Site hosted by Angelfire.com: Build your free website today!
 
 TIANG-TIANG BERSEJARAH
dalam Masjid Nabawi
DI ZAMAN RASULULLAH S.A.W.
MIHRAB (TEMPAT SOLAT) RASULULLAH
Tempat Rasulullah selalu sembahyang setelah berkhiblat di Kaabah ialah sebelah barat (kanan) Lubang Mihrab yang ada sekarang iaitu disebelah kiri Mimbar. Disitulah Rasulullah selalu mengimami solat. Jika ada peluang eloklah untuk kita bersolat dan berdoa disitu.

TIANG-TIANG BERSEJARAH
DALAM MASJID NABAWI

Terdapat LAPAN TIANG atau dalam bahasa arabnya disebut ASTUANAH bersejarah yang mempunyai kelebihan tersendiri.

1) TIANG WANGI (ASTUANAH MUTHAYYABAH)
Ini adalah tempat Rasulullah selalu bersolat dan bermunajat. Para sahabat selalu menyapu minyak wangi di tempat itu sebagai tanda tempat solat Rasulullah. Imam Malik pernah berkata bahawa di antara tempat yang baik untuk bersolat sunat adalah ditiang ini. Pada hari ini tiang tersebut termasuk sebahagian daripadanya ke dalam Mihrab Rasulullah yang tertulis padanya (Haza Musalla Rasulullah) iaitu dibahagian kanan Mihrab.

2) TIANG SAIDATINA AISYAH (ASTUANAH AISYAH)
Tiang ini juga dikenali sebagai ‘Tiang Al-Muhajirun’ kerana mereka selalu berkumpul berdekatan tiang tersebut. Nama lain adalah disebut ‘Tiang Undi’ kerana menurut Al- Tabarani Rasulullah S.A.W. telah bersabda: “Di dalam masjidku ini ada satu tempat yang jika manusia mengetahui tentang kelebihannya nescaya akan berkerumunlah mereka di situ sehingga terpaksa di cabut undi untuk mendapatkan tempat solat itu.”

3) TIANG TAUBAH (ASTUANAH TAUBAH @ ABU LUBABAH)
Tiang ini juga dikenali sebagai ‘Tiang Abu Lubabah’ kerana disitulah Abu Lubabah telah mengikat dirinya sebagai hukuman kerana telah mengkhianati Rasulullah kepada Yahudi Bani Quraizah..akhirnya Rasulullah membuka ikatan Abu Lubabah setelah Allah menurunkan wahyu menerima taubat Abu Lubabah yang ikhlas itu. Baginda juga selalu mengerjakan solat sunat ditiang itu. Baginda juga selalu duduk di situ selepas solat subuh berbual dengan orang miskin dan lemah,orang baru masuk Islam..bercerita tentang wahyu yang baru turun kepada baginda.

4) TIANG KATIL (ASTUANAH SARIR)
Tiang yang bersambung dengan pagar besi makam dan bersebelahan dengan tiang taubah. Tiang ini mendapat namanya kerana Rasulullah ada mempunyai katil yang diperbuat dari pada pelepah tamar yang diletakkan berdekatan tiang tersebut untuk baginda berehat.

5) TIANG PENGAWAL (ASTUANAH HARAS)
Tiang ini juga dikenali sebagai ‘Tiang Ali Bin Abi Talib’ kerana beliau selalu duduk bersolat dan duduk dibahagiannya yang bersambung dengan rumah Rasulullah untuk menjaga Rasulullah sebelum turun ayat Rirman Allah Taala yang bermaksud: “Allah melindungi kau daripada gangguan manusia.” Selepas itu tidak ada lagi sahabat yang mrngawal Rasulullah.

6) TIANG PERWAKILAN (ASTUANAH WAFUD)
Tiang ini terletak disebelah utara dibelakang tiang pengawal. Rasulullah akan duduk ditiang tersebut untuk menerima kedatangan perwakilan dari mana-mana kaum yang ingin menjumpa dengannya.

7) TIANG EMPAT PERSEGI KUBUR (ASTAUNAH MURABBA’AL KHUBRI)
Tiang ini dikenali sebagai ‘Tiang Makam Jibrail’ iaitu tempat berdiri Jibrail ketika datang berjumpa Rasulullah dan terletak disebelah timur Raudhah..kini ia terletak di dalam pagar makam.

8) TIANG TAHAJJUD
Ia terletak dibelakang rumah Saidatina Fatimah dari sebelah utara. Kini tiang tersebut berada di dalam pagar makam sebagai tanda kepada tiang ini. Dibina satu Mihrab yang telah ditutup dengan batu dan dijadikan rak Al-Quran di atasnya terdapat lukisan Masjidil Haram.

CATATAN
Kebanyakan tiang ini terdapat di Raudhah…

KEMBALI KE MENU