Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
MODEM
JEJAMBAT KEPADA DUNIA
INTERNET

APAKAH ITU MODEM?

Modem adalah singkatan pada Perkataan  'modulator-demodulator' . Ini adalah proses di mana isyarat berbentuk  Digital yang dihasilkan oleh komputer dialihkan kepada isyarat berbentuk gelombang supaya ia dapat dihantar menerusi talian telefon dan juga sebaiknya berkemampuan untuk mengalihkan isyarat gelombang kepada isyarat digital.
 
 
JENIS-JENIS MODEM

Modem biasanya terdapat dalaman ( internal modem ), modem luar ( external modem ) dan kad PC ( PC Card ). Daripada ketiga jenis modem ini, jenis modem dalaman dan luaran digunakan pada persekitaran perkomputer peribadi. Manakala jenis modem kad PC pula seringnya digunakan bersama komputer mudah alih dan komputer buku.
Jangan lupa ia juga memudahkan anda menjimatkan ruang pada meja komputer anda berbanding dengan modem luaran yang selalunya denagn memerlukan sedikit ruang pada meja perkomputer anda. Lazimnya jenis modem dalaman dari segi kos serta harganya adalah lebih murah berbanding dengan modem luaran.
 

Modem luaran pula adalah merupakan perkakasan yang tersendiri serta terasing daripada komputer peribadi anda. Ini sekaligus membolehkan anda menguruskan secara berasingan. Antaranya termasuklah kemampuan memutuskan capaian ke Internet dengan menutup modem tanpa perlu program yang berkait dengannya pada komputer peribadi anda. Selain daripada itu, modem luaran amat popular di kalangan pengguna kerana ia mempunyai lampu-lampu petunjuk serta isyarat yang membolehkan para pengguna mengetahui apa yang sedang dilakukan oleh peribadi nada.
 
Modem jenis kad PC pula adalah modem yang kelazimannnya digunakan bersama komputer jenis mudah alih dan buku. Saiz kad ini adalah sama dengan saiz kad kredit dan kebanyakannya adalah jenis kad PC ynag memenuhi format kad PC II. Menggunakan kad jenis ini, anda boleh membuat capaian ke Internet dengan kaedah sambungan kepada talian telefon biasa di kediaman atau pun pejabat anda seperti mana yang digunakan denagn modem jenis dalaman dan luaran.
 
Apabila memilih modem sama ada jenis dalaman, luaran dan kad PC yang kebiasaannya ditentukan mengikut keperluan, kehendak serta jenis komputer yang dimiliki, turut merupakan faktor penting serta kretiria utama apabila memilih modem ialah kelajuannya. Kelajuannya diukur dalam kiraan bit persaat ( 1 Kilobait bersamaan denagn 1000 bit ). Modem mempunyai beberapa jenis modem dengan kelajuan 14.4 kbps, 28.8 kbps, 33.6 kbps dan juga 56 kbps di pasaran. Di pentas  tempatan talian komunikasi kediaman dan pejabat adalah jenis talian yang menyokong modem kelajuan sehingga 33.6 kbps tetapi di masa hadapan tiada siapa menduga kerana kederasan industri ini berubah amatlah deras.