Takaful Nasional
Takaful Mesra & Takaful Iqra
Takaful Mesra
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN
1. MUDHARABAH DAN TABARRU'
Pengurusan akaun secara mudharabah dan tabung tabarru' di mana Pelan Takaful Mesra dikendalikan menerusi 2 akaun dan dibahagi mengikut nisbah-nisbah yang telah ditetapkan iaitu:
a. Akaun Peserta (AP) - Mudharabah
b. Akaun Khas Peserta (AKP) - Tabarru'
Tahun
AP
AKP
1
10%
90%
2
10%
90%
3
50%
50%
4 dan seterus
75%
25%
2. CIRI-CIRI TABUNGAN
Takaful Mesra ini mempunyai ciri-ciri keistimewaan di mana plan ini berkonsepkan kaedah tabungan yang akan disimpan di dalam akaun peserta secara mudharabah untuk simpanan di masa hadapan.
3. CIRI-CIRI PERLINDUNGAN
Sebahagian daripada sumbangan akan dimasukkan ke dalam Akaun Khas Peserta sebagai Tabarru'.
4. MENJAMIN MASA DEPAN KELUARGA
Takaful mesra dapat mengurangkan beban tanggungjawab kewangan kepada peserta atau waris peserta jika berlakunya keilatan atau meninggal dunia ke atas peserta.
5. PERLINDUNGAN 24 JAM SELURUH DUNIA
Di mana sahaja anda berada, tidak kira siang atau malam, Takaful Mesra akan melindungi anda 24 jam seluruh dunia.
6. PENGECUALIAN CUKAI PENDAPATAN
Peserta boleh mendapatkan pengecualian dari cukai pendapatan melalui penyata yang diberikan.
 
 
 
 
 
Takaful Pendidikan
IQRA'
CIRI-CIRI KEISTIMEWAAN
Pelan Takaful Pendidikan IQRA' menampilkan ciri-ciri keistimewaan tersendiri yang sama-sama memberi manfaat kepada pembayar dan anak tanpa menjejaskan simpanan tabungan anak anda.
  • Anda dibenarkan mengeluarkan sebahagian dari simpanan tabungan anda untuk tujuan pendidikan anak anda pada usia anak anda 15 dan 18 tahun.
  • Anda dibenarkan menambah sumbangan tabungan dan juga rider pada kadar yang ditetapkan.
  • Pengecualian sumbangan akan diberikan apabila pembayar meninggal dunia atau mengalami keilatan kekal menyeluruh.
  • Anda boleh mengeluarkan dan menggunakan simpanan tabungan anda dimasa hadapan.
  • Tempoh matang sijil yang fleksibel iaitu apabila umur anak antara 18 tahun hingga 21 tahun.
  • Rider Faedah Pendapatan Pembayar (opsyen) Faedah pendapatan keluarga akan diberikan untuk kesinambungan pendidikan anak sekiranya pembayar mengalami keilatan kekal menyeluruh atau meninggal dunia. 
  • Rider Bertempoh Anak (opsyen)                        Manfaat rider bertempoh anak akan diberikan sekiranya anak meninggal dunia.
  • Rider Manfaat Kematian Akibat Kemalangan (opsyen) Rider manfaat kematian akibat kemalangan ini boleh disertai oleh pembayar dan anak.
  • Rider Manfaat Hospital (opsyen)                                  Sekiranya pembayar atau dan anak dimasukkan ke hospital atau pusat rawatan yang diiktiraf oleh Takaful Nasional, manfaat harian akan dibayar.