Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
RAM
 
RAM ( Random Access Memory)

Suatu ketika dulu, iklan komputer mudah difahami maksudnya iaitu penggunaan istilah komponen komputer. Ini adalah kerana pilihan pengguna terhad kepada satu pemprosesan saja tetapi hari ini spesikasi pilihan pengguna amat memeningkan kepala kerana disertakan dengan istilah yang mengelirukan. Tidak terkecuali juga istilah yang digunakan untuk menerangkan tentang ingatan pada komputer iaitu ingatan Akses Rawak (Random Access Memory). RAM terdiri daripada beberapa jenis, fungsi,dan keupayaannya. Sehingga kini istilah RAM telah ditokok tambah menjadi singkatan seperti:

 
DRAm
VRAm
SRAM
SDRAm
WRAM

JENIS-JENIS RAM

RAM

Ia merupakan istilah menyeluruh bagi RAM yang boleh dibaca atau ditulis secara tidak sehala ( non-liner). Bagaimana pun ia merujuk secara khusus kepada ingatan (RAM) berasaskan cip apabila semua ingatan yang berasaskan cip sebelum ini dikatakan bersifat secar rawak. RAM adalah berlainan dengan ROM tetapi tidak boleh membaca dan menulis pada RAM.

SIMM ( single in line memory )dan DIMM (dual in line memory module)

SIMM dan DIMM sebenarnya tidak merujuk kepada jenis RAM tetapi kepada modul (papan litar yang bersertakan cip) di mana RAM dipakejkan bersama. SIMM merupakan modul yang terdahulu dengan menawarkan laluan data sebanyak 32 bit. Disebabkan pemproses Pentium telah direka bentuk untuk menangani laluan data yang lebih lebar daripada itu, SIMM mesti digunakan secara berpasangan dengan papan utama Pentium. Bagaimana pun SIMM masih bolehdigunakan secara tunggal tetapi hanya di atas papan utama yang berasakan pemproses 486 atau pemproses yang lebih perlahan.

Manakala DIMM yang merupakan modul terbaru akan menawarkan laluan 64 bit agar menjadikannya lebih sesuai untuk digunakan bersama pemproses Pentium dan pemproses terbaru yang lain seperti AMD dan Cyrix.Dari segi pembelian komponen ingatan (RAM), setiap unit DIMM terbukti berupaya mengendalikan kerja-kerja yang boleh dilakukan oleh dua unit SIMM. Tambahan pula ia boleh digunakan secara tunggal pada papan utama Pentium. Dari segi jangka panjang pula DIMM adalah lebih eletronik kerana ia tidak perlu tambah satu lagi DIMM pada sistem ingatan komputer.

DRAM (dynamic RAM)

DRAM pula merupakan sejenis ingatan piawaian utama dalam komputer hari ini dan ia merujuk apabila anda memberitahu seseorang bahawa PC anda memiliki 32 MB RAM .Di dalam maklumat akan disimpan sabagai satu ciri cas elektronik dalam sebuah kapasitor. Dalam setiap milisat (miliscond) pengecasan secara elektronik kapasitor pada DRAM tersebut akan menyahcas (discharge) dan perlu disegarkan semula (refresh) untuk mengekalkan nilainya. Penyegaran secara berterusan ini telah menjadikan alasan untuk meletakkan istilah dynamic di hadapan susunan huruf RAM..

FPM RAM (Fast page- mode RAM)

Sebelum kemunculan EDO RAM, semua ingatan utama yang terdapat dalam PC adalah dari jenis mod-halaman pantas (fast page-mode varie
Sty). Nama tersebut juga tidak begitu dikenali dan jenisnya pula adalah satu. Bagaimana pun kemajuan teknologi telah berjaya mengurangkan masa akses bagi FPM RAM daripada 120-ns (nanosaat) kepada masa akses sekarang iaitu 60-ns. Bagaimana pun pemproses Pentium hanya mengiktirafkan bas kepantasan 66Mhz kerana bas tersebut lebih pantas.Keupayaannya berbanding dengan keupayaan FPM RAM. Dengan kepantasan 60-ns akan dianggap modul RAM melaksanakan akses halaman rawak dibawah kepantasan 30 Mhz walaupun ia dianggap terlalu perlahan berbanding dengan kepantasan BAS.

EDO RAM (EXTENDED- DAT-OUT RAM)

EDO RAM

Simpanan data tersebut, CPU akan menjurus kepada alamat ingatan ( memory adress) bagi sesuatu maklumat yang diperlukan. Sementara bas (bus) alamat membolehkan CPU tersebut mneghantar almat kepada RAM, manakala bas data membolehkan pemindahan data sebenar kepada CPU.Istilah bas itu sendiri merujuk kepada perkaitan antara CPU dan RAM peranti tersebut membolehkan berkomunikasi. Kayu pengukur yang digunakan untuk menilai prestasi persembahan RAM ialah masa akses iaitu jumlah masa yang diambil kira oleh untuk mengeluarkan arahan segera kepada RAM bagi membaca data tertentuyang bermula dari satu alamat sehinggalah CPU  Menerima data sebenar.

Lazimnya pada hari ini cip RAM memiliki kapentasan 60-ns, yang bermaksud ia mengambil data selama 60 nanosaat ( 1 nano bersamaan dengan 1 billion saat) untuk melaksanakan satu pusingan perjalanan tersebut. Alses masa tersebut adalah lebih pantas berbanding cip 100-200-ns beberapa tahun lampau tetapi ia masih perlahan berbanding masa akses ideal-masa akses bernilai sifar yang boleh direalisasikan sekiranya CPU tersebut menyimpan semua data. Bagi meningkatkan kepantasan capaian data, CPU terpaksa mengakses kepada ingatan cache. Pada kepantasan 20-ns atau lebih, ingatan cache adalah lebih pantas berbanding dengan ingatan utama, tetapi sistem PC kurang mengandungi ingatan cache berbanding dengan ingatan utma RAM kerana harganya lebih mahal. Oleh itu hanya data yang mungkin diperlukan oleh CPU sahaja akan ditempatkan didalamnya. Pemilihan data tersebut dikendalikan oleh pengawal cache (cache controller).

Cip ingatan hanya berfungsi apabila ia menyimpan cas-cas elektronik. Komponen ini diperbuat daripada kapasitor dan transistor, di mana kapasitor akn menyimpan cas manakala trasistor akan menukarkan cas tersebut kepada fungsi "off" atau " on". Dengan kewujudan cip RAM, sistem PC boleh mengubah kedudukan "off" atau "on" cas tersebut. Berbeza dengan cip ROM (read only memory) di mana cas-cas tersebut akan berada pada kedudukan "off " atau "on" secara kekal.

Kesemua teknologi yang terdapat pada RAM akan menekankan kepada kepantasan dan pengeluarannya berusaha untuk menawarkan kepantasan yang lebih tinggi tanpa mengeluarkan kos. Disebabkan teknologi CPU sudah semakin pantas maka teknologi ingatan juga perlu seiringan di samping memerlukan jenis RAM yang berbeza-beza.