
BIRO PENGAKAP SEDUNIA
Pengurusan pentadbiran Pergerakan Pengakap Sedunia di kendalikan oleh sebuah badan yang besar dan penting atau sebuah "Biro" yang dinamakan ‘BIRO PENGAKAP SEDUNIA’ (World Scout Bureau). Biro ini juga bertindak sebagai Ibu Pejabat Jawatankuasa Pengakap Sedunia (WOSM) dan sebagai Ibu Pejabat Jawatankuasa Pengakap Sedunia (World Scout Committee). Biro ini beribu pejabat di Geneva, Switzerland. Dan Jawatamkuasa Pengakap Sedunia bertanggungjawab ke atas perjalanan organisasi WOSM dan Sekretariat Biro Pengakap Sedunia.
Bagi memudahkan pengurusan pengakap yang mempunyai ahli berjuta-juta orang dan berselerak di seluruh dunia ‘Biro Pengakap Sedunia’ membentuk beberapa buah BIRO WILAYAH (Regional Bureau). Pada masa ini terdapat lima buah wilayah semuanya, iaitu:-
Maka segala aktiviti kepengakapan yang dikendalikan oleh sesebuah negara terutama yang bersifat wilayah atau dunia seperti Jembori Sedunia, Jembori sewilayah, perlu mendapat restu dan persetujuan Biro Pengakap Dunia atan WOSM. Sebab itu perancangan aktiviti sedemikian perlu diadakan lebih awal dan dibawa ke dalam persidangan WOSM, contohnya ketika Malaysia ingin mengadakan JAMBORI KEBANGSAAN ke 9 dan Asia-Pasifik ke18 di Besut, Terengganu , usul ini telah dibawa ke dalam Konferensi Sedunia di Bangkok pada tahun 1993 dan 'menang’ dalam pemilihan itu seterusnya direstui.
Selain itu WOSM juga mendaftarkan setiap pertubuhan pengakap yang bergabung dengannya (tidak semua negera atau wilayah mendaftar) justeru itu WOSM dapatlah dianggap sebagai "Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu" kepada pertubuhan pengakap.