Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

 

GLOSARI SAINS 
INTERAKTIF KBSM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda adalah pengujung yang ke

 

 

Selamat Datang Ke Laman Web Glosari Sains KBSM

 

Vitamin

Vitamin adalah sebatian organik yang diperlukan dalam kuantiti kecil untuk pemeliharaan aktiviti-aktiviti normal dan kesihatan badan.

Vitamin boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu;-

a) vitamin larut lemak : A, D, E dan K

b) vitamin larut air : B1, B2, B, B5, B6, B12, dan C.

 

Berikut adalah huraian ringkas tentang vitamin dalam gizi makanan.

 

 

Vitamin

Sumber

Fungsi

Akibat Kekurangan

Vitamin A

(Retinol)

Minyak hati ikan, susu, mentega, sayur-sayuran berkarotena seperti karot, tomato dan buah-buahan.

·    Membantu penglihatan pada waktu malam

·    Memelihara dan menyegarkan kulit

·    Membantu dalam pertumbuhan

·    Rabun malam

·    Kulit kering dan bersisik

·    Kekurangan rintangan kepada mikrob yang membawa penyakit

·    Xerofalmia iaitu sejenis penyakit mata

Vitamin B1

(Tiamina)

Yis, hati, telur, beras tak ceruh, kacang hijau dan kacang botor.

·    Membentuk bahagian enzim respirasi

·    Penting untuk sistem penghadaman dan saraf

·    Membantu dalam memeperolehi tenaga dari karbohidrat

·    Mengekalkan selera.

·    Masalah pencernaan

·    Keletihan dan penyusutan otot

·    Kehilangan selera makan

·    Mengakibatkan penyakit beri-beri

·    Cepat meradang.

Vitamin B2

(Riboflavin)

Yis, hati, keju, telur dan sayur-sayuran hijau.

·    Menjaga kesihatan dan selera yang baik

·    Mengekalkan kulit yang sihat

·    Menolong proses penghadaman

·    Membantu proses respirasi tisu.

·    Tepi bibir merekah dan lidah berwarna merah ungu

·    Mata berair dan jangkitan mata yang lain

·    Kesihatan dan pertumbuhan terganggu

 

Vitamin B3

(Niasin)

Hati, yis, susu.

·    Memelihara kesihatan kulit dan sistem saraf

·    Membantu proses respirasi.

·    Kulit yang tidak sihat

Vitamin B5

(Asid Nikotinik @

Asid Pantotenik)

Yis, sayuran segar, daging, susu, telur dan bir

·    Membentuk koenzim-koenzim yang terlibat dalam respirasi sel

·    Memelihara kesihatan kulit dan sistem saraf

·    Membantu dalam memperolehi tenaga daripada karbohidrat

·    Cirit-birit

·    Kehilangan akal atau penyakit pelagra

·    Dermatitis di bahagian badan yang terdedah kepada cahaya matahari.

Vitamin B6

(Piridoksin)

Daging, telur, bijirin dan kekacang

·    Bertindak sebagai koenzim bagi sebahagian metabolisme protein

 

Vitamin B12

(Kobalamin)

Hati, telur, daging, cendawan, susu dan ikan.

·    Diperlukan untuk pembentukan sel darah merah

·    Penyakit anemia

·    Penyusutan gentian saraf di dalam saraf tunjang.

Vitamin C

(Asid Askorbik)

Buah-buahan sitrus seperti limau, lemon dan anggur serta sayur-sayuran hijau seperti kobis, salad dan bayam

·    Mencegah penyakit skurvi

·    Menjaga kulit supaya sihat dan berseri

·    Menolong pertumbuhan kanak-kanak

·    Penting untuk gigi, tulang, tisu, dan darah yang sihat

·    Menentang jagkitan penyakit

·    Memulihkan luka dengan lebih cepat.

·    Skurvi

·    Kulit yang tidak sihat

·    Rintangan yang kurang terhadap penyakit

·    Luka lambat sembuh

·    Mudah lebam dan gusi berdarah

·    penat

Vitamin D

(Kalsiferol)

Hati, marjerin, mentega, minyak ikan, telur susu dan cahaya matahari.

·    Membantu dalam penyerapan kalsium dan fosforus

·    Memelihara kesihatan ibu mengandung, bayi dan kanak-kanak

·    Mencegah penyakit riket

·    Membantu dalam perytumbuhan

·    Penyakit riket di -mana tulang dan gigi menjadi lemah

·    Pembinaan gigi yang tidak sempurnadan cepat rosak

·    Penyakit ostomalasia untuk orang dewasa

Vitamin E

(Tokoferol)

Sayuran hijau, gandum, kuning telur, susu dan mentaga.

·    Penting untuk pembiakan

·    Memelihara kesihatan sistem otot

·    Rawatan bagi wanita yang mengalami keguguran

·    Menyebabkan kemandulan

·    Menyebabkan keguguran

Vitamin K

(Naphthaquinon)

Sayur-sayuran hijau, ikan, hati, buah-buahan dan minyak kacang soya.

·    Penting untuk pembekuan darah

·    Penting untuk fungsi hati yang normal

·    Darah lambat membeku atau tidak membeku langsung

·    Tumpah darah