
My Favorite things about Angelfire.
My Favorite Web Sites
Kolej terbaik
Pusat Kemahiran terbaik
Universiti terbaik
Duniamu TV3
Hai, saya Hazira Bt Mustafa ,panggil jer ziera.Saya asal dari Kedah tapi sekarang tinggal kat Perlis. Sebelum nie saya tinggal kat Kuala Lumpur, biasalah kena ikut keluarga. Umur saya sekarang 18. Waktu lapang saya suka bersiar-siar . Kalau tension plak mesti ler dengar radio dan bermain game. Saya mempunyai tiga orang adik-beradik. Saya adalah anak sulung. Tue jer, kay bye. ============================================================================================================== Di Perlis, terdapat beberapa buah tempat yang menarik seperti Gua Kelam, Tasik Melati, Bukit Ayer, Taman Ular,dan lain-lain lagi. Tetapi tempat yang paling popular ialah Gua Kelam. Pada musim cuti sekolah Gua Kelam menjadi tumpuan para pelancong, tak kira dari dalam negara dan luar negara. Jarak Gua Kelam dari Padang Besar lebih kurang 15km. Di Gua Kelam terdapat banyak gerai-gerai seperti gerai makanan, gerai buah-buahan serta gerai cenderamata. Di gerai cenderamata kita boleh membuat tempahan mengikut citarasa masing-masing untuk dibawa pulang kepada rakan-rakan. Di Gua Kelam tempat meletak kenderaan juga disediakan. Di dalam gua itu terdapat titi gantung. Masa untuk melalui titi itu lebih kurang 25 minit dan bagi yang memanjat bukit pula mengambil masa lebih kurang 45 minit. Di dalam gua itu terdapat stalagtik dan stalakmit. Sekarang di Gua Kelam telah pun diperbaharui dan menyediakan tempat rehat yang lebih banyak lagi. ============================================================================================================== Seperti yang kita ketahui masalah sosial dikalangan remaja semakin meningkat di seluruh negeri di Malaysia. Perlis juga adalah sebuah negeri yang kini semakin meningkatnya gejala sosial ini. Mereka kini tidak lagi menghiraukan orang lain tetapi hanya mementingkandiri mereka sendiri. Mereka juga tidak menghormati orang tua. Masalah ini semakin berleluasa terutamanya di kalangan pelajar. Mereka juga mengamalkan pergaulan bebas. Apabila mulanya aktiviti pergaulan bebas mereka mula berani mencuba melakukan sesuatu yang baru seperti merokok, mencuri, mengganggu rakan lain dan membuli. Mereka juga menghisap rokok di merata-rata tempat walaupun dikawasan larangan. Masalah ini harus dibendung sebelum menjadi lebih buruk di negeri ini. Pihak polis juga perlu membuat rondaan dan operasi.