Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

LAPORAN PENGETUA 2004

1.PERUBAHAN JAWATAN PENTADBIRAN SEKOLAH

        Encik Foo Seng Teek telah menggantikan Kapten Chan Weng Kwai sebagai Penolong Kanan Pentadbiran mulai 30 Julai.

        Encik Lim Che Chang, Encik Goh Che Wan masing-masing dinaikkan pangkat sebagai Guru Kanan Bahasa, dan Guru Kanan Vokasianal dan Teknik mulai 1 April 2004.

2. WARGA SEKOLAH

2.1 Bilangan Kelas dan Pelajar

Tingkatan
Bil. Kelas Bil. Pelajar
Peralihan 3 105
Ting. 1 10 345
Ting. 2 10 372
Ting. 3 9 390
Ting. 4 12 485
Ting. 5 11 441
Jumlah 55 2138

2.2 Bilangan Guru

        Bilangan guru sedia ada sebanyak 100 orang, iaitu:

2.21 Guru terlatih siswazah           :69 org     

2.2.2 Guru terlatih lepasn diploma:31org

2.2.3 Guru tidak terlatih                :0 org

2.3 Bilangan Staf Sokongan

        Bilangan staf sokongan mengikut kategori:

Kategori Bilangan
N22 1
N17 2
C17 3
N11 2
N1 4
R1 8
Jumlah 20

3. LAPORAN AKADEMIK

3.1 Peratus kelulusan Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2003 seperti berikut:

Mata Pelajaran % kelulusan 2003
Bahasa Malaysia 83.7
Bahasa Inggeris 73.8
Sejarah 79.5
Geografi 89.3
Matematik 97.1
Sains 93.8
Kemahiran Hidup Pil.1 70.3
Kemahiran Hidup Pil.2 65.7
Bahasa Cina 81.7
Pendidikan Islam 50.0

3.3 Bilangan Pelajar Cemerlang PMR 2003

Pelajar Cemerlang Bilangan
8A 6
7A 8

3.4 Peratus kelulusan SPM 2003

Mata Pelajaran % Kelulusan
BAHASA MELAYU 66.7
BAHASA INGGERIS 67.2
PENG. MORAL 55.6
SEJARAH 42.7
MATEMATIK 74.3
SAINS 43.4
PEN.SENI 69.4
PERDAGANGAN 24.5
PRINSIP AKAUN 43.1
BIBLE KNOWLEDGE 100
FIZIK 87.3
KIMIA 76.4
BIOLOGI 87.6
MATEMATIK TAMBAHAN 83.5
BAHASA CINA 95.5
KESUSASTERAN CINA 100

3.5 Bilangan Pelajar Cemerlang SPM 2003

Pelajar Cemerlang Bilangan
10A 4
9A 3
8A 9
7A 4

4. PENCAPAIAN KOKURIKULUM

        Pasukan-pasukan kokurukulum sekolah sentiasa aktif dan sentiasa menunjukkan prestasi yang memberangsangkan. Antaranya, 5 orang ahli pasukan pengakap telah lulus ujian kelayakan dan akan diberi anugerah Pengakap Diraja. Selain itu, Khoo Chee Zhong telah memenangi pingat gangsa acara Wu Shu dalam SUKMA 2004. Tahniah dan syabas diucapkan.

        Selain itu, ahli-ahli pasukan St John Ambulans, Taekwon-do, pasukan pingpong dan sebagainya telah menunujukkan pencapaian yang baik dalam beberapa pertandingan yang dianjurkan pada peringkat daerah atau negeri.

5. PROGRAM UTAMA SEKOLAH

5.1 Hari Sukan Sekolah

        Hari Sukan Sekolah telah diadakan pada 12 Mac 2004 (Jumaat) di padang sekolah. Yang Dipertua PIBG Encik Ngoi Yew Keong telah merasmikan kejohanan sukan tersebut.

5.2 Hari Merentas Desa

        Hari  Merentas Desa telah diadakan pada 12 Mac 2004 (Sabtu). Semua pelajar dari Tingkatan Peralihan hingga Tingkatan 5 mengambil bahagian.

5.2 Hari Pencapaian Sijil

        Hari Pencapaian Sijil sekolah diadakan pada 26 Oktober 2004 (Selasa). Pengerusi Lembaga Pengurus Sekolah, Dato' Wong Chin Chye merasmikan majlis tersebut.

6.KHAS UNTUK PELAJAR TINGKATAN 5

        Sebanyak 441 orang pelajar tinakatan 5 akan menamatkan persekolahan mereka di sekolah ini selepas menduduki peperikasaan SPM pada bulan November /Disember 2004. Mereka terdiri daripada 5 kelas aliran sains dan 6 kelas vokasioal/ kemanusiaan/ sastera.

        Kepada kumpulan pelajar ini, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menduduki peperiksaan dan berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai keputusan yang cemerlang supaya para pelajar dapat melayakkan diri untuk meneruskan pelajaran masing-masing ke tahap tang lebih tinggi.

7. PENGHARGAAN

Akhir kata, saya bagi pihak sekolah, ingin mrakamkan setinggi-ting penghargaan kepada Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah, Lembaga Pengurus Sekolah, PIBG, Persatuan Murid-murid Tua, ibu bapa, guru-guru dan pelajar sekalian atas kerjasama, sokongan padu dan sumbangan yang diberikan selama ini.