Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Selamat Datang Ke Home Page

Hobi Saya

My Favorite Web Sites

Majalah Hiburan
Penyanyi Britney Spears
Saluran ceria anda
Lirik Yang Terbaru

Nama sebenar saya adalah Nazhatul Shakila Bt. Mohamad Najib.Saya dilahirkan di Hospital Besar Kangar, Perlis.Saya mempunyai tujuh orang adik beradik,tiga lelaki dan empat perempuan.Saya anak yang ketiga.Saya bersekolah di Sekolah Menengah Putra, Kangar dan berada di tingkatan enam.Ayah saya bekerja sebagai kontraktor dan ibu saya seorang surirumah.Saya mempunyai beberapa hobi yang boleh saya kongsikan dengan kamu semua.Hobi saya yang utama adalah mengumpul poster artis Hollywood dan apa sahaja yang berkaitan dengan mereka seperti lirik lagu,sticker,majalah dan lain-lain.Saya memperoleh poster tersebut melalui majalah yang saya beli seperti LIME, Smash Hits,Galaxie,Majalah Gusti,Majalah Bola Sepak dan pelbagai majalah lagi.Sehingga sekarang saya mempunyai 500 helai poster.Saya juga suka berkaraoke untuk memenuhi masa lapang saya.Saya lebih suka menyanyikan lagu artis barat,saya pun tidak tahu kenapa,entahlah mungkin sesuai dengan jiwa saya.Idola saya pula adalah Perdana Menteri kita iaitu Dato' Seri Dr. Mahathir Bin Mohamad.Ini kerana saya sukakan kegigihan,ketabahan,kecekalan dan kesabaran beliau.Saya juga sukakan bintang bola sepak iaitu David Beckham.Beliau adalah seorang pemain yang mempunyai stail yang berlainan daripada pemain lain.Beliau juga mempunyai kaki kanan yang cukup hebat kerana membuat sepakan yang sangat tepat dan stail ini jarang kita lihat. ______________________________________________________ Perlis Indera Kayangan terletak di utara Semenanjung Malaysia.Di negeri Perlis terdapat pelbagai tempat menarik.Tempat rekrasi yang terkenal adalah Gua Kelam.Gua Kelam adalah tempat untuk beristirehat bersama ahli keluarga dan melepaskan tension.Terdapat kemudahan untuk orang ramai di Gua Kelam seperti tempat untuk bermandi-manda untuk pelbagai peringkat umur.Terdapat beberapa tempat untuk berkelah bersama keluarga dan gerai-gerai makanan untuk menjamu selera.Tempat rekreasi yang kedua adalah Bukit Air, Batu Pahat.Bukit Air telah diperbaharui dengan pelbagai kemudahan.Di Bukit Air terdapat air terjun.Gerai makanan juga banyak disediakan di situ.Tempat untuk membeli-belah pula adalah di Padang Besar.Terdapat pelbagai barangan sama ada dari Malaysia mahupun barangan dari Thailand.Harga yang ditetapkan sangat berpatutan.Di Padang Besar juga terdapat kompleks bebas cukai iaitu Emas Kerajang.Di situ ada menjual barangan yang berjenama seperti pakaian,beg,jam tangan,aksesori dan lain-lain.Selain Padang Besar,Wang Kelian juga menjual barangan seperti yang terdapat di Padang Besar.Harganya juga lebih kurang sama sahaja.Kedua-dua tempat ini menjalankan perniagaan tawar menawar. ______________________________________________________ Dewasa ini, gejala sosial semakin menular di kalangan masyarakat kita sama ada golongan kanak-kanak,remaja mahupun golongan dewasa dan yang lebih memeranjatkan warga tua juga melakukannya.Di manakah terletaknya kesedaran dan sufat berperikemanusiaan orang kita.Jenayah seperti rogol,merompak,bunuh,bakar,sumbang mahram telah menghias akhbar-akhbar harian.Jenayah yang dilakukan sekarang ini telah menjadi satu trend bagi masyarakat kita.Setiap hari, pelbagai kes yang dibaca.Contohnya kes rogol terhadap Suzaily Mokhtar dan yang terbaru adalah terhadap Canny Ong di mana dia telah diculik,dirogol dan dibakar.Canny Ong yang bekerja di luar negara,pulang untuk melawat ayahnya di sini hanyalah untuk beberapa hari.Pada masa itulah dia telah dirogol.Disini kita dapat melihat dengan jelas betapa kejamnya masyarakat kita sekarang ini.Bagaimanakah perasaan seorang mangsa rogol jika dia telah dirogol oleh ahli keluarganya sendiri.Contohnya,sumbang mahram. Apakah yang bermain difikiran mereka yang melakukan perbuatan yang terkutuk ini.Sehingga saya sendiri tidak faham mengapa mereka sanggup melakukannya.Masyarakat Malaysia boleh dikatakan sudah tidak selamat lagi apabila berada di tanah air sendiri.Bukan itu sahaja, golongan remaja yang berpelajaran tinggi juga menjadi mangsa kepada penjenayah.Ini mungkin kerana di Pusat Pengajian Tinggi Swasta(IPTS),cara berpakaian sangat tidak sesuai.Para siswi yang berani berpakaian menjolok mata kerana tiada kawalan yang ketat di IPTS.Sikap pelajar itu sendiri juga perlu diambil kira.Mungkin pelajar itu menganggap mereka membayar untuk belajar di tempat tersebut dan mereka boleh melakukan apa sahaja.Pihak IPTS haruslah mengambil kira kualiti siswa dan siswi yang belajar disitu dan tidak hanya mengira untung sahaja.

Email: princess_nyla@crazysexycool.com