Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Selamat Datang Ke Laman Web Chek

Hobi

Laman Web Kegemaran

Saluran Ceria Anda
Universiti Teknologi Mara
Rentak Muzik Terkini

Perumpamaan "Lain Padang Lain Belalang" sesuai diberikan kepada negeri Perlis Indera Kayangan kerana ianya berlainan dengan negeri lain dalam aspek pelancongan. Perlis mempunyai "Syurga Membeli Belah" iaitu 'Padang Besar' yang turut menjadi pintu masuk antara Malaysia-Thailand. Selain itu negeri terkecil yang terletak di utara semenanjung Malaysia ini juga memiliki keunikan 'Gua Kelam'nya yang tersendiri. Tempat lain yang menjadi tarikan utama pengunjung luar juga adalah 'Kuala Perlis' yang menjadi pelabuhan feri ke Pulau Langkawi yang kini sedang menjalani proses pembangunan yang pesat. ============================================================================================================ Sejak dahulu lagi, sumber pendapatan utama masyarakat Perlis umumnya adalah 'bersawah padi'.Sehingga kini ia tetap menjadi penyumbang utama bagi ekonomi mereka. Bagi mengikuti perkembangan ekonomi negara yang semakin pesat, Perlis tidak ketinggalan dalam memiliki pendapatan dari sektor perindustrian, sektor perikanan, sektor kerajaan mahu pun sektor swasta. Bersawah Padi tetap menjadi aktiviti utama bagi penduduk asal negeri ini selain mendapatkan pendapatan sampingan dari sektor-sektor yang berkenaan. Arus Pembangunan yang pesat dijalani di bandar-bandar besar seperti Kuala Lumpur, Johor Bahru mahu pun Goergtown (Pulau Pinang) turut dirasai Perlis dalam usaha membangunkan negeri ini. Bersesuaian dengan tema 'Tahun Melawat Perlis 2003-2005'. Kerajaan negeri sedang giat mempertingkatkan usaha memperbanyakkan sektor-sektor berkenaan supaya dapat memberi peluang pekerjaan kepada setiap golongan yang berkelayakan di negeri ini.

Email: kakla_81@yahoo.com