Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
KEUNIKAN TETIKUS TERKINI

TETIKUS BERODA
Tetikus jenis ini menjanjikan keselesaan kepada para penggunanya dengan reka bentuk berinovatif. Bebutang untuk sentuhan ibujari yang menyelesakan dan bebutang beroda yang unik akan memberikan fleksibiliti kepada anda ketika mengendalikan sistem pengoperasian Windows95,98 dan NT .Bebutang berbentuk seperti roda itu juga memudahkan tugas penskrolan dalan semua perisian aplikasi Windows dan Internet. Bebutang rodanya turut merangkumi fungsi empat bebutang pilihan yang boleh diklik dengan mudah. Disamping itu anda boleh membesarkan paparan pada skrin dengan menggunakan bebutang empat jari tanpa perlu menyentuh papan kekunci komputer anda. Contoh produk: Logitech MouseMan.

TETIKUS BERODA TANPA WAYAR
Tanpa wayar (cordless) merupakan ciri tambahan bagi tetikus beroda jenis ini yang turut memudahkan lagi tugasan penskrolan anda pada paparan skrin. Ciri tersebut disokong oleh penggunaan teknologi radio digital yang berprestasi tinggi dimana proses penskrolan tidak menggunakan scrolbar. Manakala tiga bebutang terbarunya akan memudahkan kawalan dan anda berasa selesa mengawalnya samada menggunakan tangan kiri ataupun kanan. Disamping itu ia juga dapat menjimatkan masa penskrolan, memudahkan pembesaran paparan, dan membuat pintasan dengan sekali klik sahaja. Tetikus ini juga dapat berfungsi dalam jarak lingkungan 6 kaki tanpa menjejaskan prestasinya berbanding tetikus yang menggunakan teknologi inframerah. Contoh produk : Logitech Cordless Wheel Mouse

TETIKUS BERODA UNTUK KOMPUTER NOTEBOOK
Walaupun komputer jenis notebook memiliki peranti penunjuknya sendiri (seperti touch pad, trackpoint atau trackball) yang terbina di dalam, namun penggunaan tetikus luaran merupakan satu alternatif yang baik untuk kemudahan dan keselesaan. Misalnya rekabentuk tetikus jenis ini membolehkan anda membuat penskrolan tarana pergerakan dan pengawalannya mudah samada menggunakan tangan kiri atau kanan. Tambahan pula tetikus jenis ini mempunyai rekabentuk yang padat dan tahan lama selain dilengkapi dengan bekalan kuasa bateri untuk berkomunikasi dengan sistem komputer anda. Contoh produk: Logitech Wheel Mouse for notebook.

TETIKUS BERODA USB
Selain memiliki bebutang berbentuk roda tetikus ini amat sesuai digunakan untuk sistem penyambungan USB (Universal Serial Bus). Fungsi tetikus ini juga telah dioptimakan untuk pemasangan secara plug-and-play bagi kegunaan sistem pengoperasian Windows98. Ia turut membbolehkan penskrolan tanpa menggunakan scrolbar dan selesa digunakan bagi pengguna kidal ataupun tangan kanan. Mungkin ada pengguna yang menggemarinya kerana kombinasi ciri penskrolan dan kaedah pemasangannya yang sungguh mudah. Salah satu kelebihan uniknya ialah keserasian dan port USB yang kini terdapat pada sistem komputer baru yang disokong oleh kecanggihan teknologi terkini Windows98. Contoh produk: Logitech USB Wheel Mouse

TETIKUS DENGAN BEBOLA TREK
Jari jemari memainkan peranan yang penting untuk menggerakkan bebola trek selain empat bebutangnya yang memiliki ciri terkini. Manakala rekabentuknya yang unik memberikan keselesaan kepada anda dan membolehkan kawalan jari yang pantas serta pergerakan kusor yang tepat. Untuk mengawal bebola trek tersebut , anda pelu menggunakan jari atau kombinasi jari dan ibu jari khususnya untuk mengendalikan kerja-kerja yang memerlukan ketelitian. Teknologi pengesanan Marble yang melengkapinya adalah meyakinkan dan tidak perlu penyenggaraan seperti bebola trek biasa. Selain mengklik pada bebutangnya yang berbentuk roda, bebola treknya juga boleh diguna untuk mengendalikan semua aplikasi Windows95, NT, Internet, penskrolan dan membesarkan paparan dalam MS Office 97. Contoh produk: Lgitech TrackMan Marble.

TETIKUS PELUNCUR INTERNET
Adakah anda inginkan keselesaan apabila meluncur dalam internet? Jika begitu, tetikus jenis ini mampu memberi keselesaan yang diharapkan tidak kira pengguna yang kidal atau sebaliknya. Denagn menggunakan teknologi tanpa wayar, ianya tidak lagi dihubungkan dengan sistem komputer anda menerusi seutas kabel. Tambahan pula ia membolehkan anda mengawal sepenuh pergerakan ketika meluncur di ruang siber walaupun berada pada jarak lingkungan 6kaki. Ciri-cirinya yang bersifat eksklusif adalah sesuai dengan sistem pengoperasian Windows95, di mana anda hanya perlu mengklik pada arahan-arahan popular pelayar internet seperti back, scroll dan bookmark. Contoh produk: Surfman.

TETIKUS KAWALAN TIGA DIMENSI
Rekabentuknya amat berbeza dengan tetikus biasa, tetapi ia mampu menterjemahkan sentuhan penggunanya kepada pergerakan dinamik sesuatu objek dalam ruangan tiga dimensi. Sehubungan itu ia menyediakan kemudahan untuk memanipulasikan objek 3D untuk kegunaan profesional seperti rekabentuk mekanikal, kejuruteraan, aplikasi animasi, pergerakan pada paksi yang berlainan dan sebagainya. Ia juga menggunakan teknologi pengesanan optikal yang membolehkan kawalan pergerakan bersifat interaktif, intuitif dan tepat khususnya bagi objek grafik 3D dalam aplikasi-aplikasi CAD/CAM/CAE serta simulasi visual. Tetikus ini turut dilengkapi dengan tujuh bebutang yang boleh diprogramkan selain rekabentuk industrinya yang mengutamakan keselesaan tangan. Kerana kemampuan teknologinya, pihak NASA pernah menggunakan tetikus jenis ini untuk mengawal pergerakan robot di ruang angkasa  lepas pada tahun 1993. Contohnya: LOGITECH MAGELLAN PLUS 3D CONTROLLER