 3 dan4.
- semua barang-barang pamiran hendaklah praktikal, sesuai
dan tinggi mutunya.
- masa yang ditetapkan bagi tiap-tiap satu lawatan itu
hendaklah sama.
- jika bilangan peserta tidak ramai, mereka tidak perlu
dibahagikan kepada beberapa pasukan, tetapi boleh melawat serentak.
Cara ini telah didapati berjaya bagi menjalankan kerja-kerja
:-
- Kerja tali (Rope Work)
- Perkhemahan (Campcraft)
- Mengesan (Tracking)
- Ujian Bintang / Lencana (Star Test)
Cara ini tidak sesuai untuk menerangkan Persetiaan Pengakap,
Sejarah dan Tujuan Berpengakap atau perkara-perkara yang mengandungi inspirasi.
Cara ini berkehendakkan masa yang lama, untuk membuat
persediaan, tetapi adalah cara yang terbaik bagi menyampaikan pengajaran
yang susah kepada peserta-peserta yang ramai.
KEBAIKAN KAEDAH INI
- sebilangan kecil peserta-peserta boleh melihat dan menerima
dengan lebih jelas perkara yang diajar.
- perbincangan boleh berjalan dengan lebih licin dan soalan
boleh diajukan dengan tepat dan berkesan.
- pengajaran boleh disampaikan oleh lebih ramai Jurulatih.
- oleh sebab Jurulatih-jurulatih itu diberi tugas yang
terhad, mereka boleh menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan.
- Jurulatih-jurulatih lebih berpeluang mengenali peserta-peserta
dari dekat.