Papan kekunci yang merupakan peranti input
dan kawalan komputer telah mengalami perubahan teknologi serta rekabentuk
bagi memastikan penggunaannya lebih selesa dan pelbagai. Rekabentuk ergonomik
perlu diberi perhatian kerana ia mempengaruhi penggunaan papan kekunci
khususnya dari segi keselesaan penggunaanya.
Selain mengekalkan rekaletak yang popular, kebanyakan pengeluar papan kekunci
terkini turut melengkapi produk mereka dengan beberapa ciri istimewa seperti
tempat merehatkan tangan (palm rest), pad sentuhan (touch pad), bebola
terk (tackball, kekunci khas untuk kawalan dan fungsi khas), teknologi
tanpa wayar (wireless) dan sebagainya.
Ciri-ciri ergonomik
Bagi sesetengah papan kekunci ergonomik, rekaletak kekuncinya telah dipisahkan
kepada dua bahagian di samping menggunakan rekabentuk yang bersifat semulajadi.
Ini dikatakan melindungi pergelangan tangan pengguna yang terdiri daripada
seberkas urat saraf yang menghubungkan antara jari dan tangan. Konsep yang
dipakai ini adalah mudah. Selain itu, bentuk papan kekunci tersebut juga
dibengkokkan sedikit agar penggunanya boleh meletakkan tangan mereka padanya
dalam keadaan yang selesa. Sifat ergonomik ini adalah bertujuan untuk memberikan
keselesaan dan fleksibiliti tambahan kepada tangan pengguna.
Di samping itu terdapat bahagian tambahan yang berupa pad berkeluk selesa
untuk merehatkan pergelangan tangan selepas menaip. Pad ini boleh dipasang
atau ditanggalkan dengan mudah daripada bahagian utama papan kekunci itu
jika ingin menjimatkan ruang atas meja.
Selain itu terdapat juga papan kekunci yang masih mengekalkan rekaletak
dan susunan seperti biasa. Jika ada perbezaan , cuma pada kedudukan kekunci
tertentu sahaja.
Ciri-ciri kekunci
Tidak semua papan kekunci terdiri daripada kekunci-kekunci yang sama saiznya
walaupun sesebuah papan kekunci yang baik sepatutnya menyediakan saiz kekunci
yang memadai untuk kepuasan bagi jari-jemari penggunanya. Mankala bagi
bilangan kekunci juga haruslah mengikut piawaian (standard) yang ditetapkan
iaitu samada berjumlah 100 atau 104 butir tanpa mengambil kira berapa kekunci
tambahan.
Dari segi tetanda pula, setiap kekunci biasanya ditandakan dengan huruf
roman, angka dan simbol asas seperti yang terdapat pada kekunci mesin taip
atau pun simbol tambahan bagi ajad seperti bahasa Arab, Cina dan sebagainya.
Setiap kekunci juga boleh diprogramkan bagi mewakili simbol-simbol tertentu
pada kekunci tersebut secara fizikalnya tidak tertera pada keunci tersebut
misalnya melalui perisian aplikasi MS Word.
Papan kekunci juga mempunyai warna-warna yang berlainan dipadankan dengan
sistem komputer peribadi (PC). Pada masa yang sama kita juga jarang melihat
PC ynag menggunakan papan kekunci berwarna hitam melainkan pada jenama
tertentu dan kebanyakan komputer mudah-alih.
Selain itu, terdapat juga papan kekunci standard yang dilengkapi dengan
beberapa kekunci fungsian yang mungkin berbeza bilangannya.Ia diprogramkan
dan berperanan untuk menjalankan fungsi tertentu dengan cepat. Dalam usaha
mempelbagaikan kegunaannya ,beberapa kekunci khas atau pintasan turut disediakan
dengan fungsinya yang tersendiri.
Manakala kekunci dengan fungsi -fungsi khas Internet, biasanya akan mewakili
arahan tertentu bagi pengawalan pelayar Web popular. Walaupun bilangan
dan fungsinya agak terhad, namun tangan pengguna mungkin tidak perlu berganjak
daripada papan kekunci apabila mereka meluncuri laman-laman Web dalam Internet.
Ciri-ciri tambahan
Keunikan papan kekunci terkini boleh dilihat pada teknologi penyambungannya
yang digunakan untuk berkomunikasi dengan sistem komputer. Kini sudah ada
papan kekunci yang menggunakan port USB (Universal
Serial Bus) berbanding port selari pada kebanyakan papan kekunci
biasa. Bagi papan kekunci yang tidak menggunakan wayar pula akan disokong
oleh teknologi infra merah atau radio digital dan ia boleh berkomunikasi
dengan komputer sejarak enam kaki.
Salah satu ciri tambahan yang tidak kurang pentingnya ialah perlindungan
terhadap tumpahan cecair pada papan kekunci. Ciri ini mampu melindungi
papan kekunci tersebut daripada kerosakan. Manakala ciri penyerap bunyi
yang terdapat pada setiap kekunci pula akan berfungsi mengurangkan kebisingan
apabila kekunci tersebut ditekan dengan jari-jemari pengguna.