Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

SELAMAT DATANG KE WEB SITE

HOBI SAYA

My Favorite Web Sites

majalah hiburan
kolej uitm
kartun
saluran

Nama saya Dahalia bt. Mat Alin berasal dari Kampung Bendang Baru Simpang Empat,Perlis.Saya berusia 19 tahun.Saya ada 4 orang adik-beradik,2 lelaki dan 2 perempuan.Saya anak ketiga daripada 4 beradik. ====================================================== Ada banyak tempat-tempat menarik di sekitar Negeri Perlis.Antaranya ialah Batu Pahat,Gua Kelam,Tasik Melati,Bukit Ayer dan beberapa buah tempat lagi.Destinasi pertama yang akan dituju ialah Tasik Melati.Taman rekreasi Tasik Melati terletak 12 kilometer ke utara kangar.Kawasan ini mempunyai keluasan sebanyak 10 hektar sementara tasiknya pula seluas 4.5 hektar yang terletak di kawasan tanah jenis paya atau gambut yang mana terdapat 50 buah pulau kecil yang terdapat disekelilingnya. Antara kemudahan yang disediakan di Tasik Melati ialah selain daripada jambatan-jambatan yang bertemu di pokok-pokok rehat ditengah-tengah Tasik terdapat juga Taman Permainan kanak-kanak,Taman Batu, Jeti atau Platform bot,Kayak,Gerai Makan dan tempat letak kereta.Untuk pengunjung yang berkhemah,tandas juga disediakan bagi keselesaan pengunjung.Dari segi penginapan pula ,apabila projek Taman Bandar Tasik Melati yang bersempadan dengan Taman rekreasi ini siap,segala kemudahan lain seperti kemudahan untuk bersukan dan penginapan akan turut siap.Jadi buat masa ini,pengunjung boleh berkhemah sahaja dikawasan ini ataupun bermalam diBandar Kangar. ====================================================== Destinasi kedua ialah Sungai Batu Pahat.Sungai Batu Pahat terletak hanya 12 kilometer dari barat laut Kangar.Tempat ini amat popular bukan sahaja dari golongan anak-anak tempatan,tetapi juga turut dikunjungi oleh pelawat-pelawat yang datang dari luar kawasan negeri Perlis dan juga pelancong asing.Lokasi ini sesuai untuk setiap individu sebangai tempat berekreasi atau berkelah bersama teman dan keluarga.Selain itu terdapat pelbagai kemudaha yang disediakan untuk memberi keselesaan dan keseronokan yang optima.Pihak pengurusan telah menyediakan kolam mandi,surau,bilik air,kawasan perkhemahan dan perkelahan serta tempat letak kereta.Kanak-kanak boleh bermandi-manda di sungai yang airnya cetek dengan tebing-tebing buatan manusia.Lawatilah juga Taman Burung yang dipelihara dengan pelbangai jenis spesis burung dan juga kunjungilah Taman Ular yang berhampiran.Remaja juga boleh mencuba kebolehan ditapak pertandingan lalu-lintas shell atau trak motorcross.Aktiviti lain yang dilakukan ialah bermain golf di padang golf 18 lubang dan berehat dirumah kelab yang telah disediakan. ======================================================Destinasi yang ketiga ialah Gua Kelam.Untuk pengetahuan anda,Gua Kelam terletak kira-kira sejauh 30 kilometer dari Bandar Kangar atau 16 kilometer dari Padang Besar.Kawasan ini merupakan kawasan bekas lombong bijih timah,anak-anak sungai yang jernih dan terdapat juga jambatan gantung sepanjang jalan di dalam gua tersebut.Terdapat juga kemudahan lain yang disediakan seperti empangan kolam mandi yang berhampiran.Kanak-kanak tentu seronok menikmati gelunsur air dan bermandi dibawahnya .Tambahan lagi terdapat kolam dan pelantar ternakan ikan,Taman Rusa dan trek jongging serta terdapat juga Taman orkid,gerai makan dan cenderamata untuk dikunjungi oleh pelawat.Tempat ini amat sesuai untuk dijadikan sebangai tempat beristirehat bagi seisi keluarga.Pihak pengurusan juga mengadakan persembahan kebudayaan pada setiap hari Ahad di sebelah hadapanpintu gua.Dari segi pengangkutan,pungunjung boleh mendapat perkhidmatan menyewa teksi atau menaiki bas di Bandar Kangar. ======================================================Destinasi pelancongan yang terakhir ialah Hutan Lipur Bukit Ayer.Destinasi kali ini terletak dalam kompartmen 9, Hutan simpan Bukit bintang mempunyai persekitaran yang mendamaikan.Lokasinya terletak 13 kolimeter dari kangar dan dihubungkan dengan sistem jalan raya,yang baik.Air terjun dan sungai yang mengalir jernih secara semulajadi mengindahkan lagi suasana kawasan.Pada bahagian hilirnya pula terdapat sebuah kolam mandi yang cantik untuk pengunjung dikawasan persekitaranya damai dan tenang lagi menyenangkan apabila mata memandang kerana dikelilingi oleh hutan tropika yang masih asli.Terdapat juga pelbagai spesis Flora dan Fauna yang menjadikan kawasan Hutan Lipur Bukit Ayer sebagai habitat semulajadi.Selain itu,kemudahan lain yang turut disediakan ialah sebuah kolam mandi yang dikhaskan bagi kanak-kanak.Ini bertujuan bagi memastikan keselamatan mereka terjamin.Penyediaan tapak perkhemahan yang mampu menampung kira-kira 100 orang peserta serta dilengkapi tempat memasak dari kawasan yang berdekatan dengan sumber air bersih.Bagi kemudahan para pengunjung yang beragama Islam,satu musolah telah disediakan bagi memudahkan mereka untuk mengerjakan solat.Terdapat juga perkhidmatan yang dikenakan bayaran pada harga yang berpatutan iaitu berkhemah RM1.00 seorang,penggunaan tandas RM0.20 seorang ,menyewa wakaf RM20.00 dan sebagainya. ======================================================Agama Islam adalah agama yang paling banyak dianuti oleh rakyat Negeri Perlis.Selain itu terdapat juga agama-agama lain seperti Buddha,Hindu,Siam dan Kristian.Agama adalah lambang terunggul dalam sebuah Negara.Tanpa agama masyarakat akan menjadi kucar-kacir.Hidup Tanpa pedoman dan pegangan seperti di zaman Jahiliah.Setiap agama telah menetapkan peraturan-peraturan untuk ditaati oleh setiap penganutnya.Setiap agama mahukan penganutnya taat dan patuh dalam setiap suruhan dan larangan.Agama Islam adalah agama suci,merangkumi segala aspek kehidupan di dunia dan di akhirat.Asalkan kita patuh pada agama. Hidup kita tidak akan tersesat.

Email: shyfanny_wilis@yahoo.com