Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Bantuan Mencari Arah dan Pemerhatian

  1. Pengenalan
    1. Sebagai seorang pengakap, seseorang itu mestilah boleh mencari arah dan kedudukan perjalanan di sesuatu kawasan apabila peta kawasan itu tidak tepat atau tidak ada. Di dalam keadaan yang sedemikian, pemerhatian yang baik dan pengetahuan bantuan-bantuan semulajadi adalah sangat mustahak.
    2. Untuk mengesan daya pemerhatian yang baik, ada;ah perlu banyak membuat latihan pengecaman dan biasa mengoreantasikan diri dalam hutan.

     

  2. Tujuan
  3. Tujuan ringkas ini adalah untuk menceritakan cara-cara menyimpan arah dan mengesan daya pemerhatian yang baik.

     

  4. Menyimpan Arah Di Siang Hari
    1. Pembacaan peta yang cekap adalah diperlukan untuk pergerakkan disiang hari. Darjah kecekapan yang diperlukan bukan hanya mengikut kebolehan jalan dan denai atau mengenali liku-liku jalan dan tanda-tanda panduan. Seseorang pembaca peta yang baik dapat membayangkan keadaan tanah sebelum ianya dapat melihat sendiri. Ini akan membolehkannya memilih jalan yang paling baik untuk pergerakkan. Untuk berbuat demikian, adalah perlu untuk mengkaji dahulu garisan-garisan kontor, cerun-cerun, tanda-tanda panduan arah mana sungai-sungai mengalir dan segala maklumat keadaan jenis keadaan muka bumi kawasan itu.
    2. Arah matahari.. Dengan bantuan sebuah jam tangan, arah ke khutub boleh didapati dengan agak tepat.
      1. Di Hemisphire Utara. Letakkan jam datar dengan jarum jam menghala ke matahari. Selatan sebemar akan berada ditengah-tengah di antara jarum jam dengan pukul 12.
      2. Di Hemisphire Selatan. Letakkan jam datar dengan pukul 12 menghala ke matahari. Utara sebenar akan berada ditengah-tengah di antara jarum jam dengan pukul 12.
      3. Di kawasan tropika cara ini susah untuk mendapatkan arah yang tepat. Ianya akan meletakkan arah utara dan selatan di dalam lingkungan 5 darjah.

     

  5. Utara sebenar mengikut pergerakkan matahari. Pilih tanah rata yang bebas dari bayang-bayang di mana dapat dibuat tanda-tanda dipermukaan tanah dengan senang. Pacakkan kayu yang lurus dan tegak dipermukaan bumi. Lebih panjang kayu itu, lebih baik hasilnya. Kira-kira 2 jam sebelum tengahari, tandakan hujung bayang-bayang kayu tadi di atas tanah sebagai ‘C’. Dengan bantuan seutas tali, yang di ikat dipangkal kayu ‘B’, lukiskan suku kayu tadi. Bayang-bayang tadi akan terus memendek sehingga matahari selepas tengahari bayang-bayang akan panjang semula sehinggalah ia bertemu semula dengan garisan bulatan tadi pada kira-kira dua jam selepas tengahari. Tandakan hujung bayang-bayang kayu sebagai ‘D’. Cari dan tandakan ‘X’ ditengah-tengah antara ‘C’ dan ‘D’. Garisan yang menyambung ‘B’ dan ‘X’ adalah garisan utara selatan yang sebenar. 
  6. Arah Angin. Jika matahari tidak memancar (cuaca redup) arah angin boleh menolong anda dalam mencari arah. Imgatkan arah angin bertiup sebelum anda bergerak.
  7. Pokok-Pokok Kayu. Ambil perhatian arah tiupan angin dengan mengkaji pokok-pokok dan bentuk rupa pokok setelah ditiup angin. Lumut atau kulat pada pokok-pokok selalunya terdapat pada bahagian utara pokok-pokok tersebut.
  8. Pergerakkan Di Waktu Malam.

Bintang. Di Hemesphire Utara, POLARIS atau bintang utara boleh dikenali dengan jelas. Di waktu malam bintang-bintang yang lain seolah-olah bergerak mengelilinginya tetapi polaris tidak bergerak. Di kawasan tropika, polaris tidak dapat dilihat yang boleh dibuat panduan di sini ialah sekumpulan bintang-bintang menunjuk utara dan boleh dilihat pada malam yang tidak berawan.