Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

selamat datang ke laman web saya

Hobi saya

Laman web kegemaran

Music Asia
Rancangan Tv
Rancangan Muzik
Music Asia

Negeri Perlis mempunyai banyak tempat-tempat yang menarik untuk dikunjungi.Antaranya ialah Taman Ular,Gua Kelam,Padang Besar,Muzium Negeri dan Pekan Kuala Perlis.Negeri Perlis juga terkenal dengan keramahan rakyatnya.Penduduknya terdiri daripada pelbagai bangsa dan agama.Bagi pelancong yang datang dari luar,tempat yang pasti dikunjungi ialah Padang Besar.Hal ini kerana,ia merupakan 'syurga' membeli belah.Harga barangan yang dijual agak berpatutan.Padang Besar terletak di utara negeri Perlis dan jaraknya dari bandar Kangar kira-kira 24 kilometer serta terletak bersempadanan dengan negara Thailand.Selain itu,Taman Ular Negeri juga merupakan sebuah tempat yang menarik dan terletak kira-kira 4 kilometer dari bandar Kangar.Taman ini dihuni oleh pelbagai jenis spesis ular.Antaranya ialah ular sawa batik,king kobra,ular tedung selar dan pelbagai lagi.Terdapat juga haiwan lain yang terdapat di situ iaitu pelbagai jenis burung,buaya,dan lain-lain.Bagi para pengunjung yang ingin beristirehat,tempat yang agak sesuai dan selesa untuk berehat ialah Gua Kelam dan Bukit Ayer.Bukit Ayer terletak kira-kira 2 kilometer dari Taman Ular Negeri.Di sana,terdapat sebuah resort yang dibina untuk kemudahan para pengunjung dan orang ramai.Resort tersebut terletak kira-kira 500 meter dari Bukit Ayer.Negeri Perlis juga terkenal dengan laksanya iaitu 'Laksa Kuala Perlis'.Kuala Perlis terletak di selatan Perlis. Sebahagian para penduduknya bekerja sebagai nelayan dan peniaga.Di Kuala Perlis juga terdapat kemudahan terminal jeti untuk para pelancong dan orang ramai yang ingin pergi ke Pulau Langkawi.Walaupun negeri Perlis merupakan sebuah negeri yang kecil dan ekonominya agak mundur daripada negeri-negeri yang lain,namun keistimewaan yang terdapat di sini tidak dapat ditandingi.Negeri Perlis juga telah menganjurkan satu aktiviti tahunan iaitu Tahun Melawat Perlis 2003-2005.Negeri Perlis amat mengalu-alukan kunjungan dari para pelancong dalam dan luar negeri. ============================================================================================================ -Ekonomi- Rakyat Perlis terdiri daripada pelbagai jenis bangsa dan agama dan rakyatnya terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.Terdapat pelbagai jenis pekerjaan yang dilakukan untuk ekonomi negeri dan juga diri sendiri. Hampir sebahagian daripada golongan warga emas bekerja sebagai petani.Hal ini kerana,pekerjaan yang dilakukan oleh mereka sekarang diwarisi zaman berzaman.Hasil daripada pekerjaan mereka bertani,ini dapat membantu ekonomi negeri.Antaranya ialah bersawah,bercucuk tanam dan bertani. Negeri Perlis juga membuat beberapa pelaburan untuk meningkatkan ekonomi negara.Antaranya ialah penanaman buah mempelam di mana dusunnya terletak di Bukit Bintang, Batu Pahat.Hasil daripada penjualan mempelam ini yang dieksport ke dalam dan luar negeri dapat membantu menambahkan ekonomi. Selain itu,terdapat juga pelbagai jenis pekerjaan lagi yang dilakukan oleh para penduduknya.Hal ini kerana,terdapat ramai para intelektual yang telah dilahirkan dan berkecimpung dalam pelbagai jenis pekerjaan.Hasil daripada pelbagai jenis pekerjaan yang dilakukan,ekonomi negari dapat dipertingkatkan.

Email: ziela1605@yahoo.com