Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
Selamat Hari Raya    
§ Salam Lebaran Khas Buat Mu… §

Assalammualaikum…

Khas Buat Saudara Ross Hatninindra,

Apa khabar Ross di sana? Lisa doakan agar Ross berada di dalam situasi yang menyenangkan dan senantiasa sihat di samping keluarga tersayang.

Terlebih dahulu Lisa ingin meminta maaf seandainya di sepanjang persahabatan yang terjalin ini Lisa pernah dan ada menyinggung perasaan Ross dari terkasar bahasa ataupun kelakuan yang tidak disengajakan. Apa yang dapat Lisa katakan ialah Lisa amat menghargai tali persahabatan ini dan insya-Allah Lisa doakan agar ianya berkekalan meskipun kita saling sibuk di dalam tugas seharian. Tapi macam mana sibuk sekali pun, kesihatan jangan diabaikan. Itu yang paling penting.

So, macam mana dengan persiapan Raya tahun nie? Lisa harap semuanya berjalan dengan lancar.

Akhir kata dari Lisa, selamat menyambut ketibaan Syawal yang bakal menjelang… semoga Syawal pada tahun ini lebih bermakna dan diberkati dengan limpahan rezeki yang berlipat-ganda buat Ross serta keluarga.

Salam manis,
Lisa Wan

Di atas kertas ku coretkan
kata-kata indah buat tatapan
bersama iringan doa yang berpanjangan
di muka pintu sesuci Lebaran
Walaupun tiada khabar yang ku kirimkan
mahupun jarang sekali pesanan yang ku tinggalkan
namun tidak bererti dirimu luput dari ingatan
malah masih segar di benak fikiran
setiap kenangan dan senda gurauan
yang menjadi lukisan di dalam kehidupan
sempena sesuci Al-Mubarak yang bakal diraikan
ku susun sepuluh jari memohon keampunan
di atas terjadinya kesilapan dan kesalahan
dari pertuturan kata mahupun kelakuan
yang secara tidak sengaja diperlakukan
menyinggung perasaaan tanpa disedarkan
oleh itu sekali lagi ku mohon kemaafan
semoga di hari yang mulia dan berbahagia ini
doakan ku agar dirimu senantiasa dilindungi
dan diberkati dengan limpahan rezeki
ceria di samping keluarga yang disayangi
gembira di samping teman-teman yang dikasihi
Yang pasti senyum selalu dan jaga diri…
Selamat Hari Raya Aidilfitri

Anything, Drop me an Email!

Copyright 2003 Lisa Wan & copy All Rights Reserved