Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

Selamat Datang Ke Laman Web Saya

Hobi & Kegemaran

Laman Web Kegemaran

Mendengar radio era
Dapat Maklumat
Dapat dengar muzik
Dengar lagu Hindi

Hai! Nak berkenalan dengan saya? Nama saya Aziyati binti Salman. Saya dilahirkan pada 30 April 1985 di Hospital Besar Kangar, Perlis. Bapa saya bernama Salman bin Ahmad manakala ibu saya bernama Roshidah binti Hj. Salleh. Saya mempunyai lima org adik beradik,iaitu 4 lelaki dan seorang perempuan. Saya mempunyai 2 org abang dan 2 org adik. Hobi saya ialah mendengar radio dan membaca novel. ______________________________________________________ TEMPAT-TEMPAT YG MENARIK DI NEGERI PERLIS Negeri Perlis terkenal dgn pelbagai tempat menarik dan sesuai utk dikunjungai oleh semua lapisan masyarakat. Contohnya spt Batu Pahat. Di Batu Pahat, kita boleh melihat pelbagai jenis haiwan spt ular, burung, buaya dan sebagainya. Kita juga boleh bersiar-siar bersama keluarga sambil menghirup udara yg segar. Selain itu, tempat lain yg menarik di Perlis ialah Gua Kelam. Di situ, kita boleh memasuki sebuah gua utk melihat keindahan di dlm gua tersebut. Kita juga boleh bersiar-siar sambil menikmati keindahan di situ sambil bermandi-manda dan merehatkan diri. Bagi yg gemar berkhemah, di situ juga telah disediakan tapak perkhemahan utk mendirikan khemah. Banyak rombongan sekolah yg datang utk perkhemahan. Tasik Melati juga merupakan salah satu tempat yg menarik di negeri Perlis. Di situ, kita boleh menghirup udara yg segar sambil merehatkan diri. Di situ juga disediakan jambatan yg didirikan sepanjang tasik tersebut. Bagi mereka yg membawa kanak-kanak, Tasik Melati telah menyediakan taman permainan kanak-kanak. Jika ada yg gemar menaiki bot, mereka boleh menaiki bot mengelilingi tasik tersebut. Utk melepaskan kepenatan, mereka boleh menjamu selera di gerai-gerai yg terdapat di situ. Bagi mereka yg gemar membeli-belah, Padang Besar adalah tempat yg sesuai utk membeli-belah dan ada yg mengatakan syurga membeli-belah. Di situ berbagai-bagai barang yg dijual. Kebanyakan barang-barang yg dijual di situ diimport dari negara Thailand. Barang-barang yg dijual adalah spt pakaian, barang perhiasan, makanan ringan dan sebagainya. ______________________________________________________ AGAMA ISLAM Agama Islam merupakan agama yg diterima oleh Allah S.W.T. Islam adalah agama yg mudah difahami oleh manusia. Org yg beragama Islam akan mendapat rahmat dari Allah S.W.T. Jika seseorang itu melakukan segala suruhanNya dan meninggalkan segala laranganNya, dia akan mendapat hidayah dari Allah manakala bagi mereka yg mengingkari perintahNya, mereka tidak akan mendapat hidayah dari Allah. Kita sbg umat Nabi Muhammad S.A.W. haruslah mengikut sunnah Rasullullah. Agama Islam juga merupakan agama rasmi.

Email: yatie_azie@yahoo.com