Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 

 

GLOSARI SAINS 
INTERAKTIF KBSM

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda adalah pengujung yang ke

 

 

Selamat Datang Ke Laman Web Glosari Sains KBSM

 

 

Jantung

Jantung merupakan organ berongga yang berfungsi mengepam darah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Perkataan kardiak bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung"

Jantung manusia

Struktur

Dalam tubuh manusia jantung terletak sebelah kiri sedikit dari dada, di belakang tulang dada (sternum). Ia diseliputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh paru-paru. Jantung mempunyai berat sekitar 300~350 gram bagi orang dewasa. Jantung terdiri daripada empat kamar, dua atria atas dan dua ventrikel bawah.

Dinding otot yang tebal (septum), membahagikan antara atria dan ventrikel kanan dari atria dan ventrikel kiri, memisahkan darah dari bercampur. Injap antara atria dan ventrikel membenarkan aliran darah dwiarah dari atria atas ke ventrikel bawah. Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke sekeliling tubuh atau ke paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atria, dan pengucupan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi mamastikan darah mengalir.

 

Jantung haiwan lain

Struktur

Struktur jantung haiwan mamalia menyerupai jantung manusia, dengan empat kamar. Burung juga mempunyai jantung empat kamar, bagaimanapun ianya dipercayai berevolusi secara berasingan dari haiwan mamalia. Amfibia mempunyai jantung tiga kamar. Ikan mempunyai satu sistem kitaran darah dan jantung dengan dua kamar. Jantung arthropod dan mollusk mempunyai satu kamar.

 

Maklumat Lanjut tentang jantung:

1.Yayasan Jantung Malaysia

2. Institut Jantung Negara Malaysia