Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

My Home Page

hobi saya

My Favorite Web Sites

duniamuTV3
rentak muzik terkini
respon relaks respek
saluran ceria anda

Nama saya Zaleja Ramli.`Nick Name'- Eja. saya dilahirkan di Kuala Perlis,Perlis.Tarikh lahir saya 12hb.Mac,1972.Sekarang saya menetap di Kangar.Saya seorang periang dan suka berceloteh. Hobi saya mendengar radio,shopping,membuat kerja kreatif dan melukis.Hobi baru saya cuba ialah membaca,memasak,komputer dan menjahit.Saya bekerja sebagai seorang jururawat terlatih di Hospital Kangar.Saya jadi pelatih jururawat di Kolej Kejururawatan Hospital Kuala Lumpur (1994-1997).Alamat e-mail saya:eja_zaleja.yahoo.com.Laman Web saya:http://www.anglefire.com/yt3/zaleja ====================================================== Di negeri saya,Perlis terdapat satu keistimewaan yang tidak terdapat di negeri lain iaitu mempelam harumanis.Harumanis merupakan mempelam yang unik terkenal dengan kesedapannya .Bersesuaian dengan iklim disini monsun tropika,ia ditanam.Ia banyak berbuah sekitar bulan April dan Mei.Tempat terbesar tanan ladang harumanis Di Bukit Bintang.Sesuai dengan namanya harum dan manis,ia dimakan dengan pulut bagi masyarakat tempatan di negeri Perlis.VISIT PERLIS 2003-2005. ======================================================Topik ingin saya perkatakan: SALAH FAHAM PENYAKIT MENTAL *************************** Tidak semua penyakit mental menyebabkan pengidapnya menjadi tidak siuman,ia hanya melibatkan sebilangan kecil apabila pengidap mengalami penyakit psikosis(gangguan kewarasan).Boleh dirawat dan bersifat sementara. Disamping faktor genetik,terdapat banyak faktor-faktor lain yang berperanan menyebabkan terjadi penyakit mental-tindakbalas biokimia diotak,persekitaran yang menekan dll. Tidak semua mereka yang berpenyakit mental-mempunyai anggota keluarga yang sakit serupa.Begitu juga ramai yang ada sejarah keluarga penyakit mental dalam keluarga tidak mengidapnya. Pesakit yang teruk sahaja akan dirawat institusi mental,yang lain boleh dirawat sebagai pesakit luar. Pesakit yang sembuh boleh menjalani kehidupan seperti orang biasa. Jumlah pesakkit mental yang mengganas sangat kecil tetapi jika rawatan sempurna,pesakit akan menjadi terkawal dan lebih tenang,mereka tidak perlu disisihkan dari masyarakat kerana pesakit yang teruk boleh bekerja dan berdikari ditahap memuaskan jika diberi pemulihan sempurna.Pesakit yang mendapat rawatan sempurna dan sembuh boleh dirawat dalam masyarakat tanpa pengasingan.Penyakit mental tidak berjangkit. Penyakit mental bukannya mempunyai `split personaliti' tetapi ia tanda-tanda ketara pada seseorang pesakit mental adalah penyakit tersebut.Tanda penyakit mental bukan dibuat-buat malah ia adalah tanda penyakit sebenarnya kerana pesakit mental dianggap mengada-gada dan sengaja menarik perhatian. Penyakit mental boleh ditangani jika pengendalian mental yang positif,peningkatan pemahaman kesihatan mental dan mengamalkan cara hidup sihat.

Email: eja_zaleja@yahoo.com