Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SYED OMAR

05350 ALOR SETAR, KEDAH DARUL AMAN


 

SEJARAH SEKOLAH

 

Sekolah ini ditubuhkan pada 10 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Derga, sempena sekolah yang ditumpang iaitu Sekolah Kebangsaan Derga. Pelajar ketika itu berjumlah 339 oang dan guru seramai 16 orang. Pada tahun 1966, pelajar tingkatan satu menumpang di Sekolah Kebangsaan Derga dan pelajar tingkatan 2 menumpang di Sekolah Kebangsaan Kancut. Pada tahun 1968, berpindah ke tapak sekarang dengan nama Sekolah Menengah Jalan Day (lelaki). Pada tahun 1968–1972, Sekolah Kebangsaan Inggeris Darulaman menumpang di sekolah ini pada sebelah petang.

Pada 20 Februari 1969 ,terpahat nama Sekolah Menengah Dato Syed Omar  bersempena dengan nama Menteri Besar Kedah yang pertama. Pada tahun 1971 ,bangunan tambahan untuk Sains Tulen ,Perpustakaan dan Bengkel  Seni Perusahaan didirikan .Tahun 1972,pelajar perempuan tingkatan 4 pertama kali diterima, mula menerima pelajar Yayasan Sabah/Sarawak dan dibuka  kelas Tingkatan 6 Sastera.

Pada 30 April 1972, perasmian disempurnakan  oleh YAB Dato Syed Ahmad Shahabuddin Al-Haj dan asrama lelaki siap dibina. Pada tahun 1980 surau berharga RM53000 tersergam indah. Pada tahun 1995, asrama puteri mula menerima penghuni dan bangunan Tingkatan 6 siap dibina.

 


 

TOKOH SEKOLAH

YAB.  DATO’ SYED OMAR  BIN  SYED SHAHABUDIN

(DATO’  SERI MAHA WANGSA)

 

Dato’ Syed Omar Shahbudin dilahirkan di Alor setar pada tanggal 6 Julai 1902. Beliau mendapat pendidikan di Penang Free School, Pulau Pinang dan melanjutkan prlajaran di Universiti Hong Kong. Beliau telah berkahwin dengan YTM Datin Tunku Aminah binti Al Marhum Sultan Abdul Hamid dan dikurniakan seramai 13 orang anak.

Pada 12 Jun 1929, beliau mula berkhidmat sebagai Pegawai Tadbir Negeri di dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Pada 17 November 1954 mula menceburi di bidang politik.

Beliau juga pernah memegang beberapa  jawatan  penting seperti Ketua Perhubungan UMNO Negeri Kedah, Ketua Perikatan Negeri Kedah, Pengerusi Kedah State Alliance, Pengerusi Aminah English School dan Presiden UMNO Kedah.

Perlantikan beliau sebagai Menteri Besar Kedah yang ketiga pada 24 Mei 1959 oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah dibuat selepas pilihan raya tahun berkenaan. Dalam tahun 1964, beliau berjaya mengetuai Parti Perikatan  memenangi semua kerusi dalam Dewan Undangan Negeri. Jawatan Menteri Besar terus disandang oleh beliau sehingga beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Sewaktu pentadbiran, Allahyarham Dato Syed Omar telah melaksanakan projek Rancangan Pengairan Sungai Muda yang menelan belanja sebanyak lebih daripada RM200 juta. Beberapa jalan raya telah dibina seperti dari Alor Setar ke Perlis. Dalam usaha meninggikan taraf ekonomi bumiputera, beliau telah berjaya menubuhkan Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah.

Beliau telah menghembus nafasnya yang terakhir pada 7 Disember 1967. Sepanjang beliau bertugas beberapa anugerah telah diterima seperti gelaran Dato Seri Mahawangsa oleh KDYMM Tuanku Sultan Kedah pada tahun 1959, bintang kebesaran Panglima Mangku Negara (PMN) oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada tahun 1958 dan bintang kebesaran Seri Paduka Mahkota Kedah (SPMK) oleh DYMM Tuanku Sultan Kedah pada tahun 1964.

 

 


FALSAFAH SEKOLAH

 

P

elajar-pelajar SMKDSO adalah berpotensi untuk berkembang maju dari segi inteleknya, kami guru-guru berkewajipan untuk berusaha sedaya upaya memberi peluang yang seluas-luasnya kepada mereka untuk mengembangkan inteleknya bagi melahirkan manusia berilmu dan bertakwa mengenal diri, patuh dan bertanggungjawab.

 

SENARAI PENGETUA

1965 - 1966 

:

Encik Salleh bin Ibrahim

(Guru Besar Sekolah Kebangsaan Derga)

1966 - 1967

:

Encik Zainal Abidin bin Hj Zakaria

1967 - 1969

:

Encik Jamal Din bin Najar Din

1969 - 1971

:

Encik Ahmad bin Dahaman (P)

1972 - 1978

:

Tuan Syed Ibrahim bin Syed Ahmad

1978

:

Encik Zakaria bin Long (P)

1978

:

Encik Abdul Wahab bin Abd Ghani

1979 - 1980

:

Encik Zakaria bin Long

1981 - 1982

:

Encik Ahmad bin Othman

1983

:

Puan Noraini binti Mahmud

1983

:

Encik Radzi bin Haji Hamid

1983 - 1986

:

Encik Abdul Manaf bin Ahmad

1986 - 1988

:

Tuan Haji Hassan bin Hashim

1988 – 1990

:

Puan Embun binti Ali

1990 – 1992

:

Encik Shuib bin Husain, BCK

1992 - 1994

:

Tuan Hj.Zakaria bin Hj Ismail BCK

1995 - 1999

:

Tuan Hj Ismail bin Hj Din

1999 - Sekarang

:

Puan Siti Aishah binti Jasin

 

               


 
BENDERA SEKOLAH
 

 

 

 

 

 

 

 

Tiga warna yang terdapat pada bendera  SMKDSO ialah warna kuning dan merah yang melambangkan semangat jitu yang melandaskan cita-cita Rukunegara untuk mencapai keharmonian hidup.

 

Merah

:

Semangat dan keazaman yang membara.

 

Kuning

:

Cita-cita yang mulia, darjat yang tinggi serta disanjung dan kejayaan yang dicapai.

 

Biru

:

Bahagia, harmoni dan aman sejatera.

 

 

MOTO DAN LENCANA SEKOLAH

        Moto Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar ialah “Menuju Kemajuan”. Ianya didasarkan daripada pengertian “Simbol buku” yang bermaksud “buku” yang menjadi  alat yang penting sera amat perlu untuk mendapat ilmu pengetahuan.

        Simbol buku  tersebut  dalam belahan sfera (bumi) yang luas semesta alam, membawa maksud  betapa jauhnya jalan dan  luasnya bidang untuk menuju kepada kejayaan. Di atas belahan sfera itu dilengkungi oleh sfera gerigi  roda yang berlanmbangkan  kemajuan sains  dan teknologi serta semangat yang tinggi dalam menempuh liku-liku hidup.

        Sang Kancil pula membawa pengertian atau labang kecerdikan dan kebijaksanaan seseorang yang berilmu. Inilah yang diharapkan kepada setiap pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Syed Omar.

 


 

LAGU SEKOLAH

 

BAKTI JASA

 

Kami semua pelajar,

Sekolah Dato' Syed Omar

Bertekun dan berusaha,

Mendukung segala cita,

Kami harapan pertiwi

Sanggup sedia berbakti

Tunaikan segaja janji,

Dengan cekal dan berani.

 

Bersatu bergading bahu,

Kukuhkan semangat waja

Menjadi hasrat bersama,

Mendaulatkan nusa bangsa.

 

Pencipta: Encik Murt bin Zain

 

Mari bersatu tenaga,

Taburkan bakti jasa,

Membina hidup mulia

Bersendi Rukunnegara.

 

 

 


 

ETEKA PELAJAR

v       Menepati Masa Setiap Ketika

v       Tekun Belajar Setiap Masa

v       Bersopan Santun Berbudi Bahasa

v       Mentaati Guru, Ibu Bapa  Dan Agama

v       Menjaga Nama Baik Sekolah Kita

MATLAMAT SEKOLAH

Ke arah kecemerlangan  pelajar.

v       Berilmu Pengetahuan

v       Berakhlak mulia

v       Berketrampilan

 

 


PERINGKAT PERSEKOLAHAN

 

1.        Menengah Rendah

a.        Tingkatan Satu, Dua, dan Tiga

v       Kelas Biasa

v       Kelas Sukan

v       Aliran Agama

2.        Menengah Atas

a.        Tingkatan  Empat dan Lima

v       Aliran Sains

v       Aliran Sastera

v       Aliran Agama

v       Reka Cipta (1996)

3.        Pra Universiti

v       Aliran Sastera

v       Kelas Perakuan

v       Aliran Sains


 HOME