Pengenalan
- Adalah bertujuan untuk menerangkan unsur-unsur pandu arah hutan dan menunjukkan bagaimana hendak menggunakan kemudahan yang ada dan sebagainya.
- Prinsip asas di dalam membaca peta adalah masih baik dan berguna di dalam sebarang keadaan tanah.
- Sebahagian besar dari Malaysia masih lagi dipenuhi dengan berbagai-bagai tumbuhan hutan tropikal, atau di mana-mana telah dibersihkan dipenuhi dengan tanaman getah. Kedua-duanya menghadkan penglihatan. Ini membuatkan penggunaan sifat-sifat keadaan tanah sebagai tanda pengenalan atau tanda panduan susah jika tidak mustahil. Ini bersama dengan kenyaataan bahawa sebahagian besar dari kawasan-kawasan tidak dipetai dengan tepat, membuatkan pandu arah dengan pandangan sukar. Penggunaan kompas dan pengiraan jarak adalah dimestikan.
- Ketebalan hutan bersamaan dengan keadaan muka bumi yang berbukit-bukau akan menjadikan pergerakkan lambat dan meletihkan, jadi semasa mengagak jarak peta, pemikiran mestilah diberikan, bukan sahaja berasaskan jenis-jenis tumbuhan yang terdapat malah kecerunan tanah yang akan dilalui mestilah dipertimbangkan. Jarak yang sebenarnya akan berkali ganda jarak peta apabila perlengcongan telah dibuat dan kecerunan diatasi. Adalah mustahil untuk menentukan kelajuan pergerakkan yang tepat untuk setiap jenis perjalanan. Berikut diberikan data asas untuk perancangan. Ini juga akan dipengaruhi dengan keadaan fizikal anggota-anggota dan berat peralatan yang terpaksa dibawa mengikut pengalaman di kawasan tersebut.
- Hutan Belantara - 1000 - 200 ela/jam
- Hutan Belukar - 500 - 800 ela/jam
- Resam (fern) - 200 - 500 ela/jam
- Paya - 100 - 200 ela/jam
- Lalang - 500 - 1000 ela/jam
- Kebun getah bersih - 3000 - 4000 ela/jam
- Maklumaat ini adalah tepat disegi menunjukkan rupa betuk bukit-bukit, sungai-sungai dan ‘spot hight’. Memandangkan ianya dibuat (peta) dari gambar udara ianya menunjukkan hutan dari atas yang dilindungi oleh daaun kayu. Lain-lain butir seperti tebing tinggi, air terjun dan sebagainya yang dijadikan sebahagian daripada halangan kepada anggota-anggota berjalan kaki tidak ditunjukkan di atas peta. Tambahan pula dengan pembangunan yang pesat, sempadan hutan, jalan , denai, lalang dan kampung bertukar tempat dengan cepat sehingga susah hendak dijadikan tanda panduan yang boleh dipercayai.Disetengah kawasan, bijih dan logam magnetik menjadikan bacaan kompas terganggu. Di mana kawasan ini diketahui ia ditandakan dengan garisan putus-putus.
- Disebabkan perkara ini, adalah mustahak peta-peta digunakan apabila boleh dengan gambar udara dan maklumat-maklumat kemaskini.
- Dengan meneliti satu peta yang boleh dipercayai akan dapat menolong penggunaannya membayangkan kedudukan tanah daan seterusnya mencari arah dan memilih lengcungan untuk mengelakkan perjalanan yang sukar.
- Di Malaysia peta 1 inci ke 1 batu dan peta 1:25,000 di dapati untuk kebanyakkan kawasan. Peta 1:25,000 sangatlah mustahak untuk memberi keterangan yang lebih jelas dan digunakan sebagai peta mencatat peristiwa.
- Semua pegawai-pegawai estet, Jabatan Hutan dan Pembangunan Luar Bandar mempunyai peta-peta yang tepat dan sentiasa dikemaskini. Dengan perhubungan yang baik bolehlah mendapatkan maklumat daripada mereka.
Gambar Udara dan Peta Keterangan Gambar
Gambar udara adalah kemaskini dan boleh dilihat dalam stereo dan boleh dijadikan peta bergambar. Peta-peta ini berguna terutama sekaali dikawasan yang mana hanya pemetaan tidak sempurna dijalankan. Ia boleh didapati dalam susunan yang lengkap untuk dijadikan mosaic di dalam bentuk peta bergambar yang dicetak dengan sungai dan rupa tanah ditunjukkan dengan jelas untuk membolehkan dilihat melalui ‘stereo viewer’. Gambar-gambar berukuran besar sebuah kawasan tertentu, umpanya perkampungan dan kawasan sekelilingnya boleh dibuat apabila diminta. Gambar-gambar ini, adalah perlu untuk menembah maklumat kepada peta-peta.
Kompas
- Kompas adalah alat yang paling tepat untuk menjaga arah . Ia digunakan semasa bergerak dihutan dan mest digunakan sepanjang masa jika arah yang tepat hendak disimpan. Perubahan megnetik adalah terlalu kecil di kawasan Asia Tenggara. Walaupun pergerakkan betul-betul lurus dengan kompas jarang sekali boleh dilaksanakan disebabkan rupa bentuk muka bumi yang berbukit-bukau, penggunaan kompas dan peta yang pintar akan menjadikan pandu arah tepat di mana sahaja dilakukan.
- Kompas sepatutunya dicangkupkan ketali penyandang siap untuk digunakan dan selalu dirujukkan. Gunakan Kompas bukan naluri arah anda.
Matahari Bulan dan Bintang
- Di Malaysia matahari digunakan sebagai bantuan untuk mencari arah dan hanya sebelum jam 10.00 pagi dan selepas jam 4.00 petang. Ia sepatutnya tidak digunakan dengan ‘sun watch method’. Bulan tidak ada nilai sebagai panduan mencari arah.
- Cakrawala-cakrawala boleh digunakan, yang mana dapat dilihat dan dapat dikenali sebagai panduan untuk mencari arah yang kasar jika kompas tidak didapati.
Pengesan dan Pemandu Tempatan
Seorang pemimpin mestilah mengetahui terlebih dahulu samada penduduk tempatan dikawasan itu boleh dipercayai untuk menunjukkan pandu arah. Pemandu tempatan yang tidak diketahui mutu kecekapannya tidak boleh diharap sangat kerana mereka kurang memahami nilai masa dan jarak.
Pengalaman Yang Lepas
Semua anggota terutama sekali pemimpin mestilah digalakkan menpelajari keadaan am kawasan laluan mereka; kedudukan tanda-tanda panduan yang boleh dikenali, arah mengalirnya sungai-sungai besar, keadaan tanah dan pantai-pantai. Ini semua boleh dipelajari dari pengalamannya yang sentiasa bergerak tanpa berpandu kepada kompas.
Merancang Pergerakkan
- Mula-mula telitikan peta-peta dan gambar-gambar untuk mencari tanda-tanda penduan yang mustahak seperti:-
- ‘Aliran Tanah’ Kearah manakah banjaran merintangi?. Adakah boleh diikut banjaran ataupun perlu melintasi banjaran itu. Jika perlu dilintasi, apakah jalan yang baik perlu diikuti.
- ‘Batas Air’ (Water sheds). Bolehkah batas air yang kurang semak digunakan semasa perjalanan, Jika boleh adakah tenaga yang akan digunakan untuk memanjat permatang itu, menguntungkan atau tidak.
- ‘Aliran Sungai’. Kemanakah aliran air yang utama? Sungai-sungai adalah panduan yang penting untuk mencari arah dan untuk mengukur jarak yang telah dilalui. Yang menjadi masalah ialah, sungai-sungai akan berpusing-pusing di tanah yang rata dan selalunya dipenuhi hutan-hutan tebal ditebing-tebingnya. Di tanah tinggi pula, ia dipenuhi dengan batu-batu besar dan sukar diikuti Bukanlah menjadi satu dasar yang baik untuk mengikut aliran sungai rapat dengan tebingnya.
- Dengan gambaran tanah yang sebegini yang akan dilalui, diambil perhatian, tidaklah perlu dipilih arah perjalanan sehingga berpengalaman dan bila keadaan mengizinkan rancangkan satu perjalanan yang lurus seperti berikut:-
- Ambilkan bering dan siapkan seperti anda menyiapkan kompas untuk pergerakkan diwaktu malam.
- Telitikan garisan bering bersamaan dengan peta.
- Bahagikan perjalanan kepada beberapa ‘bounds’. Jarak di antara satu sama lain lebih kurang sejam perjalanan dengan tanda panduan yang boleh dikenali di antara ‘bounds’ ini. Seperti sungai atau permatang.
- Taksirkan masa dab jarak mengikut keadaan dan kecuraman tanah yang akan dilalui.
- Pengalaman tentang kegunaan tanah akan dapat menolong anda lebih pintar dalam:-
- Bergerak di atas permatang.
- Jauhkan dari bergerak melawan aliran tanah.
- Merancang untuk bergerak melalui ‘bounds’ dan tempat lapor diri yang tertentu.
- Setelah memilih perjalanan peta, catitkan maklumat-maklumat tiap-tiap peringkat perjalanan meliputi:-
- Bering
- Jarak
- Taksiran masa bersabit dengan keadaan tanah
- Tempat lapor diri diperjalanan.
Merancang Perjalanan Untuk Mengelak Halangan
- Apabila halangan yang dijumpai seperti paya atau hutan buluh, satu penilaian mesti dibuat samada lebih cepat untuk melencong atau merendah halangan iru. Jika keputusan diambil untuk melencong, tentukan anda tidak mengikut gigi halangan sehingga kehilangan arah
- Ada dua cara untuk melintasi halangan.
- Apabila halangan didapati, rancangkan perjalanan baru iaitu 90o ke kiri atau ke kanan arah perjalanan asal. Bergerak mengikut arah yang baru sehingga anda pasti anda terlepas dari sempadan kiri atau kanan halangan tadi. Pusing balik 90o mengikut bering perjalanan asal dan berjalan mengikut jarak yang anda kira tadi. Pusing balik 90o ke kiri ataupun kanan dan teruskan perjalnan anda. Anda sekarang sedang berjalan di arah perjalanan yang asal.
- Tentukan ada dua tanda panduan di peta dan di tanah yang didapati sepanjang perjalanan satu sebelum halangan dan satu lagi selepas halangan. Apabila anda menanda panduan pertama. Pilih satu tanda panduan lagi ke kiri atau ke kanan halangan. Bergerak ke tanda panduan itu. Apabila sampai di situ ambil bering menutu ke tanda panduan yang ke dua iaitu yang berada selepas halangan. Teruskan perjalanan.
Memereksa Butir-Butir Semasa Bergerak.
- Periksa bering setiap 50 ela perjalanan.
- Sentiasa melihat peta mencari tanda panduan yang terkemuka.
- Ikut bering dengan teliti, selalunya menjadi kebiasaan untuk mencari jalan yang senang untuk bergerak dihutan. Telah menjadi kebiasaan juga kepada anggota-anggota untuk melencung ke kiri ataupun kanan apabila bergerak mengikut perjalanan yang lurus.
- Semasa bergerak tanpa menggunakan kompas, simpan arah dengan menyelari dua panduan dihadapan mengikut bering yang anda sedang atau berjalan. Cara ini berguna apabila bergerak di dalam hutan.
- Pastikan tanda panduan yang dicatat dalam rancangan pergerakkan apabila berjumpa dengan tanda-tanda panduan itu. Denai-denai mesti dikenali tetapi dicurigai ketepatan perjalanannya. Pastikan arah aliran sungai dan jangan mengambil kesimpulan bahawa sungai yang baru sahaja ditemui itu adalah sungai yang terdapat di atas peta. Ingat: Tidak semua sungai kecil terdapat di atas peta.
- Jika ada kemungkinan anda akan menggunakan jalan yang sama untuk pulang, sekali sekala pusing kebelakang dan cuba bayangkan gambaran yang anda lihat. Ini akan menolong anda mengingati semula jalan yang anda lalui di dalam perjalanan pulang. Jalan itu juga boleh ditanda dengan mematahkan dahan-dahan kayu atau membuat tanda-tanda dipokok.
- Agak jarak yang dijalani dan ingat apabola menaiki dan menurun bukit. Anda akan merasa telah berjalan jauh dari jarak yang anda telah anda sebenarnya berjalan. Mengira langkah adalah satu cara yang dicurigai kecuali jika tanah yang dilalui rata. Pengalaman dan akal fikiran adalah paling baik.
Kawad Semasa Sesat
- Jika berlaku kemuskilan dengan pergerakkan, jangan ikutkaan hati dan mengharapkan kepada nasib. Ini adalah satu cara yang akan menjadikan anda sesat, duduk dan kajikan.
- Sudahkan anada melencung ke kiri ataupun kekanan perjalanan?
- Mungkinkah terlepas objektif? (agakkan masa dan jarak yang dijalani.
- Adakah keadaan tanah disepanjang perjalanan seperti apa yang digambarkan? Sudahkah terjumpa tanda-tanda panduan yang telah dicatatkan? (Fikirkan samada perlu pulang ke tanda panduan yang akhir untuk kepastian).
- Mungkinkah ada kesilapan pada peta? Jangan terburu-buru membuat keputusan mengenai kedudukan anda? Hantarkan kumpulan rondaan yang kecil keluar, jika perlu untuk mendapatkan tanda panduan yang dikenali.
- Akhir sekali, jika perlu, tanya pendapat orang lain, minta bantuan luar.