Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
Berdasarkan kuliah kursus 
BBK 3402 Penulisan Puisi & Cereka
Fakulti Bahasa Moden & Komunikasi, Universiti Putra Malaysia.
BBK 3402
PENULISAN PUISI & CEREKA
Definisi Kesusasteraan

7 aspek sastera:
S –   susastera (Sanskrit): karya kreatif yang indah; seni kreatif; memperlihatkan kreativiti
  A –   akaliah: akal; ada unsur ilmu pengajaran; pemikiran untuk disuguhkan 
kepada khalayak.
S –   sensitiviti: kebolehan menyentuh perasaan; ‘sensory’; stilistik yang sesuai
T –   tersurat dan tersirat: makna dalam pemilihan diksi kerana bahasa yang 
baik menggambarkan pemikiran yang baik; tersurat  yang di luar 
tergambar yang tersirat
E –   estetika: unsur-unsur keindahan bahasa; gaya bahasa
R–   realiti kehidupan: cerminan masyarakat; gambaran masyarakat
A–   alternatif: saluran lain untuk melahirkan apa yang terbuku di hati.

Sesebuah karya yang benar-benar betul maksudnya hanya boleh dinyatakan maksudnya oleh penulis sendiri; penganalisis hanya boleh meneka-neka sahaja.

Kreativiti – kebolehan menyalurkan sebahagian daripada pengalaman lalu yang rencam dan menterjemah dalam bentuk yang baru. Pengalaman yang ditampilkan itu mungkin biasa, tetap baru dalam konteks penyampaian dan pemaparan.  Kreativiti dimiliki setiap orang hanya dipengaruhi oleh ruang, peluang, latihan dan kecerdasan yang ada.  Latihan berterusan membolehkan matlamat untuk memajukan atau membangunkan bakat dan pengalaman yang dimiliki juga turut menampakkan kesannya.  Bakat kreatif dapat disuburluaskan melalui pelbagai proses dan cara tertentu; dari mudah kepada yang kompleks.

Kreatif – berani berubah membawa sesuatu yang lama dalam bentuk yang baru dalam batasan dan peraturan yang dibenarkan. 

Jenis-jenis Sajak

a. Distikon: 
      • 2 baris; sajak 2 seuntai
      • Distikon (Greek: 2 baris)
      • Rima –  aa
                –  bb

b. Terzina:   • 3 seuntai
     • Terzina (Itali: 3 irama)

c. Quatrain:  • 4 seuntai
    • Quatrain (Perancis: 4 baris)
    • Pada asalnya ada 4 rangkap
    • Dipelopori di Malaysia oleh Mahsuri S.N.

d. Quint:   • 5 seuntai
   • Pada asalnya, rima Quint adalah /aaaaa/ tetapi kini 5 baris dalam serangkap diterima umum sebagai 
     Quint (perubahan ini dikatakan berpunca dari kesukaran penyair untuk membina rima 
     /aaaaa/

e. Sextet:  • 6 seuntai
   • sextet (latin: 6 baris)
   • Dikenali sebagai ‘terzina ganda dua’
   • Rima akhir bebas

f. Septima:  • 7 seuntai
   • septime (Latin: 7 baris)
   • Rima akhir bebas

g. Oktaf:    • 8 seuntai
   • Oktaf (Latin: 8 baris)
   • Dikenali sebagai ‘double Quatrain’

h. Sonata:   • 14 baris (4, 4, 3, 3)
   • 4 rangkap:   R1 – 4 baris
                      R2 – 4 baris
                      R3 – 3 baris
                      R4 – 3 baris

Pemikiran Dalam Sajak

Pemikiran penulis adalah berbeza. Terdapat 7 jenis pemikiran dalam sajak iaitu:
 • Oda / ode
 • Hymme
 • Elegi
 • Epigram
 • Satira
 • Balada
 • Romantis (Ramanas)

a. Oda: – Odeum (Latin): berupa nyanyian, pujian atau pujaan terhadap manusia, alam, peristiwa, tempat, 
   cara bersemangat, meluap-luap, melonjak; sanjungan 
b. Hymme – hymnos ( Greek): Sajak tentang keagamaan / ketuhanan
c. Elegi – Elegos (Latin), bernama pilu, kesedihan; rintihan atau ratapan terhadap seseorang yang dicintai, 
   peperangan, tragedi yang memilukan, kelukaan hati
d. Epigram – Epigramma (Greek); unsur pengajaran; didaktik; nasihat membawa ke arah kebenaran untuk 
   dijadikan pedoman, ikhtibar; ada teladan.
e. Satira – Satura (Latin) ; sindiran ; kecaman tajam terhadap sesuatu fenomena; tidak puas hati satu 
   golongan (ke atas pemimpin yang pura-pura, rasuah, zalim etc)
f. Balada – pengkisahan; kisah tentang sesuatu peristiwa, sesuatu hal, kehidupan, dan disampaikan secara 
   mudah, bersifat dramatik dan ada unsur perasaan; panjang kerana berbentuk pengkisahan.
g. Romantis – Romantique (Perancis); keindahan perasaan; persoalan kasih sayang, rindu dendam, serta 
   kasih mesra

Proses Penciptaan Sajak Berdasarkan Tokoh Penyair

 A. Wahab Ali
 Dharmawijaya
 Kemala

a.  A. Wahab Ali

 • Bertitik tolak dari peristiwa-peristiwa sebenar yang dilihat; dijadikan sebagai elemen menghasilkan karya. 
   Karya tidak lahir tanpa sebab (bukan kekosongan). 

Contoh:
  ‘Berlainan’ (kisah persengketaan A. Wahab Ali dan Guru Besar sewaktu beliau bertugas.  Walaupun pengalaman itu bersifat peribadi tetapi berunsur sindiran).
  ‘Sebuah Kenangan Abadi’ (kisah kemalangan anak murid yang disayangi)

Sesuatu pengalaman itu perlu dirakamkan untuk kesan kesedaran.  Pengalaman – didikan:
• terdidik dalam keluarga yang mengutamakan agama
• latar kehidupan
• tradisi

Fokus A. Wahab Ali: keinsafan, kesedaran, protes secara berterus terang; pengalaman sebagai sumber karya.

b.   Dharmawijaya

 • Berkarya berdasarkan pengalaman dan latar belakang
 • tema: simpati, haru ('Cinta Syang Di Sawah Ladang')
            banyak menggunakan unsur alam
            dikenali sebagai penyair alam kerana penggunaan unsur-unsur alam yang banyak dalam sajak
            tendensi:  puisi yang puitis, indah dengan mesej lembut
            cuba meluahkan rasa melalui puisi

c.   Kemala

 • Berkarya ketika perasaan dan pemikirannya sedang memuncak; bertitik tolak 
  dari pemerhatian sekeliling atau persekitaran
  Contoh:
  ‘Sayang Akmar’ (peristiwa menanti kelahiran anaknya yang pertama) 
  ‘Air Mata Maria’ (peristiwa cinta kepada isteri)
  ‘Wad 10, Katil 14’ (penderitaan seorang lelaki kudung beranak ramai) 
  ‘Teluk Gong’ (protes terhadap pihak berkuasa)

Sensitiviti terhadap kemanusiaan dan persekitaran merupakan katalis pengkaryaan

Menurut Danziger, proses penciptaan mengalami imitasi, efektif dan ekspresi atau sebahagian sahaja.

Bahasa Dalam Puisi

a. Sifat Bahasa Dalam Puisi
   Sifat istimewa puisi: eksploitasi kosa kata; kekuatan pilih diksi; padat 
   maknanya (meskipun katanya sedikit).
   Lambang-lambang / noktah/ susunan/ visual adalah sebahagian daripada 
   bahasa dalam puisi.
   Penggunaan seluruh elemen bahasa secara bebas dengan syarat dapat 
   mengungkapkan maksud.
   Sifat bahasa dalam puisi adalah subjektif (tafsiran makna penuls dengan 
   orang lain adalah berbeza).
   Segala unsur bunyi dan erti yang berlapis diterima.
   Unsur estetika adalah untuk kesan keindahan (pada emosi kerana kesan 
   emosi adalah prasyarat dalam karya yang berjaya.
   Kesan emosi berkait rapat dengan maksud penyair.

b. Ciri Bahasa Dalam Puisi: • subjektif
• emosi
• menggambarkan

c. Pendapat: ‘Setiap bunyi bahasa ada makna tertentu dan ada pelbagai tafsiran’ – Lufti Abas, Keindahan 
   Dalam Ragam-ragam Bahasa.

d. Tafsiran Huruf Dalam Puisi Berdasarkan Pendapat Lufti Abas 
•  Plosif (letupan); lafaz bunyi dihentikan tiba-tiba, kemudian diteruskan 
   dengan cepat: kepercayaan diri yang kuat, kelucuan. Contoh: pekak, tekad, 
   pekat, terbatuk-batuk
•  Afrikat (letusan); lafaz bunyi dihentikan tiba-tiba, kemudian diteruskan 
   lambat-lambat. Contoh: penderitaan kezaliman, cerca, jerjak, jeriji, camca
•  Frikatif (geseran); gangguan kecil lafazan: gangguan kecil dalam perjalanan 
   hidup; sesuatu yang tidak baik yang menimpa seseorang.
• Lateral (sisian); udara keluar dari sisi: Contoh: huruf l. Makna 
   simbolik:perjuangan  sederhana kehidupan. Contoh: lalang
• Trill (getaran); getaran banyak di hujung lidah. Contoh: huruf r. Makna 
   simbolik: perjuangan berat kehidupan. Contoh: berakit
• Nasal (sengau); bunyi disengaukan. Contoh: m,n,ny,ng. Makna: kematian, 
   kesedihan. Contoh, mati, tenun, nyenyak, ngiang, tangis.
• Semi vokal; gangguan minimum lafazan. Contoh: w,y.  Makna simbolik: 
  kegembiraan. Contoh: wayang.
• vokal; gangguan sangat minimum. Contoh: i, e,e, a, o, u. Makna simbolik: 
  berkaitan dengan perasaan ekstrem. Contoh: ketawa.

e. Tafsiran huruf Vokal dan Konsonan Dalam Puisi Berdasarkan Pendapat Aldan (dan Randolf Steiner) 
   1950
Vokal:
 i – keakuan
 e – pelepasan diri
 a – cinta
 o – masuk dalam kehidupan di dunia
 u – ketakutan

Konsonan:
 p – keindahan dan kebanggaan
 b – bersifat melindungi 
t – pengetahuan
d – sifat menenangkan
k – sifat memotong
q – keyakinan akan diri sendiri
c/z – keseimbangan atau sifat menarik ke atas
f – keintelektualan
v – kedinamikan
s – sifat membunuh
h – pembebasan diri
l – sifat terus membaharui diri
m – masuk dalam kehidupan di dunia
n – sentuhan (tanpa mendapatkannya)
w – permulaan 

Bahasa Puisi

Keindahan dalam bahasa puisi terletak pada pemilihan diksi yang bergantung kepada 2 hal:

Kata mana yang dipakai untuk menyampaikan sesuatu gagasan, bagaimana membentuk pengelompokan kata-kata atau menggunakan kata-kata dengan tepat dan gaya mana yang lebih baik.

Menemukan bentuk-bentuk yang sesuai dengan situasi dan nilai rasa yang dimiliki oleh kelompok khalayak; bagaimana penerimaan khalayak.

Ketelitian pemilihan kata sejajar dan tidak pula boleh ditukar ganti secara sewenang-wenang.  Setiap diksi ada makna tersirat dan tersurat berdasarkan hierarki diksi itu. 

Contoh:

 •   derita lebih kuat kesan emosi daripada susah
 •   gelita ebih kuat kesan emosi daripada gelap

Kesan Emosi (Nilai Rasa)

Bahasa puisi memerlukan nilai rasa.  Oleh itu, perlu kewajaran untuk menyarankan kehalusan serta kekuatan tanggapan deria pendengar dan penglihatan.

Tenggelam darah dalam nanah
malam kelam membelam
 jalan kaku-lurus. Putus 

Terbenam
Hilang
Lumpuh
Berderak
Roboh
Runtuh
  (Chairil Anwar)

Kata-kata pada contoh di atas menimbulkan kesan penglihatan yang begitu ngeri dan menakutkan.  Kesan ini diperkuat oleh kesan pendengaran daripada kata-kata berderak, roboh, runtuh yang urutan situasinya menuju klimaks.

Pemilihan serta penyusunan kata-kata yang dilakukan itu pula akan dapat menemukan perkaitan atau pertalian pemikiran dengan pemikiran lain.  Contoh: 

Di jalan simpang kita terpisah
Gubahan bunga gementar di tangan
Dan sambil kita berpandangan
Jatuh rangkaian, dua terbelah…

Sajak ini kuat menimbulkan gambaran dan kenangan kepada jalan bersimpang.  Persimpangan itu menimbulkan perkaitan fikiran dengan peristiwa perpisahan yang turut dikaitkan dengan khalayaknya.

Gementar –   terharu, sedih, bimbang dan hampir terlucut (sesuai dengan pernyataan 
  perpisahan)

Simpang dan gementar identik dengan kesedihan saling melengkapi untuk memperkasa kesan kesedihan. Ini bertepatan dengan prinsip puisi yakni berbicara sebanyak mungkin dalam kata-kata sedikit mungkin dan ‘puisi tidak menerangkan tetapi menggambarkan’.
 

 

© 2001 Witer Gunik 


Utama | Biodata  | Album  |  Kertas kerja  |  Nota kursus | Buku Tetamu | Karya Kreatif