Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

BULETIN 2002


Pengenalan ] Organisasi Sekolah ] Laporan Pengetua 2003 ] Homepage Building Crew ] Kokurikulum ] Pencapaian Akademik Tahun 2003 ] [ Buletin Sekolah ] Links ]

SMJK YUK CHOY
SEKOLAH BERTAULIAH MLVK

   SMJK Yuk Choy telah diberi taraf sebagai pusat pentauliahan program Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK) Kementerian Sumber Manusia, mulai tahun 2001

Program ini menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) bidang masakan iaitu Pembantu Penyedia Roti (tahap 1). Pelajar-pelajar yang mengikuti program ini termasuk 25 orang pelajar tingkatan 4 dan 32 orang pelajar tingkatan 5.

    Pengurus Pusar Bertauliah MLVK sekolah ini ialah Kapten Chan Weng Kwai. Pegawai Pengesan Dalaman terdiri daripada Puan Lum Chew Lan dan Puan Siti Khadijah bt. Sayed Jaafar, dengan Pegawai Penilainya Chef Faizal Ng. Program ini mendapat sokongan dan kerjasama daripada Pengetua Sekolah Encik Ong Yew Lee dan Lembaga Pengurus Sekolah.

Sijil Kemahiran Malaysia(SKM) bidang masakan      

seminar vokasional.jpg (128367 bytes)   

Gambar Mengenai SEKOLAH BERTAULIAH MLVK
seminar vokasional1.jpg (24719 bytes)sv 2.jpg (22108 bytes)
sv 4.jpg (17292 bytes)sv 3.jpg (19860 bytes)sv 5.jpg (19927 bytes)
sv 7.jpg (21090 bytes)sv 9.jpg (18847 bytes)sv 8.jpg (18313 bytes)sv 6.jpg (22347 bytes)

Sukan Tahunan 2002 

    Temasya Sukan Tahunan SMJK Yuk Choy Ke-39 telah diadakan pada 23 Mac (Sabtu) di padang sekolah. Temasya sukan ini telah dirasmikan oleh Dato'Wong Chin Chye, DPMP, JP, Pengerusi Lembaga Pengurus SMJK Yuk Choy.

    Pasukan Rumah Merah muncul sebagai johan keseluruhan. Anugerah Olahragawan dimenangi oleh You Joo Wei manakala anugerah olahragawati disandang oleh Chan Fong Yee. Pasukan Pancaragam St. John Ambulans telah menjadi johan dalam acara pertandingan kawat kaki keseluruhan manakala Rumah Biru pula menjuarai kumpulan rumah-rumah sukan dalam acara pertandingan kawat kaki antara rumah-rumah.

Penyampaian Cenderahati kepada Pengerusi Lembaga Pengurus Dato'Wong Chin Chye DPMP, JP

Hari Sukan 3.jpg (23112 bytes)

Anugerah Olahragawan You Joo Wei dan Anugerah Olahragawati Chan Fong Yee

Hari Sukan 5.jpg (28739 bytes)

Gambar semasa Hari Sukan 2002
Hari Sukan 1.jpg (31572 bytes)Hari Sukan.jpg (27512 bytes)
Hari Sukan 2.jpg (21514 bytes)HariSukan 4.jpg (29066 bytes)

Hari Guru 2002

    Sambutan Hari Guru 2002 peringkat sekolah telah diadakan pada 7 Jun 2002 (Jumaat). Tema Hari Guru 2002 berbunyi "Guru Berkualiti Aspirasi Negara". Pelbagai acara sambutan telah diadakan , antaranya termasuklah perhimpunan khas, permainan antara guru dan pelajar, senamrobik beramai-ramai, jamuan, dan persembahan.

 

Jamuan Sambutan Hari Guru

    Majlis makan malam gabungan 4 buah sekolah, iaitu SMJK Yuk Choy, SMJK Perempuan Perak, SJK(C) Yuk Choy, dan SJK(C) Perak sempena Hari Guru 2002. Ia diadakan di Restoran Public Pusing, Ipoh pada 28 Jun 2002. 


Gambar mengenai Hari Guru dan Jamuan sambutan Hari Guru
Hari Guru1.jpg (22238 bytes)HariGuru10.jpg (25494 bytes)
HariGuru4.jpg (19800 bytes)HariGuru11.jpg (22215 bytes)HariGuru7.jpg (20980 bytes)HariGuru9.jpg (21875 bytes)HariGuru8.jpg (27700 bytes)

HariGuru2.jpg (19661 bytes)HariGuru3.jpg (22088 bytes)HariGuru5.jpg (20518 bytes)HariGuru 6.jpg (20456 bytes)

Guru-guru Bersara 2002

Encik Goh Tiang Boo
   
     Encik Goh mula berkhidmat di sekolah SMJK Yuk Choy pada 16 Januari 1996. Beliau ditukarkan  ke sekolah ini sebagai guru kanan, kemudian dilantik sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid. Beliau bersara pada 19 Januari 2002.

Encik Bernard Chew
      
  Encik Bernard mula berkhidmat di sekolah ini pada 1 April 1994. Beliau bertugas sebagai Ketua guru disiplin sesi petang. Beliau bersara pada 25 Oktober 2002.

Any Enquiries,Contact the Webmaster
joshuatj@gmail.com or tkichong@hotmail.com


Pengenalan ] Organisasi Sekolah ] Laporan Pengetua 2003 ] Homepage Building Crew ] Kokurikulum ] Pencapaian Akademik Tahun 2003 ] [ Buletin Sekolah ] Links ]
[TOP]