Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Inovasi Masa Hadapan

Home
Maklumat Peribadi
Teknologi Inovasi
Tokoh Inovasi
Inovasi Masa Hadapan

Teknologi tanpa wayar telah berkembang dengan begitu pesat dan mempengaruhi aliran maklumat terkini. Peranti pemantau yang dikenali sebagai mote yang juga memindahkan data tanpa wayar adalah peralatan pintar yang akan menakluki dunia rangkaian maklumat.

Rangkaian Pengesan Tanpa Wayar

Peranti mote bersaiz kecil, lebih kurang saiz dua bateri AA yang digunakan sebagai sumber tenaganya. Peranti ini dilengkapi dengan pemproses, ingatan komputer dan pengesan (sensors) yang memantau cahaya, kelembapan, tekanan dan haba.  Juga dilengkapkan dengan penerima radio yang mampu menyebarkan data dari satu mote ke mote yang berhampiran.

Intel lablet masih mengemaskini peralatan dan sistem perisian yang diperlukan oleh mote untuk membolehkannya digunakan dalam rangkaian tanpa wayar. Rangkaian tanpa wayar ini akan dapat dimanfaatkan dalam pelbagai bidang termasuk kawalan trafik, cuaca, aktiviti seismik, pergerakan anggota tentera di medan perang, ketegangan struktur bangunan dan jambatan.

TinyOS, sistem pengoperasian yang padat hanya beberapa kilobyte sahaja akan mengendalikan tugas-tugas pentadbiran data seperti pengkodan paket data untuk penghantaran dan kawalan on-off radio apabila diperlukan. TinyOS boleh didapati secara percuma. Mote yang menggunakan TinyOS ini telah diuji di lapangan bagi mengkaji dan memantau gempa bumi di beberapa lokasi dari Maine ke California.

Kumpulan saintis komputer di Berkeley yang diketuai oleh  Kristofer Pister sedang mengkaji untuk mendapatkan mote bersaiz lebih kecil, satu milimeter padu sahaja. Mote sekecil ini (smart dust) boleh digunakan di permukaan lebuhraya, bahan binaan, fabrik dan mungkin juga tubuh manusia. Maklumat yang dapat dikumpul melalui teknologi mote ini akan meningkatkan kefahaman manusia tentang alam sekitar dan diri sendiri.

Rujukan

1. 10 Emerging Technologies That Will Change the World. Technology Review. February 2003. (rujukan utama dan sumber artikel didownload)

2. Lee Bruno. Internet: Smarter networks and a boom in wireless sensors will change how you use and think about the Internet. Technology Review. October 2003.

3. Gregory T Huang. Casting the Wireless Sensor Net. Technology Review. July 2003.

4. Michael Singer. Smart Dust Collecting on the Enterprise. October 24, 2003.

Home | Maklumat Peribadi | Teknologi Inovasi | Tokoh Inovasi | Inovasi Masa Hadapan

 Projek TS6033: Portal Teknologi Maklumat
Untuk pertanyaan atau maklumat lanjut sila hubungi e-mail [Mohd Zainuldin Taib].
Tarikh terakhir dikemaskini: 19-Nov-03.