Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Selamat Datang Ke Homepage

Hobi Saya

My Favorite Web Sites

Saluran ceria anda
kosmetik
surat khabar kesukaan ramai
pelancongan

Dilla Ezanty Bte Mohamad Drapi. Dilahirkan di Alor Setar, Kedah. Anak sulung kepada 5 adik-beradik.Kini menetap di Mata Ayer,Perlis.Dilahirkan pada ,22 Januari 1985.Kini berumur 18 tahun.Bapa bekerja sebagai seorang tentera manakala ibu pula sebagai seorang surirumah.Mempunyai dua orang adik perempuan dan dua orang adik lelaki. ------------------------------------------------------ Terdapat banyak tempat-tempat menarik di negeri Perlis.Antaranya ialah Tasik Melati,Gua Kelam,Bukit Ayer,Taman Ular dan lain-lain lagi.Tasik Melati tidak jauh daripada Kangar.Hanya mengambil masa 7 kilometer sahaja. Di Tasik Melati,terdapat beberapa pondok yang dibina untuk kemudahan para pengunjung.Pengunjung juga boleh bersiar-siar disekitar Tasik dengan menaiki bot yang telah disediakan.Makanan dan minuman juga boleh didapati di geri yang berhampiran dengan Tasik ini.Selain itu,taman permainan kanak-kanak juga terdapat di sini.Kanak-kanak juga boleh menikmati keseronokkan di sini. Setelah berasa jemu berada di Tasik Melati, pengunjung bolehlah ke Gua Kelam.Ini juga merupakan tempat untuk perkelahan para pengunjung di hujung minggu.Hanya 10 kilometer daripada Kangar.Pengunjung boleh menikmati bagaimana terjadinya batu kapur di mana jambatan di bina di dalam perut Gua ini.Di sepanjang perjalanan ,pengunjung boleh menikmati udara yng segar di dalam Gua ini.Inilah keistimewaan Gua Kelam ini. Bukit Ayer tidak kurang menariknya.Di sini,sukaneka sering diadakan pada hujung minggu kerana tempatnya yang sesuai untuk aktiviti sebegitu.Ekspedisi Pendakian Bukit Ayer juga sering diadakan.Juga tidak jauh daripada Kangar.15 kilometer sahaja dari Kangar. Kemudian anda boleh singgah sebentar ke Taman Ular. Di Taman Ular ini, terdapat pelbagai jenis ular. Antaranya ular sawa,ular tedung,ular kapak dan lain-lain lagi.Buaya juga terdapat di taman ini. Selain ular dan buaya, monyet juga ditempatkan di sini untuk menarik perhatian pengunjung. Perlis juga tidak kurang menariknya. Terdapat banyak tempat-tempat menarik di negeri ini. Jika anda ingin ke sini, pastikan anda melawat ke tempat-tempat tersebut. Rugi rasanya jika anda tidak melawat ke tem pat-tempat tersebut. Jadi datanglah ke negeri Perlis ini untuk melihat sendiri keindahan tempat tersebut.

Email: miela_2212@yahoo.com