Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
journal


Ahad 050103

4.24 pm:

first day skolah. aku bangun awal gile pagi ni. itu pun sebab sepanjang malam taleh nak tido. bayangkan je laa.. masuk tido kol 10.30 mlm camtu. pastu aku terjaga kol 12.30 pagi. pandang dinding ngan siling bilik sampai 1 pagi. pastu aku bukak lampu meja, baca buku Love Stories & Girls' Night In sampai kol 3 pagi. sambung ngadap dinding ngan siling bilik sampai kol 5. pastu baru leh tido. perghh.. apasal aku jadi camtu aa? masa nak naik form 4 tahun lepas pun jadi gitu. masa form 3 takde lak. hish, penyakit sungguh.

sesampai skolah, terjumpa dalila kat depan class. pastu jumpa ina, mardiana dan yang lain kat depan class 5 ino. aku masuk class, erma ajak duduk seblah dia. aku cuak la. sebelum ni ina ngan mardiana ajak aku dok sama diorang. dah ni sorang lagi ajak, aku rasa cam nak dok atas karpet class tu je. tapi sebab dah janji ngan ina awal-awal lagi, aku pun dok seblah dia. okay gak aa tempat kitorang tu. row kedua terakhir, tepi tingkap. kalau aku pandang kanan, nampak lab computer, makmal, kantin ngan log cabin. angin lak sepoi-sepoi bahasa. memang sah tempat tu jadi sarang tempat aku tido nanti. hehehe.

lepas assembly kat auditorium, sume orang kena spotcheck. psycho gile. ada ke buat spotcheck masa first day skolah? aku memang kena aa. kuku okay, subang ngan rantai tak pakai, kasut okay. tapi slack tak pakai kain dalam. ciss. kan nama aku dah kena amik. takpe, takpe. bila masuk class, junaidy datang. cakap tahniah ape. pastu bitau yang hairi kensalam. junaidy cite, hairi skang ni ada 4 makwe. pehh. 4 sioot. dulu masa kat sini jangan harap nak tengok budak tu bermakwe. mana tak? asyik kena kutuk/perli je. bila dah pindah kl, jadi playboy pulak. hahahaha. sukati ko la hairi. jangan usik aku sudah.

guru class kitorang, ustaz abu hassan yang baru masuk. cara dia dressing tak macam ustaz lansung. slalunya kalau ustaz mesti pakai kopiah @ songkok kan? ini tidak. haprak takde mende pun atas kepala dia. ada kengkawan yang tak caya tu ustaz. hahahaha. sukati korang la. ustaz tu okay gak aa. selamber bodo je. harap-harap time dia ngajo pend islam karang okay la jugak. kang tak pepasal je dosa aku tambah dok kutuk dia. :P

time rehat aku tak kuar lansung. malas doh. aku lepak dalam kelas, borak dengan hazirah hani, haslinda, siau huey ngan rabiatul. tetibe nazmi panggil aku. borak dengan dia. dia tanya, okay tak dok class ino ape sume. aku jawab bodo-bodo je. malas nak layan banyak-banyak. lagipun aku ni kan pemalu orangnyee. ceh, cam siot je. dalam kol 11.30 pagi iaitu habis recess, aku landing atas meja : tido. hehehe. bagus tol. tak sampai sehari dah tido dalam kelas. ina kejut aku masa cikgu hasmah (bahasa inggeris) masuk. masa tu cikgu tengah membebel pasal apa ntah. lepas cikgu keluar, cikgu azizah (bahasa melayu) lak masuk. cikgu azizah membebel gak. tapi dia bebel best. tak boring lansung, berbanding dengan cikgu hasmah. dia keluar class 20 minit awal. pida, ina ngan hanis kutuk cikgu azizah sebab merapu entah ape-ape. aku dok tepi, sengih dalam diam. sebenarnya aku tak berapa setuju dengan diorang sebab cikgu azizah membebel benda yang penting. hmmph, entah la. lain orang lain pendapat.

tepat kol 2.35 petang, aku capai beg dan terus kuar class. gi cari kereta mama kat porch sekolah. nampak kereta satria kelabu, terus masuk. sampai rumah aku, ika ngan mama lunch. dalam kol 3 suku kot, mama gi ofis balik. dan skarang ni tinggal aku ngan ika je kat rumah. nak tido, mama tak kasi sebab takut kitorang tak leh tido malam. hehehe. itu biasa laa. so untuk menghilang kan boring, aku type le benda-benda ni. aku ingat nak start tulis journal balik bila lepas spm. tapi entah aa. stakat sikit-sikit ni pun okay la. aku tulis offline je la. lepas spm aku upload kan. itu pun kalau rajin..



klik // urs truly // journal // frens // skul // pics // links // guestbook



© Sume benda dalam webby ni strictly hak milik aku. Kalau ko nak amik apa-apa, inform aku dulu kat dizzyfin@hotmail.com