Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

TOKOH

SMK DATO’ ABDUL RAHMAN YASSIN

 

Pada Oktober 1991 sekolah ini telah diberi nama rasmi yang baru iaitu Sekolah Menengah Dato’ Abdul Rahman Yassin bersempena dengan nama seorang negarawan Johor, Dato’ Abdul Rahman bin Mohamad Yassin

 

Beliau dilahirkan di Muar, Johor dan bergiat dalam UMNO bersama-sama Tuanku Abdul Rahman Putera. Pada awal tahun 1946, beliau bangun menentang dasar Malayan Union yang diasaskan oleh Inggeris. Beliau juga bergiat dalam Persatuan Melayu Johor dan telah memimpin “Kumpulan Orang Ketujuh” yang amat terkenal pada zamannya.

 

Dato’ Abdul Rahman Yassin adalah seorang Negarawan Johor yang mahsyur dalam politik Johor. Setelah Tanah Melayu merdeka, beliau dilantik sebagai Speaker Parlimen yang pertama. Keluarga beliau aktif dalam bidang pelajaran dan politik, antaranya ialah Dr. Ismail dan Dato’ Sulaiman.

 

Dalam perjuangannya, beliau amat mementingkan pelajaran di samping mempunyai wawasan yang amat jauh. Beliau banyak memberi sumbangan fikiran bagi kemajuan dan pembangunan negeri Johor khasnya.