Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Selamat Hari Raya    
§ Salam Lebaran Khas Buat Mu… §

Assalammualaikum…
Khas Buat Saudara Yusman

Apa khabar Yus di sana? (ehem… macam tak leh sms gitu kan nak tanya khabar? Heee… saja jer tu… nak buat intro katakan… heee… okay… nak serius nie…) Lisa doakan agar Yus berada di dalam situasi yang menyenangkan dan senantiasa sihat di samping keluarga yang tersayang.

Terlebih dahulu Lisa ingin meminta maaf seandainya di sepanjang perjalanan persahabatan yang terjalin ini Lisa pernah dan ada menyinggung perasaan Yus dari terkasar bahasa ataupun kelakuan yang tidak disengajakan lebih-lebih lagi bila dah timbul bab sakat-menyakat nie kan. Tapi apa yang pasti ialah Lisa amat menghargai tali persahabatan ini dan insya-Allah Lisa doakan agar ianya berkekalan meskipun kita saling sibuk di dalam tugas seharian. Tapi macam mana sibuk sekali pun, kesihatan jangan diabaikan. Itu yang paling penting.

Macam mana dengan persiapan Raya tahun nie? (Jangan lupa tau pergi Geylang… lampu-lampu dia nampak grand tahun nie… heee…) Lisa harap dan doakan agar semuanya berjalan dengan lancar.

Akhir kata dari Lisa, selamat menyambut ketibaan Syawal yang bakal menjelang… semoga Syawal pada tahun ini lebih bermakna dan diberkati dengan limpahan rezeki yang berlipat-ganda buat Yus serta keluarga.

Salam manis,
Lisa Wan

Di atas kertas ku coretkan
kata-kata indah buat tatapan
bersama iringan doa yang berpanjangan
di muka pintu sesuci Lebaran
Walaupun tiada khabar yang ku kirimkan
mahupun jarang sekali pesanan yang ku tinggalkan
namun tidak bererti dirimu luput dari ingatan
malah masih segar di benak fikiran
setiap kenangan dan senda gurauan
yang menjadi lukisan di dalam kehidupan
sempena sesuci Al-Mubarak yang bakal diraikan
ku susun sepuluh jari memohon keampunan
di atas terjadinya kesilapan dan kesalahan
dari pertuturan kata mahupun kelakuan
yang secara tidak sengaja diperlakukan
menyinggung perasaaan tanpa disedarkan
oleh itu sekali lagi ku mohon kemaafan
semoga di hari yang mulia dan berbahagia ini
doakan ku agar dirimu senantiasa dilindungi
dan diberkati dengan limpahan rezeki
ceria di samping keluarga yang disayangi
gembira di samping teman-teman yang dikasihi
Yang pasti senyum selalu dan jaga diri…
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Anything, mail to Me!!!

Copyright 2003 Lisa Wan & copy All Rights Reserved