Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO' SYED OMAR

05350 ALOR SETAR, KEDAH

Program Menaiktaraf Pusat Sumber Sekolah

Pusat sumber penting sebagai nadi ilmu.Oleh itu , program telah dirancang untuk meninggatkan taraf pusat sumber sekolah. Menjadi kepentingan ini , pihak sekolah telah memutuskan peruntukan khas bagi menaik taraf pusat sumber sekolah.

Dalam usaha untuk menggalakkan warga sekolah menggunakan perpustakaan secara maksimum.Usaha telah diadakan untuk mewujudkan suasana yang kondusif.Unit ini telah dilengkapi dengan pelbagai kemudahan yang dapat memenuhi keperluan semua lapisan masyarakat sekolah.Kemudahan penghawa dingin disediakan supaya pengguna berasa selesa dan nyaman.Rak–rak buku ditambah dan dibaikpulih.Meja-meja dilengkapi cermin agar maklumat dapat disebarkan secara lebih meluas.Perpustakaan juga dilengkapi dengan dua unit komputer untuk melaksanakan Program Automasi.Langkah ini merupakan satu langkah pertama ke arah pengwujudan pusat sumber digital.

Sebuah bilik khas dijadikan sebagai bilik komputer untuk mengaplikasikan sistem pembelajaran dan pengajaran berkomputer ( ICT )Peranan dan penglibatan PIBG dihargai kerana sumbangan badan ini dari segi kewangan.Keperihatinan ibu bapa dan masyarakat luar dalam usaha ini merupakan satu sumbangan yang tidak ternilai harganya.Setakat ini terdapat sebanyak lima unit komputerdan sebuah televisyen.Penggunaan CD Rom Interaktif mewujudkan suasana pembelajaran dan pengajaran yang memberangsangkan.

Teknologi pendidikan sangat penting dalam proses pembelajaran dan pengajaran.Menyedari hakikat ini , bilik tayangan juga telah dinaiktarafkan.Bilik tersebut telah dibekalkan alat–alat auto visnal seperti televisyen , projekter overhead , radio kaset , perakam video dan sebagainya.

Penggunaan Alat Bantuan Mengajar dalam pembelajaran dalam pengajaran penting dalam meningkatkan mutu pembejaran dan pengajaran , disamping mewujudkan suasana belajar yang menyerokkan. Sehubungan itu , bilik citra maklumat juga dinaiktarafkan. Rak–rak buku , carta , model, relea , dan sebagainya telah ditambah. Guru-guru telah memainkan peranan dalam menghasilkan dan menyumbangkan alat bantuan mengajar ini.

Program menaiktaraf pusat sumber sekolah sangat penting dan sesuai dengan taraf Sekolah Lima Bintang dan menjadi johan Pusat Sumber Cemerlang peringkat Negeri Kedah. Kepentngan projek ini adalah untuk memberikan manfaat kepada guru–guru dan pelajar-pelajar melahirkan warga negara yang seimbang dari segi emosi , jasmani , rohani dan intelek.