KEMPEN BUDI BAHASA
Kempen Budi Bahasa Budaya kita perlu disambut dan dilaksanakan Dengan bersungguh-sungguh . Bermula dari kempen , ia perlu dibudayakan secara berterusan dan seterusnya dijadikan sebagai warisan yang hidup kembali malah seharusnya menjadi darah daging masyarakat kita.
Selanjutnya, pertuturan yang penuh budi bahasa , disulami dengan senyuman dan diiringi dengan raut wajah yang ceria perlu disambut dan dibalas dengan budi bahasa juga. Sebaliknya, jangan memperlecehkan atau menganggap orang yang berbudi bahasa itu kecil dan lemah.
Bersikap tidak memperdulikan atau memandang “kecil” pada mereka yang menegur dengan sopan semata-mata kerana menjaga air muka sendiri dan nama baik, hanya akan menjelaskan ketidakmatangan dan sikap yang tidak bijaksana . Keadaan ini berlaku lazimnya apabila keangkuhan telah menguasai diri. Rentetan itu, akan terbitnya di hari, ibarat menyiram air daun keladi.
Budi bahasa juga cerminan budaya. Budi bahasa yang elok mencerminkan kebudayaan yang indah yang diamalkan oleh sesebuah masyarakat. Budaya diterbitkan oleh kebijaksanaan , maka budaya sesuatu bangsa melambangkan sebahagian daripada peradaban orang Melayu yang sifatnya sangat indah.
Bukan sahaja untuk dilihat, malah untuk kita semua menjadi sebahagian daripadanya.Budi bahasa mempunyai peranan yang sangat penting dalam memelihara tamadun bangsa yang dibina. Mungkin ada benarnya pendapat sesetengah ahli masyarakat bahawa kewujudan kempen adalah kerana tanda-tanda peradaban yang mula goyah.
Ribut taufan dan gempa bumi adalah faktor yang menghancurkan peradaban dari segi aspek fizikalnya, namun bangsa yang jiwanya penuh peradaban mampu membina semula kehancuran ini.
Akan tetapi apabila satu-satu bangsa sudah tidak memiliki elemen ini, maka hancurlah sesuatu peradaban yang akan berlaku ssehingga ke akar umbi.