Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

BUTIRAN TUGAS
(JOB DESCRIPTION)
UNTUK
PEMIMPIN-PEMIMPIN UNIT


PEMIMPIN PENGAKAP KANAK-KANAK

BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PEMIMPIN KUMPULAN / PESURUHJAYA DAERAH

1. TUGAS-TUGAS JAWATAN :
1.1 PROGRAM PENGAKAP KANAK-KANAK

  • a) Menyediakan satu taraf yang tinggi tentang tingkahlalu melalui contoh peribadi dan galakan.
  • b) Menubuhkan dan mengekalkan operasi sistem enam sekawan dalam pek.
  • c) Menggalakkan, mengarah dan memandu Sixers dan Seconds dalam tanggungjawab-tanggungjawab mereka.
  • d) Pastikan Majlis Pek berfungsi secara berkesan.
  • e) Menyediakan atau mengatur untuk arahan, bantuan dan ujian kemahiran Pengakap Kanak-Kanak (PKK) bersesuaian dengan Program Pek terutamanya dalam topik-topik dan kemahiran-kemahiran bersesuaian kepada Skim Anugerah.
  • f) Dalam kerjasama dengan semua Pemimpin-pemimpin Pek (termasuk pengajar Pengakap) mengendalikan Program Pek termasuk Perjumpaan Pek, hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain.
  • g) Pastikan penyeliaan dewasa unutk semua aktiviti-aktiviti mencukupi.
  • h) Menubuh dan mengekal perhubungan yang ramah dengan ibubapa, libatkan mereka, di mana sesuai dalam aktiviti-aktiviti Pek dan terangkan prinsip-prinsip pertubuhan dan sebab-sebab di sebalik program.
  • i) Pastikan bahawa semua Pemimpin-pemimpin PKK dan Pengajar-pengajar PKK mempunyai dan melaksanakan tanggungjawab yang spesifik dalam pelbagai aspek Program Pek dan melibatkan diri mereka sebagai ahli yang penting dalam Kumpulan Kepimpinan.
  • j) Mempertingkatkan pertumbuhan dan kemajuan peribadi secara fizikal, mental, sosial dan rohani dalam PKK dengan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemajuan mereka dalam Skim Anugerah dan mengambil peluang dalam Kepimpinan.
  • k) Pastikan tahap kerjasama yang tinggi dengan bahagian-bahagian Pengakap dan menggalakkan kemajuan individu melalui semua bahagian.
  • l) Memperkembangkan persefahaman dan pengetahuan dalam semua bahagian.
  • m) Menyokong semua Daerah / Negeri mengendalikan aktiviti-aktiviti.
  • 1.2 PERJUMPAAN-PERJUMPAAN
    Sentiasa menghadiri perjumpaan-perjumpaan berikut :-

  • a) Perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Pek termasuk Majlis Pek.
  • b) Perjumpaan-perjumpaan Rancangan Program Pek.
  • c) Perjumpaan-perjumpaan Majlis Kumpulan.
  • d) Perjumpaan-perjumpaan Latihan Daerah.
  • e) Perjumpaan-perjumpaan rancangan lain seperti untuk rancangan Kumpulan / Daerah / Negeri.
  • 1.3 PENGURUSAN

  • a) Pastikan bahawa rekod yang cukup dan betul disimpan berkaitan dengan Keahlian Pek (butiran peribadi dan kemajuan Skim Anugerah), kewangan dan kelengkapan.
  • b) Pastikan butiran Keahlian Belia dimajukan kepada bahagian Pengakap.
  • c) Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program,kemajuan Skim Anugerah dan keahlian Pek.
  • d) Pastikan pengurusan yang betul tentang aktiviti-aktiviti Pek termasuk penyimpanan borang-borang permohonan berkaitan dengan polisi pertubuhan, dan memperolehi kebenaran yang berkaitan untuk aktiviti-aktiviti dan perkhemahan.
  • e) Pastikan pengendalian kelengkapan Pek.
  • 2. KELAYAKAN-KELAYAKAN :
    2.1 KUALITI-KUALITI PERIBADI

  • Dapat menunjukan taraf tingkahlaku yang tinggi melalui contoh peribadi dan galakan.
  • 2.2 KELAYAKAN

  • a) Umur tidak kurang dari 20 tahun.
  • b) Memenuhi keperluan yang telah ditetapkan dalam POR.
  • c) Pengetahuan dalam "Pengakap untuk Kanak-Kanak", POR dan Buku Program PKK.
  • d) Bersedia untuk menyempurnakan Manikayu PKK.
  • INGATAN : Pek campuran memerlukan sekurang-kurangnya seorang Pemimpin lelaki dan seorang Pemimpin wanita.


    PEMIMPIN PENGAKAP MUDA

    BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PEMIMPIN KUMPULAN / PESURUHJAYA DAERAH

    1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :
    1.1 Bertanggungjawab untuk semua aktiviti-aktiviti dalam bahagian Pengakap Muda (PM).
    1.2 Untuk menggalakkan, melalui contoh, program dan aktiviti-aktiviti untuk memajukan PM, dan Kemajuan PM ke dalam peralihan Unit Pengakap Remaja.
    1.3 Untuk membantu dan membimbing dalam latihan Pen. Pemimpin PM.

    2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :
    2.1 PROGRAM TRUP ‘TROOP’

  • a) Menetapkan taraf tingkahlaku yang tinggi melalui contoh dan galakan peribadi.
  • b) Menubuh dan mengekalkan pelaksaan sistem berpatrol dalam Trup.
  • c) Menggalakkan, mengarah dan membantu Ketua2 Patrol dalam tanggungjawab mereka.
  • d) Memastikan Majlis Trup berfungsi secara efektif.
  • e) Mengadakan atau menyiapkan untuk arahan, bantuan dan peperiksaan PM dalam kemahiran-kemahiran sesuai kepada Program Trup dan Patrolnya. Terutamanya dalam topik kemahiran bersesuaian dengan Skim Latihan PM.
  • f) Dalam kerjasama dengan Ketua2 Patrol untuk merancang, menganjur dan mengadakan Program Trup termasuk perjumpaan-perjumpaan Trup pada hujung minggu dan aktiviti-aktiviti lain seperti Perkhemahan Trup dan Patrol, mengembara dan lawatan.
  • g) Memastikan penyeliaaan dan peyertaan dewasa dalam perkhemahan Patrol dan aktiviti Patrol adalah mencukupi.
  • h) Mengeratkan hubungan yang ramah dengan ibubapa dengan penglibatan yang sesuai dalam aktiviti-aktiviti Trup dan menerangkan prinsip-prinsip pertubuhan dan sebab-sebab di sebalik program yang dijalankan.
  • i) Memastikan Pen. Pemimpin PM mempunyai dan melaksanakan tanggungjawab yang spesifik dalam pelbagai aspek program Trup dan melibatkan mereka sebagai ahli yang penting di Pasukan Kepimpinan.
  • j) Mempertingkatkan pertumbuhan dan kemajuan peribadi secara fizikal, mental, sosial dan rohani PM dengan menggalakkan mereka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti yang mencabar, kemajuan mereka dalam Skim Latihan PM, dan menceburi dalam peluang-peluang kepimpinan.
  • k) Memupuk kerjasama yang bertaraf tinggi dengan Pengakap Kanak-Kanak dan Pengakap Remaja dan menggalak kemajuan individu melalui bahagian ini.
  • 1.2 PERJUMPAAN-PERJUMPAAN
    Menghadiri dan melibatkan secara aktif dalam perjumpaan-perjumpaan berikut :-

  • a) Perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Trup dan patrol termasuk Majlis Trup.
  • b) Perjumpaan-perjumpaan Majlis Kumpulan.
  • c) Perjumpaan-perjumpaan Latihan Daerah.
  • d) Perjumpaan-perjumpaan tergempar seperti untuk merancang program atau aktiviti-aktiviti.
  • 1.3 PENGURUSAN

  • a) Mengemaskini rekod dengan tepat dan lengkap untuk disimpan termasuk yang berkaitan dengan keahlian Trup ( butiran peribadi dan kemajuan Skim Latihan PM ), kewangan dan kelengkapan.
  • b) Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program, kemajuan Skim Latihan PM dan keahlian Patrol.
  • c) Memastikan pengurusan yang betul bagi aktiviti-aktiviti Patrol termasuk pengisian borang-borang yang sesuai mengikut polisi pertubuhan, serta memperolehi kebenaran tertentu untuk aktiviti-aktiviti dan perkhemahan.
  • d) Memastikan kelengkapan Trup dan Patrol dikekalkan.
  • e) Menyelaraskan hubungan antara bahagian-bahagian dengan Pemimpin Pengakap Kanak-Kanak, Pemimpin Pengakap Remaja dan Pemimpin Kumpulan.
  • 2. KELAYAKAN-KELAYAKAN :
    2.1 KUALITI-KUALITI PERIBADI

  • a) Bersemangat dan kebolehan memberi semangat kepada orang lain.
  • b) Kebolehan mengekalkan tahap tingkahlaku yang tinggi menerusi contoh dan penampilan peribadi.
  • 2.2 KELAYAKAN

  • a) Umur tidak kurang dari 20 tahun.
  • b) Memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh POR.
  • c) Mempunyai pengetahuan asas dalam "Pengakap untuk kanak-kanak", POR dan buku program Latihan PM.
  • INGATAN : Unit campuran memerlukan sekurang-kurangnya seorang Pemimpin lelaki dan seorang Pemimpin wanita.


    PEMIMPIN PENGAKAP REMAJA

    BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PEMIMPIN KUMPULAN / PESURUHJAYA DAERAH

    1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :
    1.1 Bertanggungjawab untuk semua aktiviti-aktiviti dalam Unit Pengakap Remaja (PR).
    1.2 Untuk meningkatkan aktiviti, pertumbuhan PR dan kemajuan PR dalam Pengakapan.
    1.3 Untuk membantu dalam Latihan Pen. Pemimpin PR.

    2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :
    2.1 PROGRAM UNIT

  • a) Mengekalkan tingkahlaku pada tahap yang tinggi menerusi contoh dan penampilan imej peribadi.
  • b) Menubuh, menggalakkan dan mengekalkan fungsi Majlis Kumpulan.
  • c) Menggalakkan, mengarah dan membantu Majlis Kumpulan dalam menjalankan tanggungjawab mereka.
  • d) Memastikan Majlis Kumpulan berfungsi secara efektif.
  • e) Membantu Majlis Kumpulan dalam melaksanakan ujian Lencana Tertinggi PR.
  • f) Mengendali dan mengadakan program unit seperti yang dirancangkan dalam Majlis Kumpulan.
  • g) Memastikan penyeliaan keselamatan yang sesuai sesuatu aktiviti.
  • h) Membentuk hubungan yang ramah dengan ibubapa, serta libatkan mereka dalam mana-mana aktiviti yang sesuai dan terangkan prinsip-prinsip pertubuhan serta tujuan program dijalankan.
  • i) Memastikan Pen. Pemimpin PR dapat memikul tanggungjawab sebagai ahli penting dalam Pasukan Kepimpinan.
  • j) Mempertingkatkan pertumbuhan dan perkembangan kemajuan peribadi PR dengan menggalakkan penglibatan mereka dalam aktiviti-aktiviti mencabar.
  • k) Memastikan kerjasama pada tahap yang tinggi dengan Unit Pengakap Muda dan Krew Kelana.
  • l) Untuk mempromosi Pengakapan dalam komuniti secara aktif.
  • 2.2 PERJUMPAAN-PERJUMPAAN / AKTIVITI-AKTIVITI

  • a) Menghadiri perjumpaan-perjumpaan dan aktiviti-aktiviti Unit PR termasuk Majlis Kumpulan.
  • b) Menghadiri perjumpaan Majlis PR Daerah.
  • c) Menghadiri perjumpaan-perjumpaan tergempar yang ada kaitan dengan takwim Daerah dan Negeri
  • 2.3 PENTADBIRAN

  • a) Memastikan rekod yang lengkap, tepat dan disimpan termasuk butiran keahlian unit, kemajuan lencana, kewangan dan kelengkapan.
  • b) Memberitahu Pemimpin Kumpulan tentang perubahan program, keahlian unit dan kemajuan dalam Skim Latihan PR.
  • c) Memastikan pentadbiran aktiviti-aktiviti unit betul termasuk pendaftaran keahlian, borang-borang mengikut polisi pertubuhan, aktiviti-aktiviti unit dan memperolehi kebenaran yang perlu (contohnya daripada Jabatan-jabatan Kerajaan) dan kelulusan perkhemahan.
  • d) Memastikan kelengkapan unit dikekalkan.
  • 2.4 KELAYAKAN-KELAYAKAN

  • a)KUALITI-KUALITI PERBADI
    i) Bersemangat dan kebolehan memberi semangat kepada orang lain.
    ii) Kebolehan mengekalkan tahap tingkahlaku yang tinggi menerusi contoh dan penampilan peribadi.
  • b) KELAYAKAN
    i) Umur tidak kurang dari 20 tahun.
    ii) Memenuhi keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh POR.
    iii)Mempunyai pengetahuan asas dalam "Pengakap untuk kanak-kanak", POR dan buku program Latihan PM.
  • INGATAN : Unit campuran memerlukan sekurang-kurangnya seorang Pemimpin lelaki dan seorang Pemimpin wanita.


    PENASIHAT PENGAKAP KELANA

    BERTANGGUNGJAWAB KEPADA : PEMIMPIN KUMPULAN / KREW KELANA
    (Dalam Kumpulan Krew)
    PESURUHJAYA DAERAH / KREW KELANA
    (Dalam Krew Daerah)

    1. OBJEKTIF-OBJEKTIF UMUM :
    1.1 Untuk mempromosikan aktiviti-aktiviti Kelana pada tahap Kumpulan.
    1.2 Untuk menggalakkan peningkatan Pengakap Remaja Kepada Pengakap Kelana (PK).
    1.3 Untuk menggalakkan kemajuan setiap individu Kelana dalam Krew.

    2. TUGAS-TUGAS JAWATAN :
    2.1 Menasihat dan membantu Krew seperti dikehendaki dalam rancangan organisasinya dan mengendalikan aktiviti-aktiviti Krew.
    2.2 Seperti yang dikehendaki, menasihat Kelana dalam kemahiran-kemahiran yang sesuai mengikut Program Krew dan Skim Anugerah, dan / atau mengenalpasti pengajar / penasihat yang berkelayakan.
    2.3 Menggalakkan dan menasihat Kelana dalam kemajuan mereka dalam Skim Anugerah.
    2.4 Pastikan kerjasama yang tinggi tahapnya dengan bahagian lain, terutamanya bahagian Pengakap Remaja, dan galakan Pengakap Remaja untuk meningkat kepada PK, dan Kelana sesuai kepada peranan Pemimpin Dewasa.
    2.5 Dengan contoh peribadi tetapkan tingkahlaku yang tinggi tahapnya.
    2.6 Menghadiri semua perjumpaan-perjumpaan Krew dan Daerah dan / atau Majlis Kelana Negeri seperti dikehendaki.
    2.7 Gambarkan keseluruhan dan menasihat Krew tentang keperluan-keperluan pentadbiran yang betul

    3. KELAYAKAN-KELAYAKAN :
    3.1 KUALITI-KUALITI PERIBADI

  • a) Kebolehan menetapkan tingkahlaku yang tinggi tahapnya melalui contoh dan galakan peribadi.
  • b) Bersemangat dan kebolehan memberi semangat kepada orang lain.
  • c) Mempunyai Komitmen yang kuat kepada falsafah dan aktiviti-aktiviti Kelana.
  • 3.2 KELAYAKAN

  • a) Umur tidak kurang dari 24 tahun.
  • b) Sesuai untuk mana-mana keperluan tambahan yang ditetapkan oleh Krew.
  • c) Mempunyai pengetahuan asas tentang Pengakap untuk Muda-remaja, ‘ROVERING TO SUCCESS’, Buku Panduan Kelana dan lain-lain penerbitan berkaitan Kelana.
  • d) Bersedia untuk menyempurnakan Manikayu Pengakap Kelana.